Bab 14

4.4K 118 0
                                    

Hari pertama Peperiksaan Final untuk semester ini telah tiba.

Aku tak fikir siapa dah. Aku cuma fikir untuk menjawab kertas peperiksaan aku saja.

'Alangkah indahnya,  hari pertama Final ini Ustaz Fathul yang jaga, mesti semangat aku nak jawab kan? ' Kata hati aku.

'tapi.. boleh ke?' Kata hati aku lagi.

Aku masuk ke dewan peperiksaan dan duduk di meja yang telah disediakan.

Dalam hati aku tak putus berdoa untuk permudahkan aku menjawab kertas pertama ini.

Satu susuk tubuh berdiri di hadapan aku.

Aku mengangkat kepala aku.

'What! Ustaz Fathul?' Kata hati aku.

'kejap! sejak bila dia ada kat sini? Apahal aku tak perasan dia dalam dewan peperiksaan tadi?' Kata hati aku lagi.

Aku jadi diam macam patung cendana di tempat duduk aku itu.

"Kad Matrik dan Slip kebenaran" Kata Ustaz Fathul dengan lembut memecahkan mengelamun aku sebentar tadi.

"ohh..." Jawab aku ringkas.

Lalu, aku mengeluarkan Kad Matrik dan Slip Kebenaran dan hulurkan kepadanya.

Ustaz Fathul merenung lama kad matrik aku.

'ishhh! dah laa tengok tu!' kata hati aku.

Dia senyum.

"Jangan nervous, banyakkan isytifar dan selawat, InsyAllah boleh jawab" Katanya dengan perlahan dan berlalu pergi dari situ.

Aku jadi mengelamun semula.

'Mean... dia wish aku lah tu! wahh happy nya dah lah first day dia jaga pula tu, untungnya badan!' Kata hati aku.

Maka,  untuk kertas Final hari pertama itu sungguh bersemangat aku menjawab, Tipulah siapa yang tak semangat kalau Crush wish kot!

Semangat aku itu, sampai lah ke hari terakhir menjawab kertas Final pada Semester ini.

* * * * *

Cuti semester pun sudah bermula!

Hari pertama aku bekerja di 7E Melaka Raya semula selepas 6 Bulan meninggalkannya. Aku bekerja seperti biasa.

"Imra, hari ini akan ada staff baru masuk dekat store kita, Abang akan satukan jadual Imra dengan staff baru tu. So, Imra yang akan handle dan tunjuk ajar dekat staff baru tu, boleh?" Kata Abang Amir selaku Manager aku.

"Ouhh.. boleh, tak ada masalah, Imra okey je" Jawab aku.

"Okey! Bagus, Imra je Abang percaya, yang lain Semua buat abang pening!" Kata Abang Amir sambil memicit kepalanya.

"Alah, relex lah abang!" Kata aku cuba menenangkan manager aku itu.

"Imra cuti berapa lama ni? " Tanya Abang Amir.

"About 2 month lebih macam tu lah" Jawab aku.

"Ouh, baguslah ada juga nak tolong abang sebulan dua ni..." Kata Abang Amir dan berlalu pergi masuk ke Backroom.

Sedang aku khusyuk mengira rokok , bunyi pintu 7E berbunyi menandakan orang masuk.

Aku pun mengalukan kedatangan pelangan yang baru masuk.

"Selamat Datang!" Kataku dengan semangat dan senyum.

Dia senyum memandang aku, aku memandang mukanya.

'What!!' Kata hati aku.

Abang Amir keluar dari Backroom.

"Ouh.. dah sampai pon kamu!" Kata Abang Amir.

Aku terdiam.

"Assalamualaikum abang!" Kata selaku staff baru tersebut.

'Apa ini semula? apa yang berlaku?' Hati aku memberontak.

"Waalaikumussalam! Imra ini lah staff baru kita, dan kamu akan selian dia." Terang Abang Amir.

'But why must him?' Tanya hati aku.

BILA HATI KATA SUKA (COMPLETE)Where stories live. Discover now