Bab 34

2.6K 46 12
                                    

"Erin.." Syazrin angkat wajah dari termenung. Tv yang dipasang,bukan jadi sasaran dia pun tadi. Dia asyik memikirkan abang dia. Dia hairan lah juga kemana abang dia pergi tadi sampai bawa kereta keluar rumah. Jangan buat kerja gila sudah. Dan sekarang abang dia ada di depan mata. Panjang umur. Dia bangun dari bersandar pada kusyen.

"Abang..kenapa?" Pelik sikit wajah Redza sekarang. Tak kusut macam tadi. Tenang je dengan senyuman kecil menghiasi bibir. Kedua tangan dia diletakkan di belakang. Dia menunduk pandang adik dia yang memanggung wajah sekarang.

"Abang duduk boleh?" Tidak dijawab soalan tu. Syazrin hanya ketepi sikit memberi ruang kepada abang dia. Ni sofa 2 seat. Tadi Syazrin duduk santai tengah2 seat  sambil menjulur kaki.

Senyap seketika suasana di ruangan tu. Hanya dengar celoteh dari tv je. Syazrin makin lemah tenggelam dalam kesunyian ni,tapi dia buat2 biasa je,pura2 fokus pada tv.

"Abang nak minta maaf" Syazrin senyap sebentar sebelum toleh ke arah abang dia. Redza ukir senyum. Ada riak blur dari wajah Syazrin.

"Abang minta maaf sebab abang tengking2 Erin tadi. Abang nak pukul Erin tadi. Abang betul2 tak boleh kawal diri abang. Nafsu abang dengan syaitan yang kawal." Syazrin masih terkebil2 pandang wajah abang dia. Redza tunduk dan senyum sikit.

"I know..kita tak boleh salahkan syaitan juga sebab syaitan tu hanya goda. Kita yang tukang buatnya,Kita yang dapat dosa. Sebab kita dah diberi akal untuk fikir mana yang baik mana yang buruk. Sorry..iman abang tak cukup kuat untuk bendung tu semua"

Redza angkat muka bila Syazrin sentuh tangan dia. Syazrin senyum dan menggeleng. Di kesat air jernih yang ada pada tubir mata. Dia kembali pandang abangnya.

"Tak pe..Erin tak ambil hati pun. Sebab Erin tahu tadi tu bukan abang Erin. Hehee..Erin buat macam angin je apa yang abang cakap tadi tu. Don't worry okay." Dia angguk beria. Seperti betul2 jujur semua kata2 dia tadi. Redza senyum senget. Digenggam tangan adik nya.

"Thanks Erin sebab dah sedarkan abang. Abang-" kata2 dia terus berhenti bila terdengar bunyi kecil terhempas pada simen. Mereka sama2 toleh ke arah bunyi tu. Redza terpempan. Suara dia seperti tersekat di kerongkong.

Isteri dia ada di muka pintu rumah. Tengah terbuntang mata melihat ke arah mereka. Bila dia sedar apa yang isteri dia tu terkejutkan,baru dia lepaskan genggaman pada tangan adiknya. tergesa2 dia berdiri mahu menerpa ke arah Lisa.Redza sempat menangkap ada henfon pecah berderai di kaki isteri dia.

"Jangan dekat!" Lisa menjerit dan spontan tuding jari ke arah Redza. Langkah Redza berhenti mendadak. Redza dah tertanya2. Dia memang tak tahan lagi. Dia nak peluk tubuh comel isterinya seperti tak de apa2 yang berlaku.

"Kenapa sa-"

"Awak tipu saya selama ni kan!" Lisa dah menjerit lantang. Dipandang tajam wajah tak bersalah suami nya. Semua isi rumah sudah keluar bila menangkap ada kekecohan berlaku. Terkocoh2 mereka bertempiaran berlari. Terbeliak mata mereka bila lihat siapa yang berdiri di muka pintu sekarang. Lebih terbeliak lagi bila nampak sesorang di belakang Lisa tu.

"Sayang..apa sayang cakap ni? Bie tipu apa?" Redza ketawa kecil.hambar. sakit hati dia bila dutuduh begitu. Tapi masih gembira kerana isterinya sudah pulang ke rumah. Dia cuma mahu peluk tubuh tu. Rindu nyaaa dia pada Lisa.

"Tu, perempuan tu. Saya nampak awak pegang tangan dia! Saya nampak perempuan tu pegang awak dekat mall haritu! Masih tak cukup bukti ke?!" Dituding wajah terlopong Syazrin di kusyen sana.

Isteriku AlissaWhere stories live. Discover now