Bab 34

4.6K 103 0
                                    

"macam mana sedap tak?" Soalku selepas dia menghabiskan suapan pertama makaroni cabonara di dalam mulutnya.

"emm... tak puas rasa lagi" katanya sambil menyuap sesudu makaroni cabonara lagi kedalam mulutnya.

Ni merupakan masakan pertama aku untuknya walaupun cuma rebus dan panas kan saja. Bagi aku ia sangat bermakna bagi aku.

Ya lah! nak buka buku baru kan.

"Hmm not bad, sedap!" katakan dengan sedikit teruja.

Aku? Aku lagi lah teruja rasa macam kembang semacam je ni.

"nanti buat lagi tau!" Katanya lagi.

"Boleh je, ni baru half tau! tak full masakkan yang sebenarnya lagi!" kataku.

"ouhh.. really? macam tak sabar pula rasa yang full tu nanti, mesti lagi sedap kan?" jawabnya.

"ehh.  mestilah.. tengoklah siapa masak!" aku puji diri sendiri.

Lalu, kami berdua meneruskan makan.

Usai saja makan, aku menonton television. Manakala, dia di dapur mencuci mangkuk yang kami makan tadi.

Dia yang promote diri sendiri nak cuci pinggan mangkuk. Siap suruh aku keluar dari dapur lagi. So, aku kena mengalah lah apa lagi.

Sedang asyik menonton television , dia datang menghampiri aku bersama 2 cawan minuman dan salah satunya dia menghulurkan pada aku.

'em! air tea panas, favorite ni!' Kata hatiku.

"terima kasih ustaz!" ucapku dan minum sedikit.

"hmm..sama-sama" jawabnya.

"tengok cerita apa ni?" soalnya pula.

"Cerita seram Eenam, baru start ni meh lah join ustaz " Jawabku.

Telefilem seram Malayu lakonan Fikri Ibrahim dan Jannah Nick.

"hmm... boleh juga" Jawabnya.

Kami pun menonton cerita tersebut hingga habis.

Sumpah tak best betul cerita ni! mana lah seram sangat!

Aku memandang dia setelah cerita tamat.

"Ustaz dah nak tidur ke?" Tanya aku.

Dia memandang aku. Sepi.

'Aku dah buat salah ke?' Tanya hati aku.

"Boleh tak berhenti panggil saya ustaz?" Soalnya tiba-tiba.

Aku terdiam. Ya! aku baru sedar yang aku selalu memanggilnya panggilan 'ustaz' di mana saja.

"Habis tu nak panggil apa? Pak cik? Sir? Ustaz kan pensyarah saya." Jawabku selamba.

"Tapi, saya ni suami awak juga" Katanya pula.

Aku diam semula.

"Dah tu?" Aku cuba ubah soalan supaya aku tidak menjawab soalannya itu.

"Panggil lah saya Abang" Katanya.

"Tapi, saya dah terbiasa panggil Ustaz, ustaz" Aku masih membahasa dirinya Ustaz.

"Belajarlah sayang... perlahan-perlahan.. nanti lama-lama dah biasalah" Jawabnya perlahan.

Tiba-tiba jantung aku berdegub laju hanya kerana panggil sayang yang baru di sebut untuk aku.

Siapa tak cair You All?!!

"erk.. InsyAllah Us.. eh.. Abang" Jawab aku dengan gementar sedikit.

"Nice! Alhamdulillah...." Jawabnya.

"Em.. saya nak pergi dapur basuh cawan ni" kata aku sambil berlalu pergi kedapur.

'Kenapa ni Imra!! Gementar sangat ni?! Ok releks! releks' Kata hati aku.

Usai mencuci cawan aku ke ruang tamu semula.

"Er... saya nak masuk bilik dulu tau! Selamat Malam! Assalamualaikum.." Kata aku.

"Ha okay.. Waalaikumussalam.." Jawabnya dan matanya mengalih pandangan ke arah Television semula.

Aku terus menuju ke bilik yang dikhas untuk aku.

Aku dengannya masih tidak tidur sekatil mahupun satu bilik dengannya lagi kerana aku masih tidak bersedia sepenuhnya untuk tidur dengannya. Nasib baik dia seorang yang memahami, awal-awal dia sudah sediakan bilik untuk aku.

Malam itu kami tidur berasing juga walaupun sudah masih satu bumbung.

BILA HATI KATA SUKA (COMPLETE)Where stories live. Discover now