Bab 1

14.6K 170 2
                                    

Awal semester baru bakal bermula. 'Aduh.. rasa malas je lah' rungut diriku.

"Ting..ting.." bunyi telefon pintarku.

esok nak daftar naik sem pukul berapa? - Sarah

Emm.. si Sarah ni ingat kan benda yang aku tak nak fikir sekarang ni.

'Aku maybe ulang alik je kot Melaka-Nilai esok, paling kurang pukul 12 baru aku sampai kolej' jawab aku. Okay sent!

"Ting..Ting.." Telefon pintar aku berbunyi lagi.

'Abis tu.. kelas start lusa kau pergi tak' - Sarah.

'Tak, minggu depan baru aku jejak kolej balik' jawabku lagi.

Sesungguhnya, aku malas nak pergi kelas 'bodoh-bodoh' just sesi perkenalan je lepas tu main game macam budak-budak sangat membosankan.

"Ting...ting.." telefon pintar aku berbunyi .

'Ikut kau laa Imra.. jumpa esok tau.. 😘 " -Sarah

Aku tinggalkan bluetick saja. Hahahaa.. lantak kau lah.

Keesokan harinya, Aku naik bas trip pertama dari Melaka Sentral ke Nilai Sentral. Menyusahkan betullah nak daftar manual bagai, kenapalah kolej aku ni tak maju daftar online je then transfer duit pengajian je tak payah nak pergi bahagian kewangan bayar face to face lepas tu nak tunggu cop bagai dengan ramai orang lagi. Ee.. Geramnya nak ingat balik.

Sampai saja di Nilai Sentral, aku terus naik bas yang lalu di depan kolej aku agak 'lucky' jugak aku hari ni. Sampai saja semua dah ada depan mata.

Sarah,Rina,Syira dan Piqa sudah menunggu aku di pintu masuk kolej. Aku turun dari bas dan menuju ke mereka. Dorang dah mulakan drama.

"Weii?! kak yong sudah mari" Kata Syira. Ketua yang suka mulakan usik mengusik orang.

"Hahaha.. muka kak yong kita kenapa tu bengang semacam!" Usik Rina pula. Aku hanya berdiam saja. Malas aku nak layan. Aku terus berjalan meninggalkan mereka.

"hoi.. kita semua punyalah tunggu dia kat sini.. dia jalan macam tu je.. kalau ye pon tunggu lah kejap" Kata Piqa. Akhirnya, mereka berlari mendapatkan aku.

Agak ramai yang daftar hari ni. Letihlah macam ni. Sokay Imra'ah Haura kau mampu mengatasinya. Bawa bertenang.

Sesi daftar mengambil masa selama 3 jam lebih. Fuhh lega akhirnya selesai cuma tinggal last step iaitu sign dari pensyarah-pensyarah yang mengajar sem nanti.

Ketika aku sedang mengisi subjek semester emm kesemuanya pensyarah yang sama dari semester satu lagi. Tapi cuma sorang sesat siapakah 'Ustaz Fathul Islam?' pensyarah barukah? lantak lah. Aku masuk ke bilik yang telah ditetapkan untuk semua pensyarah. Dua pensyarah dari enam pensyarah termasuk pensyarah baru tiada dalam bilik tersebut. Aku hanya berjumpa dengan pensyarah yang ada sahaja.

Akhirnya, siap pun sesi pendaftaran bagai ni semua. Masa untuk balik ke Negara asal semula. hahaha.

"Guys, aku balik dulu ya.." kata aku.

"eh, lepak lah dulu.. makan dulu ke?" Ujar Sarah.

"emm i'm not interested" jawabku. Aku sebenarnya malas nak lama-lama dekat kolej ni. Bagi aku hambar tak ada yang menarik even cuti semester berbulan dah langsung tak rindu jadah.

"hah.. ikut kau lah.. minggu depan jangan lupa balik sini semula sudahlah" jawab Rina.

"InsyAllah i will" kataku. Lalu kami berpamitan dan Aku pun terus pergi menunggu bas di hadapan kolej aku. Mereka semua naik bas kolej untuk balik ke asrama semula.

Selepas maghrib aku sampai rumah aku di Melaka. Aku kepenatan dan terus tidur.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BILA HATI KATA SUKA (COMPLETE)Where stories live. Discover now