Bab 40

5K 90 0
                                    

Sudah seminggu berlalu sejak kejadian aku kemalangan. Masih tiada berita ciri-ciri lagi bahawa suami aku sedang mencari aku.

'Mungkin, dia sudah membuang aku dari dalam hidupnya'

Aku mengagahkan diri untuk pergi ke kuliah walaupun dah banyak kali di halang oleh rakan serumah aku. Ya lah, bosan terus duduk rumah. Bukan ada sesiapa pun. Baik aku pergi kelas!

Aku pergi ke kolej dengan menaiki kereta Cik Asyikin. Dia menawarkan dirinya untuk mengambil aku pada pagi itu dengan keadaan aku yang masih lagi berbalut di tangan dan kaki aku, masih terdapat kesan lebam yang kian menghilang di muka aku.

Sarah dan Rina menemani aku menaiki kereta Cik Asyikin juga. Manakala, yang lain menaiki bas dari asrama.

"Saya akan cakap dekat lecture yang lain mengajar awak, untuk buat sementara waktu ni, kelas awak di bawah saja" Pesan Cik Asyikin selepas kami semua keluar dari keretanya.

Kami semua mengangguk faham dan pergi dari kawasan parking para pensyarah.

Aku berjalan agak perlahan kerana kaki aku masih berasa sakit.

"Tulah, kita orang dah cakap jangan datang! degil! nak juga datang kelas!" Sarah membebel.

Aku hanya tersengih pada mereka berdua.

"Rina!! Rina!!" Jerit seseorang dari belakang. Suaranya sangat aku kenali. Hati aku terasa panas tiba-tiba selepas mendengar suara itu.

Rina dan Sarah memandang ke arah aku. Cepat saja, Rina pusing badannya kebelakang.

"Yes..Us...Ustaz?" kata Rina dengan gugup.

"Saya just nak cakap, petang ni kelas teakwando akan berjalan seperti biasa.. nanti awak cakap dekat group whatsapp" Katanya.

Aku dan Sarah masih membelakanginya. Aku mempercepatkan langkah aku sambil di papah oleh Sarah dan berlalu meninggalkan Rina dan Ustaz Fathul dari situ.

Kami terus masuk kelas tanpa menoreh kebelakang.

"Kau rasa dia cam kau tak?" tanya Sarah.

"Aku rasa macam tak, kalau dia dah cam mesti dia tarik nak tengok muka aku ni" Kata aku dengan yakin.

Rina masuk ke kelas.

"Ustaz ada cakap apa-apa pasal Im jugak ke?" Tanya Sarah sejurus Rina duduk kerusi kosong di sebelah aku.

"Tak ada weyh! Aku pun hampir cuak tadi! Nasib baik dia bincang pasal kelas Teakwando petang ni! Kau ingat aku dan yang lain nak datang? lepas apa dia buat sekarang ni? Tak okay! tapi setakat bagi tahu group tu boleh lah! nak pergi.. tak mungkin!" Marah Rina.

"Uishh member-member aku berdua ni betul-betul nak sorokkan aku dari suami aku" kata aku sambil ketawa.

Ya lah! Lucu kot!

Akhirnya , kawan serumah aku yang lain masuk ke kelas.

"Ada berita yang kami kena tahu ke?" Tanya Syira sambil menarik kerusi duduk di hadapan meja aku.

Lalu, Sarah dan Rina menceritakan kepada yang lain.

"Agak-agak dia tahu kau tadi, mesti gelabah kan dia... lepas tu berasa dosa.. sumpah mesti kelaka muka dia nanti" kata Jannah sambil gelak.

Aku mengeleng-geleng kepala aku. haishh.. budak-budak ni..

BILA HATI KATA SUKA (COMPLETE)Where stories live. Discover now