Rumah itu gelap tapi disinari juga dengan cahaya bulan yang memancari. Kereta banyak di garage. Tapi seperti ada satu ruang yang kosong. Faiz berfikir rasional. Mungkin Fahmi bawa Lisa ke mana2. Tapi, ke mana mereka patut pergi pada pukul 2 pagi begini. Tadi, dia bersama anggota lain dengan Redza dah pecah masuk rumah ni. Tapi hampa. Kosong. Tiada orang.
Redza pun berkali2 menempik nama isteri dia tadi. Faiz hanya senyap memerhati kelakuan Redza dari jauh. Sekarang pun Faiz perhati dia di dalam kereta. Apa yang dia buat pun Faiz tak tahu. Sekarang Faiz tengah meronda2 sekitar luar rumah ni. Yang lain ada di dalam dan ada bersama dia di luar.
Faiz mengeluh. Dia tahu Redza kusut sekarang. Besar sangat dugaan lelaki tu. Dan Fahmi..macam tahu2 je kami datang bertandang pagi2 buta begini. Ada belajar ilmu hitam ke apa. Faiz geleng kepala sambil menunduk. Dia mendekati Redza yang berada di dalam salah satu kereta polis.
Dia nampak rambut Redza je dari luar. Redza tengah menunduk. Bila dia ketuk cermin tingkap, Redza buka pintu tanpa angkat kepala. Menunduk je dia. Kesian kawan aku ni. Kau kuatkan lah dia Ya Allah.
"Za..kau okay tak" lembut dan sopan je suara Faiz bertutur. Dia tumpang simpati dengan apa yang berlaku sekarang. Ke mana sebenarnya Fahmi bawa Lisa lari? Dia nampak jelas Redza geleng kecil sambil menunuduk tu. Faiz mengeluh berat. Dia bersandar pada kereta yang berdekatan dengan tayar belakang.
"Aku tengok kereta Fahmi ada yang hilang satu. Kosong satu ruang tu. Kemungkinan dia bawa Lisa pergi tempat lain. Dia macam tau2 je kita nak datang sekarang." Dia kalih sikit pandang Redza. Redza tak beriak. Masih dalam keadaan yang sama. Faiz ketap bibir dan mendongak pandang langit yang gelap kepekatan malam.
"Faiz.." Faiz kalih pandang Redza yang masih menunduk. Suara dia lemah je dalam pendengaran Faiz.
"Aku nak Lisa" Bila Redza tutur kan ayat tu dengan lemah,Faiz sengetkan bibir dan senyap. Dia tak tahu nak balas apa. Dia betul2 bingung dan runsing. Perlahan2 Redza panggung wajah bila kawan dia tu senyap je. Tapi Redza masih tak pandang dia. Redza pandang depan.
Faiz dengar sahabatnya tu menggumam perlahan. Panjang gumaman dia. Tapi dia tak dapat nak tangkap. Tak lepas dia pandang sisi Redza yang jelas ketap rahang tu. Redza mesti mencarut tak tentu hala tadi tu.
"Tak pe lah. Kau balik rumah kau dulu. Rehat. Kerja ni bagi polis yang selesaikan" ditepuk bahu Redza yang masih pandang depan dengan riak kegeraman. Perlahan2 Redza mendongak pandang Faiz. Mata dengan rahang dia bergerak2 menahan marah. Faiz pula kecut perut yang melihat.
"No. Aku nak tunggu hanat tu balik. Aku nak hancur kan muka asshole tu. Dia dah buat najis dekat aku. Takkan sesekali aku maafkan." Suara Redza jelas tertahan2 dan berbaur dendam. Sumpah,dia tak pernah nampak Redza marah begini. Nampak mata tu betul2 marah sangat. Tajam sangat. Panas sangat.
"Za..kita tak tahu kalau2 Fahmi-"
"Don't you dare call his name around me" Ton suara Redza ternaik sikit. Faiz sedaya upaya larikan mata dia dari bertembung dengan mata terjegil Redza. Banyak kali dia telan liur. Redza tu dah macam nak telan dia dah. Padahal bukan salah aku.
"Okay..manatahu that asshole bawa Lisa pergi luar daerah ni sampai tak balik2 ke. Manatahu Asshole tu tengah intip kita sekarang. Selagi kita tak cau dari sini, selagi tu dia tak tunjukkan diri dia. Aku tak nak kita bazirkan waktu tercegat dekat sini. Aku nak siasat lebih lagi." Faiz sedaya upaya bercakap sesantai mungkin. Tak nak lah nampak sangat dia tengah takutkan Redza. Buat jatuh saham je.
YOU ARE READING
Isteriku Alissa
RomanceAlissa Farhana terjerat dalam situasi yg tramat sengit baginya.2 jejaka yang selalu mengejar dia menerbitkan rasa yg entah apa apa! enjoy this story..