Bab 43

4.9K 100 0
                                    

Sampai saja di rumah. Baru dua kali aku jejak rumah ni. Aku keluar dari keretanya.

Dia menghulurkan tangannya untuk membantu aku. Aku menepis tangannya.

'Cis, aku ikut kau sebab kawan aku suruh tu je!'

"I can stand myself!" Lalu, aku masuk ke dalam rumah dan duduk di sofa depan televison rumah ni. Aku membuka shawl pada kepala aku dan mencapai remote yang terdapat di atas meja dan on television tersebut.

Aku menghiraukan dia dengan menonton televison.

"Abang minta maaf dengan apa dah jadi" Dia sudah mula bersuara.

Mata aku masih menumpu perhatian pada televison sahaja.

Dia duduk di sebelah aku.

"Imra'ah Haura! Tolong tengok muka abang!"

Okay! Memang seram kalau dia dah sebut nama panjang aku. Nak tak nak, aku memandang wajahnya.

"Maafkan abang.. abang tak tahu awak macam ni, the accident semua tu, abang minta maaf, abang bersalah! abang terlalu ikut dengan ego cemburu, sampai abang lupa tangungjawab abang di depan mata abang ni.. " Katanya.

'Cemburu?'

"Sayang... abang janji takkan ulangi benda ni lagi, sampai awak jadi mangsa dengan sikap abang.. kalaulah abang tak tergerak hati tengok apa yang berlaku di surau hari tu, mungkin abang tak tahu, keadaan awak sekarang ni.. abang minta maaf.." sambungnya lagi.

Tiba-tiba aku teringat peristiwa di Eco Mejestret Semenyih. Hati aku jadi sakit.

"Ye. Ni semua salah ustaz! sebab ustaz saya macam ni.. semua salah ustaz?!!!" aku jadi dingin dek kerana sakit hati aku. Aku sudah memanggilnya panggilan 'ustaz' semula.

"Ye Abang tahu, abang salah.. abang menyesal sangat.." Balasnya.

'Apahal kau tak mengaku salah kau, yang kau ada scandal dengan Miss Dira.. kau cuma mengaku kau lupa tanggungjawab kau sebagai suami je...' kata hati aku.

Lalu, aku meninggalkannya di ruang tamu dan berjalan perlahan menaiki tangga naik masuk ke bilik aku.

'Selagi kau tak mengaku salah kau ber scandal dengan miss dira di belakang aku.. selagi tu , jangan harap aku maafkan kau!' aku bernekad.

* * * * * * * * *

Aku bangun dari tidur aku. Hughh! sedap betul katil baru saiz queen ni. Empuk! baring saja dah terlelap!

Selepas peristiwa tadi, aku langsung tidak keluar dari bilik. Lantak lah!

Aku memandang jam di dinding bilik tersebut. Waktu untuk makan ubat.

"Ya Allah.. ubat dalam beg.. beg pulak dalam kereta!" aku menepuk dahi aku dengan kuat hingga terasa sakitnya akibat kesan dari kemalangan hari itu.

"Auwww..?!!" Jerit aku.

"Aishh...." sambung aku lagi.

'Bodoh betul aku ni! dah tahu dahi bertampal pergi tepuk kuat'

Lalu, aku gagahkan kaki aku juga untuk keluar dari bilik untuk mengambil beg pakaian aku.

Buka saja pintu bilik, beg pakaian aku sudah berada di hadapan pintu bilik.

'Ni mesti dia yang letak sini'

Ketika aku ingin mengangkat beg pakaian aku, kebetulan dia membuka pintu biliknya. Dia melihat aku lama.

'Kenapa doh dia ni? kena sampuk apa?'

Dia terus menarik tangan aku duduk di ruang rehat yang terdapat di tingkat atas. Aku entah mengapa jadi kaku. Dia mencapai kotak First Aid dalam almari terdapat di situ dan duduk berhadapan dengan aku.

Dia membuka kotak tersebut.

Aku bagaikan baru sedar kembali kedunia realiti semula.

"Apa ni? nak buat apa?" Soalku.

Dia memegang kapas ke arah dahi aku.

"Dahi awak berdarah ni" jawabnya perlahan.

"Say boleh buat sendiri" Aku mengundur sedikit jarak darinya.

"Jangan degil boleh!" suaranya agak tegas.

Aku terdiam. Dia meneruskan kerjanya.

Setelah selesai.

"Lepas ni turun makan tengahari tau" katanya sambil menutup kotak First Aid tersebut dan bangun menyimpan semula kotak tersebut.

Aku mengangguk perlahan. Sungguh aku memang tengah lapar waktu ni.

Aku bangun masuk kebilik aku semula untuk menukar pakaian aku.

'Sakit hati ke, tak sakit hati ke.. yang penting perut aku kena isi dulu! lapar ni kot'

Aku turun ke tingkat bawah untuk menikmati juadah yang di masak sendiri olehnya

BILA HATI KATA SUKA (COMPLETE)Where stories live. Discover now