Bab 39

2.3K 50 2
                                    

"Hahahaha! Comel gila Mia Ni! Nanti kita buat anak comel macam ni ya biy!" Lisa ikut gelak sekali bila dia nampak wajah tak puas hati campur malu kakak ipar dia. Sekarang Arif dengan Lisa tengah duduk2 santai tonton video Damia yang Lisa baru ambil tadi. Arif pergi slide pula ke video2 Mia yang lain. Dari bayi lagi sehingga sekarang. Memang Lisa suka recordkan telatah anak dia. Bagi dia semua tu comel.

"Ni Lisa,kau cakap nak pergi New Zealand untuk hilangkan stress. Jadi ke?" Kak Aisyah melontarkan soalan.Lisa mencongak sekejap. Dia pandang Damia kemudiannya yang sibuk bermain bersama Arif.

"Memang aku nak pergi kak, tapi masalahnya Mia ni.. takut apa2 jadi je kalau aku bawa dia sekali. Aku ni dah lah pergi seorang. Laki takde pula tu. Susah lah nanti" Lisa mula mengomel dengan bibir yang memuncung. Kak Aisyah senyum senget dan menarik bibir muncung Lisa tu. Terus Lisa terjentat dari karpet. Ada kusyen tak nak duduk mereka ni,nak juga duduk bawah. Arif ketawa akhirnya bila dia perasan kan itu.

"Alah tak pe lah, bagi je akak dengan along jaga. Lagipun Mia kan dah 3 hari datang sini. Tengok,dah biasa dah pun dengan kami." Lisa kuntum senyum kepada Aisyah yang senyum berharap.

"Alah aku tak nak susahkan korang je. Damia ni susah sikit nak jaga. Banyak ragam budak tu. Asyik terjaga bila dah jam 2 pagi lah,memilih makanan lah." Dia masih ingin menegah. Dia bukan apa..takut Damia ni susahkan mereka je. Dah lah tambah lagi sorang baby anak mereka. Jadi 3 orang anak dah. Yang di Malaysia tu tak tahu lah dah ada anak ke belum.

"Dik..aku dengan Syah pandai2 lah uruskan nanti. kami pun dah ada 3 orang anak what? Masih tak cukup experience ke kau rasa?" Akhirnya Arif mencelah. Dia teleng sekejap pandang Lisa tapi terus pandang Damia balik di ribaan dia. Lisa hanya hela nafas kecil. Dia kerling ka arah Aisyah yang senyum mengangguk. Lisa senyum juga. Dia mengangguk juga akhirnya.
-----------
"Dekat sana nanti jangan lupa diri,lupa daratan eh. Kalau aku tahu siap kau!" Arif mula menfitnah selepas saja Lisa menyalami dia. Lisa pasang riak menyampah. Aisyah tengah dukung bayi dia yang baru menjengah setahun. Damia,Yazid dan Hannum berjalan je mereka. Dah macam 3 serangkai. Rapat betul. Mungkin ini kali pertama Damia dapat kawan yang seagama dan sebahasa dengan dia.

"Aku tahu lah nak jaga diri aku long. Dekat London ni pun aku masih elok apa. Hah ni, jangan ajar Mia bukan2 pula! Nanti aku swing kaki dekat kau!" Lisa beri kata2 amaran dengan tersengeh2. Arif pandang Lisa dah seperti nak ngap terus je.

"Eh,tolong sikit eh. Aku dah lama jadi bapak tau! Semua anak aku, aku ajar benda yang suci je okay! Kau je yang aku tak ajar lagi!" Terhambur ketawa Lisa mendengarkan ayat2 yang spontan dari abang sulung dia. Tertonggeng Lisa menekan2 perut dia yang rasa sakit. Arif hanya mampu geleng je.

"Hah dah lah tu. Perut tu nak guna lama. Tu, dah kena announced dah. Jumpa lagi nanti. Jaga diri Lisa. Ada apa2 call je akak tau. Nanti akak suruh along buatkan" Aisyah sengih je pandang Lisa yang gelak tak lepas. Dia dapat rasakan yang suami dia tengah pandang tak puas hati kepada dia dari sisi.

"Berehh bohh! Okay bye along! Bye Kak! Bye ajid, annum! Andd Mia sayang.. jaga kelakuan baik2 ya bila dengan pak long dengan mak long. Kalau Mia buat baik, nanti mummy beli toys untuk Mia. Okay?" Di cubit pipi Damia yang sehabis mendongak tu.

Comel gila bila pandang dari atas begini. Rasa berat pula nak tinggalkan dia. Wajah tu, wajah anak dia dan wajah Redza.. dia tak betah nak tinggalkan..tapi dia harus pergi!

"Okayy Mummy..Mia buat perangai elok2. Mummy will proud of Mia. Mia promise! Tapi Mia tak nak toys. Mia nak cat. Boleh mummy?" Sabar je dia tunggu Damia habiskan ayat dengan pelatnya. Dia cuba fahamkan. Lisa sengeh lucu.
Dia kucup kedua pipi Damia dan berkata boleh. Terus bercerik suara Damia.

Isteriku AlissaWhere stories live. Discover now