Paluan Kompang bergema di seluruh ruang dewan. Ramai yang tersenyum memandang ke arah sepasang pengantin yang duduk tersenyum tersipu malu tu. Tapi bagi Lisa tak. Jelek pulak dia tengok wajah senyum2 malu pengantin lelaki tu. Rasa nak di siku je.
"Selamat Pengantin baru abangnye. Dah kawin ni perangai kena ubah tau. Jangan nak hadap game je 24 jam. Bini kena jaga. Kena layan baik. Jangan buli dia macam kau buli aku selalu. Tanpa belas kasihan pulak tu" Lisa juihkan bibir selepas menyalami tangan abangnya, Afiq. Di kerling2 Hana yang duduk senyum2 malu pengantin tu. Afiq dah pasang riak menyampah. Tapi tak lah menyampah sangat. Dia kena lah cover depan2 orang ramai ni.
"Elahh blah lah kau. Kau pun sama je perangai tak ubah2 lepas kawin" Afiq buka mata besar2 tanda geram dengan Lisa. Lisa hanya buat riak selamba dan berjalan ke depan sikit. Menyalami tangan Kakak Iparnya pula. Memang ini giliran dia yang terakhir. Ya lah, dia kan anak bongsu. Semua ahli keluarga dia dah salam tadi bila kena jemput oleh pengacara Majlis. Tinggal dia je lagi. Redza dah salam tadi sebelum teman kan Mia bermain di luar dewan. Al maklum lah dekat dengan taman. Terpaksa lah Lisa berenggang sekejap dengan keluarga kecil dia.
"Kak, minta sangat2 bertabah bila duduk sebumbung dengan pakcik cerewet ni. Dia ni bukan cerewet je kalau boleh memekak tengah2 malam suruh orang buat itu ini" Hana hanya ketawa kecil. Lisa kerling ke arah Afiq bila Hana pandang suaminya. Nampak wajah tak puas hati di situ. Lisa pasang senyum sinis. Senyum lucu sedaya upaya dia tahan dari terukir. Hana pandang Lisa semula dengan senyuman seri pengantinnya.
"Hehehe insyaAllah dik. Akak cuba bertahan dengan dia sehingga akhir hayat akak." Entah kenapa.. Dia rasa sebak pula bila dengar tu. Ada jugak yang nak bertahan dengan abang dia ni yang tak suka perempuan pada suatu ketika dahulu. Akhirnya.. Abang dia berkawin juga. Dia ingat pengakhiran hidup abangnya selama2nya bujang. Lisa pandang Afiq bila dengar kekehan gedik.
"That's my wife" Lisa kerutkan hidung dan menjeling abangnya. Eeiii gediknya diaaaa. Mentang2 dapat isteri lawa. Lisa minta diri dengan lemparkan senyuman manis ke arah sepasang pinang di belah dua tu. Dia turun dari pentas dan mendapatkan suaminya yang juga turut berjalan ke arah dia.
"Sayang" Lisa hanya kuntum senyum bahagia. Redza tau senyuman tu. Dia kenal Lisa lama. Lisa memang menantikan saat ni dah lama. Isterinya memang berharap sangat supaya abangnya berubah pandangan terhadap perempuan. Hati yang keras tak nak terima mana2 perempuan tu akhirnya cair juga dengan Hana. Redza tayang senyum juga dan menyeka air mata Lisa.
Tak nak lah majlis ni di raikan dengan air mata. Nanti makeup isterinya buruk pula. Hehe Bukan apa, bila makeup dah buruk berjam2 lah pula dia kena tunggu luar tandas. Tak ke naya tu? Jadi, harus lah di elakkan dengan tindakan segera. Bagi Lisa pula, suaminya tersangat lah caring dan sweet. Kat tempat2 macamni pon nak seka2 air mata. Hehehe.Lisa pandang kiri kanan suaminya.
"Mia mana?" Redza pandang ke belakang. Lisa jongketkan kepala ikut sama pandang ke arah suaminya pandang.
"Tu.. Ada dekat luar main dengan cousin sayang" Redza tuding ke pintu masuk dewan. Lisa buat wajah risau bila Redza pandang dia balik. Bukan apa, sepupu dia yang hadir semuanya umur berbelas2 tahun je. Redza ketawa kecil.
"Jangan risau..dorang Hanim pun ada" Lisa angguk kepala kecil sambil menunduk. Okay lah tu.. Hanim dengan adik beradik dia bukannya budak2 lagi.. Semua dah nak cecah umur 20an dah. Hanim tu jiran rumah Umi Lisa. Jadi memang rapat sangat lah dengan Puan Zaiton ni. Dengan Lisa je tak. Sebab kadang2 Lisa tak de kat rumah tu.
YOU ARE READING
Isteriku Alissa
RomanceAlissa Farhana terjerat dalam situasi yg tramat sengit baginya.2 jejaka yang selalu mengejar dia menerbitkan rasa yg entah apa apa! enjoy this story..