Bab 28

4.6K 109 0
                                    

"Im! betul ke keputusan kau buat ni?" Tanya Syira.

"Entah lah wei, aku buntu gila ni!" Jawabku.

"Aku tahu lah jadi macam ni, hari tu aku naik atas semula cari kau! Sumpah! Aku minta maaf sangat-sangat" Kesal Syira.

Aku memegang tangan Syira.

"It okay, benda dah nak berlaku" Jawab aku.

"Tapi Im? takkan tak ada jalan lain?" Tanya Anis.

" Entahlah Anis, Mulut orang lagi kuat.. aku nak lawan macam mana? nak tak nak kiteorang terpaksa buat penyelesaian ni" Jawab aku tenang.

"ishh!! kalau aku dapat Orang yang buat report tu, aku sepak-sepak mulut dia itu!" Marah Anis.

"Kan! aku syak lah, agak-agak mulut Miss Dira kot" Celah Jannah.

"Eh! tak baik! kita tak boleh sesuka hati nak fitnah orang tau!" Nasihat Rina.

"Tapi, untunglah kau. Dapat Ustaz Fathul! Crush aku tu" Kata Sarah cuba ceriakan suasana justeru menukar topik perbulan.

Sarah ni dari mula aku kenal dia, selalu jadi orang betulkan keadaan.

"Banyaklah kau, aku pun tak nak tau ikutkan hati aku ni, kang aku di copkan rampas hak milik orang pula!" Kata aku.

"hak orang? maksud kau Im?" Tanya Rina.

"Actually, Imra, hari tu aku salah infolah" Jawab Sarah.

Aku buat muka berkerut.

"Sebernanya, Ustaz Fathul tu tak bertunang or Nikah pun, dia di naikkan jawatan je jadi KP DSI" Kata Sarah lagi.

'what? selama ni aku marah sakit hati itu semua tak ada benda pun!" Kata hati aku.

"Aku mati-mati ingat dia dah berpunya doh!" Kata aku.

Sarah gelakkan aku.

"Tapi apa-apa pun aku doakan kau semoga masjid yang kau dan Ustaz Fathul bina ni kekal hingga ke Jannah.. Aminn" Kata Rina.

Semua orang yang berada di bilik itu mengaminkan doa Rina.

Tiba-tiba aku jadi nervous pada waktu ini!

'betulkah keputusan aku ini?' Tanya hati aku.

"Dah-dah jom selfie! sebelum Im di ijab kabulkan kejap lagi!" Kata Jannah.

lalu, Kami semua berswafoto.

tuk..tuk...tuk..

Pintu bilik aku di buka.

"Pengantin Lelaki dah sampai!" Kata adik aku.

'Bismillahh'

* * * * *

"Aku terima nikahnya Imra'ah Haura binti  Suffian dengan mas kahwinnya, RM 100 tunai,”

Hanya sekali di lafazkan akhirnya termeterailah janji,terbinanya ikatan suci.

Kini aku sudah sah menjadi isteri kepada Ustaz Fathul Islam Bin Yusuf siang tadi. Ucapan itu masih terngiang-ngiang lagi di pendengaranku.

'Ya Allah. Ya, aku sudah layak bergelar isteri tapi,aku tidak pinta secepat ini' Kata hati aku.

Aku duduk lama di atas sejadah selepas menunaikan solat isyak di bilikku. Mengenang perkara yang berlaku.

Suamiku? entah mana dia menghilang sebelum magrib tadi.

"mengantuk pula rasanya" kataku sambil menguap.

Oleh kerana aku melayan mengantukku, akhirnya aku tertidur di atas sejadah.

BILA HATI KATA SUKA (COMPLETE)Where stories live. Discover now