Bab 37

4.6K 89 0
                                    

"Kau serious lah Imra?!" Kata Nabila dengan suaranya agak tinggi.

Aku mengangguk perlahan.

"iya baguslah, kahwin awal! ndak salah kan?" Kata Iwan pula dengan bahasa Sabahnya.

"kalau aku dapat yang mulut puaka tu! aku lenyek dengan kontena! " Marah Zul.

"Alahh.  lupa je la, benda dah lama berlaku!" Kata aku.

"Tapi, baguslah kau ndak apa-apa ya kan? suamimu ndak cerderakan kau ya kan?" Soal Iwan.

"Alahmdulillah, tak ada buat masa sekarang, dia seorang yang bertanggungjawab" jawab aku.

"Tapikan tak sangka kau dapat dia kan!" Kata Nabila.

"Dah jodoh nak buat macam mana" Jawab aku lagi.

"Okaylah tu" Kata Zul.

Dalam kami gelak ketawa.

"Assalamualaikum...." Suara yang aku kenali datang menghampiri aku.

Aku memberitahu lokasi aku padanya masa perbualan telefon tadi.

Kami menjawab salamnya serentak.

"Guys ni lah suami aku" Aku kenalkan dirinya pada mereka.

Zul dan Iwan berjabat tangan dengannya.

"Bolehkan dia join kita?" Tanya aku.

"Eh! boleh je" Jawab Zul.

Dan kami semua naik ke panggung wayang MBO Element Mall. Menonton cerita Jurassic World.

Alhamdulillah.. semuanya hampir selesai.

* * * * *

Oleh kerana chat yang di terima dari Raiq. Aku terburu-buru keluar untuk berjumpa dengannya.

Iq nak jumpa Im just for a while please? Iq dah tahu status Im sekarang.. I hope this last kita berjumpa.. Tolong.. sekejap saja. - Raiq.

Aku yakin tak lain tak bukan si Zul lah siapa lagi yang beritahu berita ni. Siapa je lagi nak bagitahu kan?

Aku mengeluh perlahan.

Dari jauh sudah aku kenal susuk badan seseorang menunggu seseorang. Ye lah aku lah tu!

"Ada apa Iq nak jumpa Im?" Tanya aku sampai saja di tempat tersebut. Kawasan taman reakriasi Bukit Serindit Melaka menjadi tempat pertemuan kami petang itu.

Raiq menghulurkan satu kotak hadiah kepada aku.

"Maaf menganggu waktu Im, tapi Iq nak pulangkan kenangan kita ni, Iq tak mampu menyimpan kenangan kita ni, Iq tak nak berdosa masih berharap dan mencintai isteri orang" Terang Raiq.

Aku memandang muka nya dan mengambil kotak tersebut.

"Iq, Im bukan nak kecewakan Iq, maafkan Im, sebelum ni Im dah cuba untuk terima Iq semula.. tapi, Im tak boleh. Im minta maaf!" Balas aku.

Ya! memang benar aku cuba menerimanya kembali sebelum ni. Tapi, apakah daya hati aku kini kuat hak milik orang lain iaitu jejaka yang sudah menjadi suami aku yang sah.

"tak apalah Im, iq redha.. Iq yakin suami Im sekarang mampu bahagiakan Im kelak!" Katanya dengan yakin dan dia memberi senyuman yang ikhlas.

"Terima kasih Iq, lagi pun kita kan masih berkawan lagi, nanti geng buddyz saya lepak, Im ajak lah Iq sekali" Ucapku ikhlas.

"InsyAllah..lagi pun Iq dah dapat tawaran sambung belajar di Takyo,Jepun . Doakan Iq! " Katanya.

"Wah!! tahniah.. akhirnya, impian Iq tercapai!" Jawab aku.

Dulu Raiq selalu berangan mahu sambung belajar di Tokyo, Jepun dalam bidang enginering. Syukurlah, impiannya sudah tercapai. Aku? entahlah.

Lalu, kami berpamitan agak lama kami berjumpa di sini.

Ini lah, kali terakhir aku berjumpa dengan Raiq, sebelum dia melanjutkan pelajaranya di sana.

'Semoga, Raiq jumpa jodoh yang lebih layak dari aku Ya Allah!' Doaku dalam hati.

Aku juga bersyukur,  Raiq menerima takdir ini dengan hati terbuka. Him the one in world guys!

BILA HATI KATA SUKA (COMPLETE)Where stories live. Discover now