Bab 23

4.1K 98 0
                                    

Keesokkan harinya aku ikut Cik Asyikin ke Port Dikson. Sepanjang semalaman aku langsung tidak bertegur sapa dengan budak-budak rumah aku.

Sebab aku masih sakit hati dengan mereka kerana mengadu dekat Cik Asyikin.

Sepanjang pemanduan Cik Asyikin ke Port Dikson aku banyak mendiamkan diri. Bila Cik Asyikin bertanya soalan hanya sepatah aku jawab.

Sampai saja di Blue Lagoon Port Dickson, Aku duduk berhadapan Pantai tersebut.

Entah mengapa aku rasa tenang disitu.

Aku menoleh ke arah Cik Asyikin yang sedang menelefon seseorang.

'Ah! Lantak dia nak buat apa!' Kata hati aku.

Aku memandang laut semula. Tiba-tiba terlintas dalam fikiran aku tentang Ustaz Fathul.

'Ah! Kenapa aku kena ingat dia lagi! Sakit hati aku'

aku mencapai batu yang ada disebelah aku, dan campakkannya ke laut. Aku mengulangi perbuatan yang sama hingga Cik Asyikin datang dan duduk disebelah aku.

"Saya dah agak, masalah awak ini melibatkan hati, saya tahu awak sedang dilanda penyakit sakit hati" Kata Cik Asyikin.

Aku mendiamkan diri saja.

Betul lah apa yang Cik Asyikin cakapkan itu.

"Sebab itu saya bawak awak dekat sini, batu-batu yang awak baling tadi saya dapat merasakan yang awak sedang cuba menbuang jauh-jauh rasa sakit hati awak kan?" Terang Cik Asyikin.

Aku memandangnya.

'Hebat betul dia ni, semua benda dia tahu!' Puji hati aku.

"Macam mana Miss tahu?" Tanyaku.

"Awak, saya ni lecture Psikologi awak! Even awak tak cerita masalah awak, dengan cara awak ni saya boleh tahu!" Terang Cik Asyikin lagi.

Aku diamkan diri saja dan memandang laut.

"saya saja bawak awak kesini, supaya awak dapat realise kan tension awak tu! saya tak nak awak lepaskan tention awak dekat adik-adik Junior awak minggu depan, susah saya nak jawab nanti" Kata Cik Asyikin.

"Ingat saya tak dapat bezakan ke masalah saya dengan hal kolej!" Aku menjawab.

"bezakan awak cakap? yang awak lepaskan dekat housemate awak tu? awak kata boleh bezakan?" Tanya Cik Asyikin.

"Yelah sebab masa itu dorang semua buat saya tertekan lagi! Saya baran lah!" Jawab aku lagi.

"Sebesar mana pun masalah kita, jangan sesekali luka kan hati kawan, Maybe dorang nak tolong awak selesaikan masalah awak cuma cara dorang tidak kena pada waktunya" Jelas Cik Asyikin.

Aku diam .

'Ada betul kata miss ni.. Ya Allah aku sudah lukakan hati Anis' Kata hati aku.

Aku mengangguk faham kata-kata Cik Asyikin.

Tiba-tiba aku rasa sudah sedikit tenang dengan rasa sakit hati aku sepanjang minggu ini, tapi rasa bersalah dalam diri kian terasa.

'Balik esok aku harus minta maaf semua budak rumah aku.

BILA HATI KATA SUKA (COMPLETE)Where stories live. Discover now