Bab 18

4K 119 0
                                    

Semakin hari semakin rapat aku dengan Raiq. Ya cuma sekadar kawan. Tidak lebih!

"Aku tengok kau semakin hari semakin rapat kau dengan Raiq semula eh?" Tanya Nabila yang sedar akan perubahan aku dan Raiq.

"Alaa just bagai kawan je, takkan sampai bila-bila nak kekok bagai" Jawab aku.

"Yelah Im, jangan sampai kau terjerat semula sudah!" Pesan Nabila.

"Alaa.. kau lupa ke someone new at my heart place now?" Kata aku.

"Yelah.. tu aku pesan je!" Balas Nabila balik.

Aku dan Nabila masuk ke kedai semula.

"wah! korang berdua! Gosip tak pernah nak ajak aku!" Zul merajuk.

"alahh kau! tak payah mengedik lah! menyampah tahu tak!" Jawab Nabila.

aku hanya ketawakan Zul saja.

"eh! iwan ada contact kau?" Tanya Zul.

"Em tak ada lah! memang tak lah" Jawab Nabila.

"Aku adalah, kelmarin dia VC aku mase aku kat rumah, dia kata bulan depan dia balik Melaka balik!" Kata aku.

"yess! lepas ni cukup korum geng buddyz!" Kata Zul.

"apanya hawau! Aku pun tak lama ni,  nanti dah naik semestsr bulan depan okay!" Jawab aku.

"eleh muka kau tu tiap-tiap minggu kau nak balik kan!" Balas Zul.

"eh! of coz ler!" Jawab aku pula.

Lalu, Nabila dan Zul pulang ke rumah. Tinggal aku saja bersama Raiq di kedai.

Raiq datang ke arah aku.

"eh! kata kerja, tak belajar" Tanya Raiq

"siapa cakap?" Tanya aku pula.

"Yang hari first day Raiq masuk tu?" Katanya.

Aku cuba mengigati kembali. Tapi tak ingat langsung.

"eh? ada ke?" kata aku.

"ada!" Balas Raiq.

"Sumpah tak ingat! haah Im memang tengah belajar dah semester 4,kira in final year, saja cari duit lebih tengah cuti semester ni!" Terang aku.

"ouhh... " Jawab Raiq.

Lalu, aku ke backroom untuk print out kerja aku.

Sedang aku menulis laporan di bahagian cashier dan Raiq sedang lap bahagian mesin sluppe, sorang pelanggan masuk ke kedai kami pagi itu.

Raiq memberi kata Selamat datang.

Dan aku terus memandang tepat ke arah pelanggan yang baru masuk.

Jari jemari aku jadi mengeletar. Jantung aku? tak payah cakap rasanya macam aku tengah buat larian pusingan padang kali ke 5 je ni.

'Ustaz Fathul? what you doing here?' Kata hati aku.

Aku menutup muka dengan penghujung lebih shawl aku.

'mati lah aku!' Kata hati aku lagi.

Ustaz Fathul sudah pun berdiri di hadapan post cashier.

"Bagi saya,  topap celcom rm30 punya" Kata Ustaz Fathul.

Aku dengan masih menutup muka aku dengan shawl. Pergi ke masin topap yang betul-betul berhadapan dengan Ustaz Fathul.

Lalu, aku menekan topapnya untuk keluar.

Ustaz Fathul, memandang aneh pada aku, lalu tidak dihiraukannya dan memandang keliling kedai.

Usai saja kertas topap keluar,

"Sini boleh tambah nilai touch and go tak?" Tanya ustaz Fathul.

Aku mengangguk boleh.

"kalau macam tu.. tambah kan kad saya ni rm50" katanya sambil buka walletnya dan mengeluarkan kad.

Tiba-tiba kepingan kertas  topap tadi terjatuh semasa aku koyakkannya dari mesin.

Aku terus mencangkung ambil, dan bangun semula. Aku terlupa untuk menutup muka aku semula dengan shawl.

Ustaz Fathul memandang aneh ke aku.

Aku diam. Sebab aku masih lupa tentang untuk menutup muka aku semula.

Ustaz Fathul sudah memberi senyuman pada aku.

BILA HATI KATA SUKA (COMPLETE)Where stories live. Discover now