Bab 26

4.3K 91 0
                                    

tuk..tuk..tuk...
Kedengaran seseorang sedang mengetuk pintu.

"Hoi! aku nak tidur lah! Jangan kacau!" Jerit aku dan menyambung tidurku semula.

"Imra! Imra! bangun!" Agak jangal suaranya.

"Imra! Imra! Bangun-bangun! " Katanya lagi.

"Apa!" Aku cuba mencelikkan mata aku.

Buka saja mata. Ustaz Fathul!

Aku baru teringat kami terperangkap dengannya dari semalam lagi.

Aku dan Ustaz Fathul bangun dari tempat tersebut untuk ke pintu.

Namun, dengan keadaan aku masih mamai dari tidur aku terlangar wayar extension.

Papp

Aku jatuh atas Ustaz Fathul.

"Auuuu" Aku merungut kesakitan.

Aku bergerak di sebelah Ustaz Fathul sambil mengusap kaki aku yang lagi sakit. Manakala, Ustaz Fathul mengusap lengannya pula.

Tidak lama kemudian pintu tersebut terbuka.

Aku dan Ustaz Fathul memadang tepat pada pintu tersebur.

"Astagfirullahh..." Kata seseorang.

"No! No! That all not what in your mind!" Aku bangun dari tempat aku jatuh jadi dan menjawab.

"Ya, bukan seperti kamu semua fikirkan, kami terperangkap dalam bilik ni dari petang semalam! tengok tombol pintu dari dalam dah tercabut" Jelas Ustaz Fathul sambil berdiri dari tempatnya juga.

Semua memandang kami dengan diam.

"Ya Allah Imra! Sini pun kau!" Kata Rina keluar dari celahan orang-orang di hadapan pintu tersebut dan diikuti kawan-kawan serumahku yang lain.

"Risau aku ! dari semalam kau tak balik! " Kata Sarah.

Sungguh terharu aku dalam keadaan sekarang ni.

"Alhamdulillah kau tak apa-apa?" Kata Anis pula.

Aku mengangguk perlahan.

"Macam mana ni semua boleh berlaku?" Tanya Cik Asyikin yang berada di situ.

"Semalam, rasanya Imra naik letak projektor Miss kat sini" Jawab Ustaz Fathul.

"Then? what happen after that?" Tanya Cik Asyikin lagi.

Aku diam.

"Maaf Miss, mungkin salah saya, saya cuai. Saya ingatkan Imra balik dengan Miss semalam, Tu saya terus kejar Bas balik Asrama, Saya whatsapp Miss kan malam semalam, tanya Imra dengan Miss ke? Tapi, Miss baru reply lepas subuh tadi. Kami semua terkejut lah, terus kami cari Imra" Jelas Syira.

"So, kenapa dia tak contact budak-budak rumah dia? saja nak mengatal dengan Ustaz kat dalam bilik ni?" Bidas seseorang yang berada disitu. Cik Dira. Ya! Mulut dia memang tiada Insurance.

"Actually, Phone Imra ada pada saya semalam " Jawab Syira.

"So, Ustaz Fathul tu tak reti ke contact sesiapa? ke amik kesempatan dekat student?" Bidas Cik Dira lagi.

"Ya Allah! Saya langsung tiada niat begitu, Phone saya pula bateri habis dari petang semalam!" Jawab Ustaz Fathul dengan suara agak tinggi.

"Orang tanya je kan? Kenapa nak tinggi suara? Nak tutup kesalahan? macam tu? Yang duduk berdua-duaan di bawah tadi itu apa?" Kata pedas Cik Dira lagi.

"Ya Allah! Miss Dira! buat apa saya nak tutup kesalahan yang saya tak buat! Kami sama-sama terperangkap dalam bilik ni" Balas Ustaz Fathul.

Cik Dira hanya senyum sinis. Aku memandang ke arahnya.

'iee!! aku dapat mulut kau! aku tenyeh dengan cili tau!' Kata hati aku.

"Dah! ok la macam ni, Imra dan Ustaz,  awak berdua baliklah rehat di rumah masing-masing, saya akan bicangkan hal ni dengan pihak atasan! esok, Imra dan ustaz Fathul sila ke pejabat hal ehwal pelajar untuk beri keterangan ni" Terang Cik Asyikin yang cuba betulkan keadaan.

Akhirnya, aku keluar bersama rakan-rakan serumahku dari pejabat pensyarah tersebut.

Kami pulang ke kediaman sewa kami.

BILA HATI KATA SUKA (COMPLETE)Where stories live. Discover now