Bab 19

3.8K 97 0
                                    

"Uish! Nak nyorok dari saya ke?" Ucap Ustaz Fathul.

Tangan aku dah mula mengeletar semula.

"Eh! Ustaz! emm.. tak lah,  saja je tadi nak test ustaz kenal saya tak!" Jawabku.

Aku baru perasan bahawa aku lupa untuk tutup muka ku kembali.

Kan dah kantoi sekarang ni!

"Sini rupanya awak kerja ye? Tak ada lah jauh mana dengan tempat kerja saya dulu Maybank belakang sana tu" Kata Ustaz Fathul.

'Iye ustaz! saya tahu! ustaz pernah cerita kat saya!' Jawabku dalam hati.

Aku cuma senyum dan sibukkan diri menekan skrin untuk kad tambah nilai ustaz Fathul.

"eh! Imra! Saya ingat naik semester nanti,  kelas teakwando berjalan seperti biasa tau, lepas tu kalau boleh saya nak awak handle, boleh?" Kata ustaz Fathul.

"Hah? saya? " Tanya aku semula.

"Yelah!" Jawab ustaz Fathul serius.

Gulp! Ustaz Fathul ni apahal! Dia tak tahu ke aku baru basic je! Aishh stress aku dengan Pak cik ni! Sangat annoying lah!

"Ustaz.. no no no.. tak lawak!" Aku cuba berdalih.

"Siapa buat lawak?" Ustaz Fathul menjawab.

Aku jadi diam.

"Saya gurau je lah Imra Haura!" Kata ustaz Fathul sambil gelakkan aku.

eii! aku sepak kang! bergurau pula manusia ni!

"ish! ustaz ni tau suka sangat usik saya! naik semester saya berhenti lah teakwando macam ni! tak nak jumpa ustaz dah! " Aku merajuk.

Ustaz Fathul masih gelakkan aku.

"Alaa.. berhenti lah saya tak kisah pun!" Jawab Ustaz Fathul.

aishh! tak romantik lah pak cik ni. Dahlah buat orang merajuk! Tapi tak reti pujuk.

Aku menarik kad tambah nilainya dan beri kepadanya semula.

"Semuanya RM 80 " kata aku.

Ustaz Fathul menghulurkan duit tersebut.

Aku bagi resit dan ucap terima kasih.

Aku masih dalam keadaan merajuk.

'Kuang asam! bukan reti nak pujuk!' Kata hati aku panas.

"Saya balik dulu!" Kata ustaz Fathul.

Aku buat tidak tahu sahaja. Nak balik? pergilah kisah apa aku!

Aku menyambung kerja aku semula.

Selepas 30 Minit berlalu,

Raiq datang ingin membayar Chocolate Cabury yang besar.

'uishh dia ni seriuslah nak makan besar ni?' Tanya hati aku.

Nak kata dia beli untuk keluarganya, waktu kerja masih lama lagi nak habis.

Usai sesi bayaran, Raiq menghampiri aku.

"Nah Im!" Kata Raiq sambil menghulurkan chocolate cabury.

"eh? dah kenapa kau?" Tanya aku.

"Ni ha. Pensyarah kau yang datang tadi dia suruh aku belikan, lepas tu bagi dekat kau" Terang Raiq.

Lalu, aku menyambut chocolate tersebut dari tangan Raiq.

Aku terkejut. Seruislah? Ustaz Fathul yang bagi? Jantung aku bagaikan di pam dengan laju.

"Lepas tu dia pesan, dia minta maaf,  dia gurau je tadi" Tambah Raiq lagi.

Aku mengangguk faham.

Aku terus keluarkan telefon aku.

Aku baru saja mahu buka whatsapp, Abang Amir masuk kedai.

"Haipp!  Imra! No telefon right now! went I'm here! " usik Abang Amir.

"Ala abang sekejap je, nak cakap terima kasih kat orang yang bagi Imra Choclate ni!" Rungut aku.

"uish! dapat chocolate eh! " Usik Abang Amir lagi.

Abang Amir terus masuk ke backroom kedai.

Aku masih dengan telefon di tangan.

'Nak whatsapp ke tak?' Tanya hati aku.

'Nantilah dulu.. esok-esok jelah!' Kata hati aku lagi.

Lalu, aku biarkan saja dan aku terus terlupa tentang ingin whatsapp Ustaz Fathul.

BILA HATI KATA SUKA (COMPLETE)Where stories live. Discover now