Bab 18

3K 66 4
                                    

Zafri hanya memerhati tingkah Redza yang terbongkok2 di bawah katil. Dia pun tak pasti apa gunanya dia dalam rumah Redza ni. Tadi Redza ada telefon dia dan ceritakan berita buruk mengenai isteri Redza itu,tapi datang2 je Redza suruh naik ke bilik dia. Bila Zafri nak usik sesuatu mula lah Redza tegah dan melarang.

Jadi terjadilah situasi ini Sekarang. Hanya Redza yang sibuk di hujung sana dan dia yang termenung.

"Za..kau nak aku buat apa sebenarnya ni? Bagitahu direct please. Aku takde masa lah datang rumah kau sebab nak termenung je tengok kau. Banyak lagi kerja yang berfaedah aku boleh buat tau." Zafri dah tak senang duduk. Sakit tumit kaki dia ni asyik berdiri je dari tadi. Sudah lah Redza tu tertonggeng. Memang sakit mata dia tengok pemandangan yang cemar itu.

"Alaa sekejap lah. Kita tunggu Faiz kawan aku tu. Dia kan Polis. Nasib aku ada kawan kerja Polis tau! Kalau tak memang hampeh.. esok jugak dorang nak buat kerja." Redza sudah berdiri dan alihkan wajahnya kebelakang melihat Zafri. Berkedut dahi Zafri dengan tangan yang disilangkan ke dada. Hampir terhambur ketawa Redza memandang wajah dia tu.

"Eh kau ni macam perempuan lah! Tak gentle langsung. Sikit2 merajuk. Kau ingat aku nak pujuk lah?" Redza duduk di birai katil sambil ketawa memandang Zafri yang julingkan mata ke atas.

"Siapa merajuk setaaann? Aku cuma tak tahan lah dari tadi duk tercongak je tengok kau menonggeng. Nak disentuh barang2 kau tak bagi. Habis apa function aku dekat sini? Jadi tiang lampu kau?" Redza ketawa lagi. Zafri sudah tergeleng2.

"Ni aku tengok bukan main happy semacam je kau ni. Padahal bini kena culik" ketawa Redza sudah terhenti. Dipandang Zafri dengan tajam.

"Kau ingat aku happy lah bini aku kena culik? Kau ingat aku suka? Macam tu?" Redza sudah berdiri menghadap Zafri yang terkulat2 memandang dia. Wajah Zafri sudah berubah riak.

"Eh chill Za..bukan macam tu maksud aku. Aku cuma kenakan kau je tadi" Zafri sudah menahan dada Redza yang kian merapati dia. Tajam saja mata itu menikam wajah tidak bersalah Zafri.

"Ehem..kenapa ni?" Dua sahabat itu alihkan pandangan ke kanan mereka. Terjengul susuk tubuh Faiz yang berpakaian biasa pada muka pintu bilik Redza. Faiz tak pakai baju Uniform Polis. Tapi nampak jelas barang keperluan Polis ada di dalam kantung yang diikat pada peha kanan dia. Mata Faiz tenung silih ganti wajah dua sahabat itu.

"Korang kenapa? Nak ganti WWE Pulak ke?" Faiz menghampiri mereka. Redza menjauhi Zafri dengan satu jelingan. Dia terus melabuhkan punggungnya di birai katil.

"Nasib kau sampai on time. Kalau tak pecah separuh muka aku" Zafri berbisik ke arah Faiz sebaik saja Faiz berdiri di sebelah dia. Faiz hanya senyum dan menyiku rusuk Zafri.
-----------
Lisa rasa tubuh dia di ikat berdiri.tangan disilangkan ke atas dan kaki terbuka di bawah. Habis sakit tubuh dia ni selepas dihentak kuat semalam. Nak bergerak pun rasa pedih. Lisa hanya memanjatkan doa kepada Allah agar diri dia selamat dari kekejaman manusia.

Memang tiap masa dia menangis. Rasa seperti mayat hidup saja. Padahal baru dihempas. Tapi Lisa perempuan. Tubuh dan fizikal perempuan lembut dari lelaki. Lagi pula. Seumur hidup dia,tak pernah lagi dia didera seteruk ini.

Lisa rasa ada tangan seperti meleraikan ikatan pada mata dia. Hati Lisa lega campur takut. Dia tak tahu siapa yang membuka ikatan pada mata nya ini. Entah orang baik atau jahat.

Lisa kelip2 kan mata dia berkali2 cuba biasakan diri dengan panahan cahaya pada kornea mata dia. Dia sedar sekarang dia berada di luar bangunan usang dan di dalam hutan. Lisa masih boleh nampak bangunan itu.

Isteriku AlissaWhere stories live. Discover now