"DIA tak apa-apa. Cuma demam aje," beritahu Wafri kala periksa Sefhia.
"Benaran?"
"Yup. Suhu dia agak tinggi. Tapi kau jangan risaulah. Nanti lepas makan ubat, Insya-ALLAH kebah."
Aryan hela nafas. Lega dengan apa yang didengar.
"Next checkup Sefhia bila, Ryan?"
"Bulan depan. Kenapa?"
"Rasanya gips ni dah boleh buka," ujar Wafri lagi. Perhatian teralih pada kaki kiri Sefhia kini.
"Serius?"
"Next checkup kau datang bawa Sefhia, kita buat x-ray. Tengok tulang kaki ni macan mana. Anything, we will decide on that day." Wafri sudahkan tugasnya. "Alright, Sefhia. Saya dah habis periksa awak. Ubat demam yang saya bagi ni, makan ya. Habiskan."
Beberapa bungkusan putih dihulur pada gadis di depan. Peralatan-peralatannya dikemas. Lelaki itu kemudian bangun dari katil dapatkan Aryan dan Aleeya.
"Thanks Ri udah datang ke mari. Maaf juga aku udah gangguin hari minggu lo."
"Ah, tak ada hallah. Small matter. Ni kan dah memang kerja aku. Bukan aku tak biasa pun kerja hari Ahad macam ni." Wafri tersenyum. Malam tadi tiba-tiba dia terima panggilan Aryan. Mintanya datang. Kerana Sefhia.
"Lo juga, Leeya. Maaf udah repotin, deh."
"Aku lagi tak kisah, Ryan. Nama pun kawan. Waktu-waktu macam nilah gunanya."
Dalam bersembang, kaki dihala ke taman mini di laman. Kebetulan air dan kuih-muih sudah Mak Minah hidang. Berlabuh duduk mereka bertiga di situ sambung berbual sambil minum petang.
"Cantik Sefhia tu, kan? Selama ni dengar aje Wafri cerita pasal dia. Tup-tup hari ni dapat jumpa depan-depan," bicara Aleeya.
Ini kali pertama dia bertemu empat mata dengan Sefhia. Waktu di hospital, tak berkempatan. Tahu cerita tapi tak sempat jumpa. Sibuk dengan kerjanya.
"Hmm. Cantik. Macam orang putih. Dengan mata birunya. Tu yang orang tu pun sangkut!" tingkah Wafri.
"Siapa yang sangkut?"
"Siapa lagi. Orang kat depan tulah."
"Maksud awak, Ryan?"
"Ada nampak orang lain lagi ke kat sini, Cik Aleeya sayang?"
Serantak Aryan baling sudu kecil ke Wafri. Tergelak lelaki itu tak semena-mena.
"Lo jangan macem-macem, Ri!"
"Apa salah ke aku cakap?"
"Nggak benar sama sekali!"
"Eleh! Mulut aje cakap macam tu. Cara kau ambil berat kat dia pun aku dah tahu, Ryan!" Wafri terus usik rakannya.
"Betul ke ni, Ryan?"
"Nggak! Lo usah percaya sama sekali omongan pacar lo itu, Leeya."
Aleeya pandang teman lelakinya. Masih ketawa. Kemudian Aryan semula. Tetap selamba.
"Hmm... first time ni kau orang berdua kelahi. Selalu aku dengan Wafri aje macam ni. Pasal perempuan pulak tu. Dan perempuan tu ada kena dengan Aryan. Betul kau tak kenal dia, Ryan?"
"Astagha. Udah kubilang aku ini orang yang nabrakin dia, Leeya. Lansung waktu itu baru kita ketemu. Mau kenal gimana, dong."
"Tak kenal. Tapi kau bawa dia balik ke rumah."
YOU ARE READING
🍂 ReLaKu PuJuK (Published) 🍂
RomanceARYAN ALFIANSYAH WONG, a son to one of the 'World Richest Man', been kidnapped by EMERLINE SEFHIA a.k.a Miss of Crazier, the most wanted criminal gang in Malaysia. But who knows... it begins a story of them. ARYAN ALFIANSYAH WONG, anak kepada sal...