Bab 29

4.4K 106 0
                                    

"Imra Bangun! kenapa tidur kat sini? " Kata seseorang sambil gerakkan badan aku.

Aku bangun dari tempat tidurku.

"Penat sikitlah Ustaz" Jawabku sambil gosok mata aku dan mengeliatkan badan aku.

"kalau awak mengantuk tidur lah atas kenapa tidur bawah sini" Katanya lagi.

Aku mengangguk.

"Ustaz pergi mana tadi? sebelum magrib lagi dah menghilang?" Tiba-tiba soalan tu terus melunjur dari bibirku.

"ouhh, saya pergi masjid solat berjemaah kat sana tadi" Jawabnya.

"saya nak mandi jap" Kata ku.

'Pahal ni Imra! Tiba-tiba je nak tahu dia pergi mana!' Kata hati aku.

Lalu,  aku bangun buka telekung pada badan aku dan melipat sejadah tersebut.

Tanpa pedulikanya, aku mencapai tuala dan terus meluru ke bilik air.

Selesai mandi, keluar dari bilik air, aku terus melabuhkan diri di katil. Tiba-tiba,

“Eh, dah nak tidur?” Kedengaran suara Ustaz Fathul yang sedang melabuhkan dirinya juga di katil bersebelahan dengannya.

Tiba-tiba jantung aku berdetak dengan laju.

Apakah?

Aku hanya diam.

Dia memandang tepat ke arah mata aku. Aku sudah jadi patung cendana disitu.

"Saya faham isi hati awak. Saya tahu semuanya. Saya tak paksa awak. Saya akan bagi awak masa. Tapi, saya minta awak bagi peluang untuk saya mencintai awak. Awakkan isteri saya, Sejak saya lafazkan akad menerima awak sebagai isteri, insyaallah tanggungjawab itulah yang saya akan pikul hingga akhir nyawa saya, Sekarang sayang awak kerana Allah. Masjid yang terbina ini, saya harap akan diberkati dan diredhai sampai bila-bila, bukan sekadar untuk menutup mulut orang ini, Bagi saya biar perkahwinan hanya sekali seumur hidup " Terang nya.

'uishh panjang siut kau hujah!' Kata hati aku.

"ouhh.. okayy" Jawabku saja.

"Awak masih marahkan saya ke dengan keputusan ni?" Tanyanya.

"Entahlah, nak marah benda dah berlaku" Jawabku.

"Tapi kenapa awak tak membantah sebelum akad tadi?" Tanyanya lagi.

"tak membantah ustaz cakap? Tak? rasanya dah banyak kali kot saya bantah dari start di pejabat Sir Hamid lagi!" Aku sudah mula dingin.

Pantang betullah orang buat aku marah ni!

"Sabar Imra'ah Haura! Sampai bila awak nak hidup ego awak yang tinggi ni dan baran awak ni?" Katanya.

"Sampai bila-bila!" Jawab aku terus menyelimutkan diri aku. Lalu, aku pejamkan mata aku.

"sekarang saya dah sah menjadi suami awak, saya berjanji saya akan ubah sikap awak tu! itu janji saya!" Katanya dan bangun dari birai katil.

'what ever!' kata hati aku.

Keadaan menjadi sunyi.

Entah mengapa tiba-tiba diri ini rasa bersalah.

'berdosakah aku?' tanya hati aku.

Aku bangun dari tempat tidurku perlahan, aku mencari suamiku. Aku melihat hujung katil. Suamiku tidur dibawah katil hanya beralaskan sejadah.

'Ya Allah berdosanya aku!' Hah baru nak sedar ke Imra?

Aku bangun ambil bantal di sebelah dan selimut lebih di dalam almari dan pergi ke tempat tidur suamiku itu.

"Maafkan saya" Ucapku perlahan.

Aku mengangkat kepalanya perlahan tak nak dia tersedar dan letakkan bantal di bawah kepalanya. Lalu, aku menyelimutkannya.

'Penat sangat dia ni! sampai tak terbangun' kata hati aku sambil merenung lama ke arah mukanya yang sedang nyenyak tidur.

'sesungguhnya, saya dah lama jatuh hati pada ustaz! ' kata hatiku lagi.

Aku bangun dan baring semula ke katilku.

BILA HATI KATA SUKA (COMPLETE)Where stories live. Discover now