Bab 47

2.7K 52 15
                                    

Lisa menapak masuk ke dalam rumah mereka diikuti suaminya yang sedang memangku tubuh lena Damia. Lisa campak perlahan handbag nya pada meja kecil ruang tamu. Dia hempaskan tubuh lelahnya ke kusyen yang berhampiran disertai keluhan lega.

Dia memejam mata. Lama sungguh dia tak bau rumah dia ni. Bau Ambi pur vanilla yang di letakkan pada almari berdekatan tv tu dan dalam beberapa bilik.Dia buka mata sikit bila terdengar Redza shh shh memujuk tepuk belakang Damia yang tersedar tu sambil meniti tangga.

Tanpa sedar dia mengoyakkan senyuman semula. Dia rasa lenguh sangat bibir dia twitch ke atas ni dari semalam lagi. Banyak betul berita gembira yang sekaligus buat dia terlonjat bahagia mendakap abang2nya. Ya lah, Adam dan Hidayah bakal menimang cahaya mata.

Afiq pula, sudah bertunang pun 5 bulan lepas. Cuma tunggu dia pulang ke tanah air je baru buat akad nikah. Lisa terharu juga tapi ada rasa bersalah sikit2. Masakan tidak kalau dia lah penyebab abangnya lambat di ijab kabulkan.

Memang semalam dia tidur lewat betul semata2 nak mengetahui keadaan semasa ke semasa keluarga dia semasa ketiadaan dia. Dan semua tu Afiq lah yang pot pet pot pet bercerita. Habis semua dia selitkan dalam cerita dia. Benda yang tak penting pun dia jadikan key point. Lisa tahan telinga je dengar semuatu dengan hati pasrah. Dia rasa masa Afiq kecik2 memang suka telan buntut ayam lah.

Memang dia dengan Afiq je yang bersekang mata semalam di ruang tamu. Adam ada juga menyelit sekejap tapi tu pun dia keluar sebab nak minum air je. Redza dah dalam bilik tidurkan Damia. Tinggal dia dengan Afiq je riuh rendah dekat luar. Rasa macam zaman remaja lagi mereka berdua ni bila buat kembali perangai lama.

Last2 Redza keluar dari bilik dan merengek pada Lisa yang dia dah mengantuk sangat sampai gesel2 wajah dia pada bahu Lisa. Lisa emm panjang tak rela je. Nasib Afiq okay je lihat pandangan tercemar tu depan mata. Tapi dia rolling eyes juga lah.

Lisa geleng kepala disertai senyuman lucu. Ditilik jam dinding yang tak berapa jauh dari dia. Lisa kecilkan mata berfikir dengan bibir yang melengkung ke bawah sikit. Dah jam 2 petang. Better dia siapkan lauk untuk berbuka nanti. Lisa bangun dan mencapai semula handbag nya malas2.

Shawl yang di lilit biasa di rungkaikan satu persatu sambil meniti tangga. Dia menyanyi kecil. Di pulas tombol pintu dan di tolak perlahan. Serta merta nyanyian dia tadi terhenti melihat susuk tubuh berbentuk tu yang membelakangi dia sedang duduk atas birai katil mendodoi Damia.

Spontan Lisa ukir senyum terharu campur bahagia. Dia menapak perlahan ke arah suaminya yang ralit dodoikan anak.

"Baby.." Lisa menggumam perlahan dan manja lalu mendakap tubuh sasa suaminya dari belakang dengan lembut. Di usap2 dada bidang suami sambil pipinya terlentok elok pada belakang suami. Redza cuma pandang 35° ke belakang kemudian dia pandang depan semula dengan senyuman.

Redza bangun dari duduk dan menarik selimut Damia hingga ke paras dada anaknya dengan cermat. Lisa hanya pandang dengan senyuman je setiap gerak geri suami. Dia rasa macam nak peluk Redza ketat2 sekarang. Such a gentleman as a husband and a dad.

"Ya sayang..apa dia?" Redza menghadap Lisa pula dengan senyuman lebar. Dia menggamit kedua tangan Lisa lembut dan membawa isterinya keluar dari bilik itu. Sempat lagi Lisa sangkutkan shawl dia ala kadar pada hanger bulat kecil comel tu.Lisa faham, mesti Redza tak nak ganggu Damia yang sedang diulit mimpi tu. Bieeeee! Saya sayang awak!

"Boleh tak bie jelaskan dari A sampai Z?" Lisa bersuara juga bila setelah lama berdiam angau fasal suami di hadapan dia ni. Sempat lagi Redza menyambut dia yang sikit lagi tersalah langkah bila sudah memijak anak tangga ke dua. Tu lah.. angau sangat kan. Redza menoleh.

Isteriku AlissaWhere stories live. Discover now