CHAPTER 09

69 7 0
                                    


ALBUM gambar atas ribaan diselak. Sehelai demi sehelai. Sesekali senyuman terpamer di wajah. Tercuit lihat aksinya bersama Wafri kala bergambar. Ada saja gaya pelik terhasil dari rakannya itu

Sedekad lebih dah berlalu. Tapi segala kenangan tak pernah luput ditelan waktu. Tersimpan utuh dalam memori bersama segunung rindu. Kalau boleh diputar kembali, ingin saja dia terbang ke masa lalu.

"Wafri, wafri. Lo masih nggak berubah. Tetap sama kayak dulu."

Helaian album diselak lagi. Kali ini matanya terhenti pada sekeping gambar. Gambar dia bersama Wafri dan Aleeya ketika bermain ski di Saint Moritz, Switzerland.

Melihat dua wajah itu, bibir Aryan sekali lagi tersenyum.

Tak sangka. Dulu bukan main bergaduh. Pantang jumpa mesti perang mulut. Ada saja benda dibalahkan. Tapi sekarang, masing-masing dah tangkap cintan.

"Rasain kalian. Udahku bilang jangan terus berantem. Nanti pasti lagi pacaran. Nah sekarang... masin mulut aku, bukan?"

"Aku pun tak sangka sebenarnya, Ryan. Macam mana entah aku boleh tersangkut dengan si Leeya ni."

"Itu namanya berjodoh. Lo juga yang bilang tadi!"

"Tulah. Mungkin sebab kita orang dah selalu jumpa kut. Sejak zaman universiti dulu tak pernah berpisah. Buat praktikal sama-sama. Dapat kerja pun tempat yang sama. Hari-hari aku tengok dia, dia tengok aku."

"Amboi! Bunyi macam bosan aje tu!" Aleeya mencelah.

"Kalau bosan dah lama saya cari orang lain, Cik Aleeya."

"Hmm. Yelah tu. Ke memang dah pasang niat?"

"Nak ke?"

"Kalau orang dah tak sudi, nak buat macam mana lagi. Kan, Ryan?"

"Kalian berdua ni emang nggak pernah berubah, ya. Asik berantem kayak dulu."

"Yang suka cari gaduh tu dia, Ryan. Not me. Sejak dulu pun!" tingkah Aleeya.

"Eh! Saya pulak yang kena."

"Udahlah. Nggak usah berantem mulu. Terus-terang, aku suka kok lihat kalian lagi pacaran. Nanti lansung nikahan. Terus punya anak. Cumanya ya aku hairan, sih. Ngapain lo nggak pernah cerita ke aku selama kita berhubung, Ri? Atau emang lo nggak mau aku tau?"

"Eh! Bukan macam tu. Cuma aku segan. Sah-sah nanti kau ketawakan kita orang."

"Kok gitu? Kalian kan sahabat aku. Kenapa sih aku harus berbuat begitu?"

"Yelah. Kita orang kan dari dulu suka gaduh. Pantang jumpa, mesti nak bertekak. Tiba-tiba sekarang bercinta pulak. Tak ke pelik? Rasanya kalau aku bagitahu, sah-sah ketawa kau yang aku dengar dulu!"

"Ya, nggaklah. Masakan aku ingin ketawa. Asal kalian tau... aku lagi bahagia melihat kalian berdua turut bahagia," ujar Aryan. Minumannya disedut. Basahkan tekak yang kering. "Udah berapa lama kalian pacaran?"

"Nak masuk dua tahun," jawab Wafri.

"Kapan mau lansung?"

"Apa yang lansung?"

"Nikahnya."

"Dalam perancangan, insya-ALLAH. Sampai masa nanti kita orang akan bagitahu."

"Jangan tunggu lama-lama, Ri. Nanti Leeya dikebas sama cowok lain."

"Dengar tu, Doktor Wafri."

"Eleh. Saya tahu awak pun takkan cari orang lain, Doktor Leeya."

"Kenapa pulak?"

🍂 ReLaKu PuJuK  (Published) 🍂Where stories live. Discover now