Bab 30

4.9K 110 0
                                    

“Imra! Ada orang nak jumpa.” Kata Rina yang baru saja sampai di student Center bersama rakanku yang lain.

“ Siapa?” Tanya aku.

'Macam aku tahu je siapa!' Kata hati aku.

Aku mengeluh.

“ Dia ada dekat mana?” Tanyaku lagi.

“ Ada kat bawah office, Tengah tunggu kau nak lunch kat luar kot”

Siapa sangka umur semuda aku ni yang still belajar ni ternyata dah mendirikan rumah tangga.

Aku terus menuju kepadanya.

“ Assalamualaikum..” ucapnya selepas melihat kelibatku dari jauh.

"Waalaikumussalam" Jawabku.

Aku memandang dia dengan pandangan kosong. Baru sebulan perkahwinan kami. Tapi aku hairan. Dia tak pernah berkasar dengan aku. Tak pernah tunjuk yang dia tak suka kahwin dengan aku. Tak pernah juga aku nampak dia tak pernah tak layan aku. Tapi, dia banyak bersabar dengan aku.

“ Buat apa dekat sini? Tak ada kerja ke?” Tanya ku.

“ Saya nak ajak awak makan. Tak ada kelas kan?” jawabnya pula.

Aku melihat dia yang elok bersandar dekat kereta itu dengan perasaan geram. Boleh dikatakan hari-hari aku cuba mengelak untuk berjumpa dengan dia. macam-macam alasan aku bagi sebenarnya.

Lepas kahwin mana kami pernah duduk serumah. Dia di rumah sewanya, manakala aku di asrama pula.

“Saya tak nak. Saya ada banyak kerja ni. Ustaz lunch lah dengan lecture lain.” jawabku.

Terus aku memusingkan badan ke arah lain. Nak blah! Sakit hati aku bila tengok reaksi dia yang selamba tu. kalau setakat selamba tak apa lagi. ni siap dengan senyuman manis dia tu. tahulah handsome. Tapi jangan buat aku terpikat boleh?

“ Awak.” katanya perlahan.

Terasa bahuku disentuh. Aku terus menoleh ke belakang. Dia sedang berdiri tepat dibelakang aku sekarang ni. membuatkan aku sukar untuk bergerak.

Oh ya. Hanya housemate aku dan orang atasan je tahu aku dah berkahwin. Orang lain tak tahu.

“ Nak apa lagi?” Aku dah mula marah. Geram. Degil lah dia ni.

“ Please. Teman saya makan je. Lapar ni.”

Aku nampak dia usap perutnya yang kata lapar tu. Dengan mimik muka manja minta simpati tu. Alahai. Kalau macam ni manalah aku tak terpujuk.

“ Yelah. Kejap nak ambil purse dekat kawan" Akhirnya aku mengalah.

“ Tak payah. Awak teman je saya.” katanya.

Aku renung dia dengan renungan tak puas hati.

“ Habis tu? Kalau tiba-tiba ada polis minta IC saya? Ustaz nak buat apa? Saya bukan warga asing tau.” balasku.

Tiba-tiba dia ketawa. Apa yang kelakar?

“ Tak apa. Saya cakaplah awak bibik saya. IC tu tertinggal dekat rumah.”

Aku mengetap bibir. Terus aku cubit lengan dia. Ketawa lagi dia. Sengaja la tu!

“ Ha. Gelak la gelak. Tak nak lah ikut ustaz. pergilah makan sensorang.” Terus aku berlalu.

Sakit hati!

“ Awak!” jeritnya.

Zupp! Macam ironman dah aku tengok dia. bukan main laju lari. Tiba-tiba muncul depan mata aku. Okay. Tipu sangatlah tu kalau dah macam ironman. Hahahaa.

“ Saya minta maaf okay. Jom lah ikut saya.” Pujuknya.

Perlahan tanganku ditariknya lembut. Sampai ke arah kereta. Aku merengus geram.

Sabar lah wahai hati melayan encik suami yang macam budak-budak ni. Nasib comel.

BILA HATI KATA SUKA (COMPLETE)Where stories live. Discover now