Bab 4

5.4K 137 0
                                    

Minggu Test 1 pun berlalu. Aku pergi kelas Pengajian Islam macam biasa. Kelas Ustaz Fathul hari ni, dia mengedarkan kertas jawapan berserta markah.

Seorang demi seorang Ustaz memanggil nama untuk kehadapan.

"Imra'ah Haura"

Tu dia nama aku sudah di panggil. Aku lekas bangun dan kehadapan untuk mengambil kertas. Ustaz memandang aku, aku? langsung tak pandang dia pun. Hahaha.. aku cuma memandang kertas aku di tangannya sahaja.

Aku menghulurkan tangan aku untuk meminta kertas aku darinya, lalu dia bagi kertas tersebut kepada aku.

"Terima Kasih Ustaz" Kata aku.

"Afwan" Jawabnya.

Aku cuma senyum dan berlalu dari situ.

Sampai saja di tempat duduk aku semula. aku baru nak tengok markah aku, Alhamdulillah, 96% , A+.  Aku cuma diam saja dengan markah aku tersebut. Kawan-kawan aku sibuk nak tengok, aku mampu sengih. Lantak koranglah.

Ustaz menyuruh kami membuat pembetulan yang salah saja. Di sebabkan kesalahan aku cuma sedikit, aku dapat menyiapkan dengan cepat dan aktiviti aku paling suka bila tak ada kerja ni, aku kacau kawan-kawan aku yang sedang buat kerja.

Mula-mula mangsa aku ialah Syira. Aku bersahaja selongkar pensel box dia lepas tu aku biarkan benda tu berterabur atas meja. Selepas itu mangsa aku,  Piqa pula. 'Em.. jangan cari pasal weii dengan minah ni, mau dia melenting satu kelas ni kang', akhirnya, aku memandang ke belakang kacau Sarah dan Rina pula. Rasa menyesal pun ada sekarang ni, sakit pulak rasanya kena cubit dengan Sarah ni.

"Kamu, yang tengah tu dah siap ke pembetulan?" tanya ustaz Fathul.

Aku menoleh ke depan. Dia tanya aku ke? Lalu, Syira menyiku aku. Aku rasa akulah tu di tanyanya.

"dah ustaz" jawabku.

"Dah siap boleh hantar" katanya.

Lah tu je ke.

" Okay ustaz" jawab aku.

Aku lekas bangun hantar pembetulan kepadanya. Dia hanya memerhatikan aku. 'ishhh, pandang lain boleh tak?' kata hati aku. Aku cuba buat-buat tak tahu saja. Aku meletakkan kertas aku di atas mejanya dan cepat-cepat ke meja aku semula. Manalah tahu orang tua tiba-tiba
minta tolong ke apa kan.

Setelah semua hantar pembetulan. Ustaz memulakan kelasnya.

"Okay, saya nak bagi tajuk presentation" Katanya.

Ting Tong?! haa tu dia presentation sudah memanggil.

"satu kumpulan saya nak dalam 3 atau 4 orang sahaja, saya nak awak bentukkan satu kumpulan kamu semua, tuliskan nama dan hantar kepada saya sekarang." katanya.

Setelah berbincang dengan Housemate aku, kami pecahkan kepada 2 kumpulan. Aku, Piqa dan Syira satu kumpulan. Manakala Sarah,Rina,Anis dan Jannah satu kumpulan.

Ustaz mula memberikan tajuk tugasan.

"Kumpulan Imra, tajuk kumpulan awak Kesejahteraan Ummah ye" katannya.

"okay ustaz, terima kasih" jawab aku.

Lalu aku memandang tajam ke arah Piqa. Dia gelakkan aku. Tak guna betul, asal nama aku di letak atas, tak pasal pak ustaz tu dah sebut nama aku. Hawau betul.

"Saya bagi awak  masa sebelum exam Test 2 , semua dah bersedia untuk presentation, saya tak kisah awak nak guna slide show atau berhujah, apa-apa saya akan update dalam group kelas kita " kata putus darinya.

Kami sekelas mengangguk faham.

"Sebelum bersurai, saya cuma nak buat penguguman sikit, sesiapa yang berminat nak masuk kelas teakwando, boleh la daftar esok hari pendaftaran Kelab dan Persatuan, saya penasihat kelab tersebut." katanya.

'teakwando? wow?!! i like' kata hati aku.

Nak masuk tak ehh??

BILA HATI KATA SUKA (COMPLETE)Where stories live. Discover now