Bab 52

5.4K 106 0
                                    

"Alhamdulillah..kenyang tak sangka pandai kau masak bro!" kata Encik Naim.

Aku perlahan mengutip pinggan kotor di atas meja untuk di basuh selepas mereka menikmati makanan tengahari tersebut.

Usai mencuci pinggan di dapur, aku membawa dulang berisi teko air teo o panas ke ruang tamu. Lalu, menghidangkannya kepada Encik Naim, Cik Asyikin dan suamiku.

"Terima kasih" ucap Cik Asyikin selepas menyambut huluran cawan berisi air.

"Besar juga eh rumah kau ni Fathul.. sebab tu lah ek kau dah tak duduk rumah sewa kita kan.." Kata Encik Naim.

Ustaz Fathul mengiakan kata-katanya.

"So, Imra ni adik kau lah ye Fathul? "Soal Encik Naim membuat aku dan Cik Asyikin tersedak sedikit ketika menghirup air tersebut.

'Adik?'

"No bro! dia isteri aku" Kata Ustaz Fathul dengan tenang. Aku sudah tersipu malu di sebelah Cik Asyikin.

"Ouh.. really?" Duganya.

"Iye Sir Naim.. diorang ni suami isteri..!" Kata Cik Asyikin.

"Ehh Miss pun tahu ke?" Tanya Encik Naim.

Cik Asyikin mengangguk.

"Why aku tahu? sampai hati kau bro! tak jemput aku time wedding kau" Kata Encik Naim ala-ala mahu merajuk.

Ustaz Fathul hanya tergeleng perlahan.

"Actually, kami da nikah before kau start kerja di kolej tu" jawab Ustaz Fathul.

"ouhh.. hahahaha Kau ni Fathul.. dengan student pun jadi! " Kata Encik Naim dalam bergurau.

Kami berbual pelbagai topik dibahaskan antara hal kolej.. program yang akan dijalankan dan sebagainya.

Akhirnya, mereka pamit pulang pada petang itu.

* * * * * * * *

Usai segarkan badan, aku turun ke tingkat bawah untuk mencari susuk tubuh suamiku.

Matanya, sedang ralat menonton televison.

Aku mendekati dirinya dan terus memeluk lengan kirinya yang agak berisi tersebut.

"Abang.. tengok cerita apa tu.." ucapku.

Dia memandang aku dan tangan kanannya mengusap ubun-ubun rambutku.

"Cerita drama melayu ni haa.. Awak suka Saya Tak" katanya.

"Suka!" jawabku.

"Hah?" Dia sudah pelik.

Aku tergelak kecil.

"Tadi bukan ke abang tanya,  'Awak Suka Saya Tak', Saya jawablah hehehee..." balasku.

Dia yang baru hadam kataku ikut tergelak kecil.

"Nakal ehh.." Katanya.

Aku memang suka gelakkan dia ni.

"Abang nak air tak? boleh saya buat kan" tanyaku.

"Tak pelah abang tak haus pun" jawabnya. 
Aku mengangguk dan mata tertumpu pula pada televison tersebut kerana iklannya sudah tamat.

"wait... tu bukan Alvin Chong ke?" tanyaku.

 tu bukan Alvin Chong ke?" tanyaku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Yelah kot.." jawabnya.

"OMG.. apasal tak panggil awal-awal yang boyfriend saya tengah berlakon tu?!" Aku sudah terharu.

'Gila kau! Alvin Chong kot tu! Aku minat dia dah lama kot!'

"ha..berangan..berangan.." katanya dengan nada agak cemburu sedikit.

Aku tidak menghiraukan katanya. Mataku hanya tertumpu pada wajah Alvin Chong  di skrin television. Aku siap senyum dan tersengih sorang-sorang lagi oleh kerana melihat Alvin Chong tu dalam television.

'Jangan datang perangai Melting aku sudah time gini! Menjerit macam orang gila then, baling barang tak tentu fasal di sini'

Tiba-tiba, siaran television tersebut ditukar ke channel yang lain. Aku memandang mukanya yang tidak rasa bersalah tu.

"Apasal tukar! buka channel tadi balik?!!!" Aku marah.

'eh hello! kalau pasal Alvin Chong ni! aku sanggup bertumbuk dengan semua orang!' marahku dalam hati.

Dia memandang aku dan terus meninggalkan aku di ruang tamu. Mungkin dia naik kebilik.

'Arghh.. Alvin Chong dulu..' Kata hati aku.

Usai habis menonton drama tadi. Aku mempunyai mision terbaru, iaitu pujuk orang kat tingkat atas tu!

Aku menapak naik kebilik, dan membuka kamar beradu kami. Dia sedang bermain telefon pintarnya di atas katil. Sejurus saja dia melihat aku yang sedang menghampirinya di katil, dia terus baring dan pura-pura tidur.

'eleh.. acah-acah merajuk pula!' kata hati aku. Tiba-tiba, aku mendapat satu idea.

Aku naik atas katil dan mengambil patung Didi kesayangan aku dan turun dari katil.

1...2...3.....
"Nak pergi mana?" Soalnya.

Bingo!

"Nak tidur, bilik depan lah.. sebab kat sini ada orang tak sudi nak tengok muka kita ni" Jawabku selamba.

"Sini.. baring sini!" Arahnya. Aku sudah tersenyum.

'Hahaha.. tahu takut!' Kata hati aku.

Dia menarik tangan aku dan peluk badanku kedakapannya.

"Dia ni.. lain kali jangan buat abang jealous boleh?" Katanya perlahan.

'Hai suami.. artis je pun.. tu pun nak jealous Encik Abang kita ni!' Kata hati aku.

Aku mengangguk perlahan dan memberinya senyuman paling manis kepadanya.

"Sayang senyum macam ni..buat abang tergodalah sekarang ni.. Sayang jom..." ucapnya.

Aku hanya mengangguk. 'haishh sebab senyum je'

Dengan bacaan doa aku hanya mengikuti rentaknya.

BILA HATI KATA SUKA (COMPLETE)Where stories live. Discover now