Pon! Pon!
Lisa dan tasya menoleh. Tersergam kereta milik redza di hadapan mereka sekarang. Lisa bingkas bangun dari duduk di bangku. Mata dia brsinar2. Padahal dalam hati jantung dia dah berdetak hebat.
Puas lisa memikirkan apa yang akan dia ulaskan sebaik saja berjumpa dengan suaminya tu. Tasya mngerut kan dahi. Pelik dengan lisa yang masih tak berganjak.
"Tak nak jumpa suami ke cik adik? Ke nervous ni.." tasya menyiku lisa dan pamerkan wajah nakal. Lisa hentak kan kaki nya 3 kali lalu menampar lengan tasya perlahan.
Tasya ketawa kecil melihat lisa yang terlalu kolot tu. Nampak comel.
"Apa yang aku kena cakap nanti bila aku jumpa dia tasya? Tolong aku wehh" lisa menarik2 lengan tasya. Mata lisa tak lepas dari memandang kereta milik redza yang dari tadi tersergam dekat situ.
"Aih apa kau ni? Dengan suami sendiri nak nervous? Kau kena lah biasa kan diri dengan dia baru lah kebahagiaan rumah tangga tu wujud" tasya memaut bahu lisa yang sudah kaget. Sengaja ditekan kan perkataan kebahagiaan rumah tangga dan tangan tasya melayang ke udara. Seperti tunjuk sesuatu pada langit tu.
Lisa terjerit kecil dan menoleh me arah tasya selepas dia nampak redza turun dari kereta. Jantung lisa bagai nak luruh sekarang ni.
Lisa menggigit bibir nya setelah redza mendekati mereka. Tasya sudah tayang sengeh ke arah lisa.
"Eh,korang tak nampak ke kereta za parking depan ni? Tadi rasa nya dah pandang." Redza mengaku kan soalan. Dia memakai spek mata hitam. Tasya mengerling lisa. Dia sedaya upaya buat isyarat mata kepada redza.Mula2 memang redza tak faham. Berkerut2 dahi dia dengan isyarat tasya yang sekejap tengok dia,skejap tengok lisa. Macam tengok badan dia saja gaya nya
Redza kuntum senyum. Segera dia menoleh ke arah lisa yg dari tadi menunduk.
"Lisa.." redza bersuara girang dan menanggal kan cermin mata hitam nya. Lisa yang mendongak sudah terpempan. Kacak.
Tasya sudah lama menghilang kan diri ke dalam kereta redza. Tinggal mereka berdua aje. Bertuah punya budak. Nasib dah halal.
"Kenapa asyik tunduk? Saya tak hensem eh harini?" Redza meraup rambut nya ke belakang. Sengaja mahu trip macho depan bini. Lisa terpempan lagi sekali. Hampir goyah lutut dia.
"Awak dah cukup kacak.." lisa berkata perlahan. Redza tayang sengeh. Susah lah kalau lisa masih tak biasa dengan dia. Mereka memang jarang berjumpa disebab kan redza yang bekerja sebagai pilot dan lisa sebagai pelajar di university.
Jadi cuti kali ni dia akan ambil kesempatan untuk dekat kan diri dengan isteri nya lebih lagi. Banyak rancangan yang dia sudah rencanakan sepanjang cuti lisa kali ni.
Lisa terkesima setelah redza memaut tangan nya dan menggendong beg sandang milik nya. Pipi lisa membahang. Tapi semasa dalam perjalanan ke kereta, dia perasan akan lirikan mata semua pelajar. Bertambah malu lah si lisa yang sedia pemalu ni!
-------------------------"Acik! Angah! Lama tak jumpa korang! Aku rindu korang berdua!" Lisa melingkar kan tangan nya pada leher kedua2 abang nya. Sakit leher dorang kena heret sedemikian rupa.
"Aduh dik..sakit ah. Tak boleh kasar lagi ke?" Afiq yang di gelar acik oleh lisa bersuara. Dia mengeluh. Nasib dia lah dapat adik kasar macam lisa ni
"Nak bunuh kitorang tak payah lah nak berselindung bagai main peluk2. Ambik pisau, tikam. Mati lah." Adam, di gelar sebagai angah oleh lisa bersuara pula. Lisa sudah memuncung kan bibir nya dan berpeluk tubuh.
Lisa pergi pula ke arah umi dan abah tanpa membidas kata2 abang2 nya. Peduli kan mereka!
Lisa tayang sengeh bila berada di hadapan umi nya."Lah betul sungguh lah tekaan umi lisa dah balik. Patut pn dekat luar tu riuh semacam." Umi memulakan bicara. Dia ukir senyum manis kepada satu satunya anak dara dia. Balik jugak budak ni.
"Hah lisa,Macam mana study. Okay?" seperti biasa lah ayat abah. Hmm tak de ayat lain ke. Tanya lah dah makan ke sihat ke day dah mengandung ke. Eh?
"Hmm okay je abah. Untuk abah semua nya okay" lisa angkat jari yang membentuk 'o' dengan senyuman manja.
"Banyak lah dia punya okay tu. Nanti tengok lah result dia mcm mna" umi, puan zaitun membangkang kata2 lisa. Lisa pasang muka selamba.
Langkah di aturkan ke arah ruang tamu di mana abang2 nya berkumpul.
"Kau jangan bagitau lisa pulak. Gelabah pulak budak tu nanti" suara afiq menjengah gegendang telinga Lisa.dia mempercepat kan langkah.
"Ya korang jangan risau lah. Aku tau macam mana nak jaga dia.." kini suara redza pula yang di dengari. Lisa menyorok di sebalik dinding yang menuju ke ruang tamu. Niat nya hendak curi2 dengar memandang kan dia di larang ambil tahu pasal itu.
Hampa. Tiada bunyi kedengaran. Aik? Tidur berjemaah ke apa dorang ni? lisa cuba menilik mereka. Sedaya upaya dia tayang sengeh. Kantoi pula curi dengar perbualan orang. Semua orang sudah tengok dia macam dah tau aje lisa memang ada di situ.
Lisa pandang tasya. Tasya menggeleng kan kepala dengan wajah sugul nya. Dia tayang sengeh lagi. Memang itu tabiat nya jika kedapatan buat salah. Mahu saja di hempuk mereka yang muak memandang.
"Buat apa kat situ? Meh lah duduk sini" redza menepuk tempat duduk di sebelah nya. Redza kuntum senyum manis. Lisa hanya menunduk kan muka dan menurut. Setelah melabuh kan punggung nya di sebelah redza, dia perasan redza masih memandang nya.
"Tak payah nak tenung2 sangat lah za. Buat loya tekak aje." Lisa menjeling adam tajam. Muka comel cenggini boleh buat orang mual? Eh, hehee..
"Diam lah angah! Pergi tolong bini angah dekat dapur tu. Ksian dia dapat suami pemalas macam angah ni. Bangun,makan,tidur, kencing,berak aje tahunya" lisa membidas balik kata2 adam tadi. Mereka memang begini. Tapi bila susah, abang2 dia juga yang di cari. Abang2 dia okay aje. Cool.
YOU ARE READING
Isteriku Alissa
RomansaAlissa Farhana terjerat dalam situasi yg tramat sengit baginya.2 jejaka yang selalu mengejar dia menerbitkan rasa yg entah apa apa! enjoy this story..