Bab 22

4K 99 0
                                    

"Imra! lepas kelas saya nanti, jumpa Miss Asyikin awak dekat Office ye, dia panggil " Kata Cik Mira.

'Ah! sudah! aku syak lah budak-budak rumah aku mengadu dengan Miss Asyikin ni! ' Kata hati aku.

Aku mengangguk perlahan.

Sepanjang hari itu, aku lebih menyendirikan diri aku sendiri. Aku tak nak orang sekeliling aku kena tempias sakit hati aku.

Semuanya aku uruskan sendiri. Pergi kelas sendiri, makan sendirian semuanya sendirian.

Aku perlukan masa untuk diri aku terima semua kenyataan.

Usai kelas, aku naik pejabat pensyarah.

Semasa di tangga,  kebetulan Ustaz Fathul mahu turun.  Dia memandang aku di bawah. Aku mengalih pandangan dari memandangnya.

'Baguslah! Kau keluar dari office! Kau ada buat aku lagi sakit hati je' kata hati aku.

Aku buat tak endah semasa berlalu bersebelahan dengan Ustaz Fathul. Sampai saja di depan pintu office pensyarah, Aku terus buka pintu dan masuk.

Di bilik Ketua Falkulti,

"Yes miss , ada apa nak jumpa saya?" Tanya aku.

"Ouh ye, Imra, Duduk dulu" Kata Cik Ayikin.

Aku melabuhkan punggung aku yang ber hadapan dengannya.

"Macam ni, saya dapat berita awak ada masalah? betul ke Imra?" Tanya Cik Asyikin.

Aku dah agak! Tunggulah budak-budak rumah aku ni!

"haah, Saya memang ada masalah" Aku akuinya.

"Okay, macam ni esok awak ikut saya pergi PD! 2 hari 1 Malam kita di sana!" Terang Cik Asyikin.

"but, why?" Tanyaku tidak puas hati.

Suka hati je suruh aku itu ini. Ingat aku apa?!

"No more reason, you need realise tention your emotional Imra! And I don't try to know what is your problem! Imra, we all ni sayangkan kamu apa lagi budak rumah kamu, dengan keadaan awak macam ni, siapa tak risau? saya lagilah pelik sepanjang kelas saya pagi tadi, awak duduk diamkan diri awak, jadi saya buat keputusan saya, esok ikut saya! Kalau tak saya tolak markah awak! no more reasons!" Arah Cik Asykin.

"Masalah saya kecil je, lagi pun saya dah nak okay ni... Please, Miss saya tak nak lah pergi PD tu! bukan ada benda, tak boleh pon selesaikan masalah saya ni!" Jawab aku.

Aku duduk berpeluk tubuh. Of course lah aku tak puas hati dengan keputusan ni.

Ustaz Fathul masuk bilik tersebut dan duduk di meja bersebelahan dengan Cik Asyikin.

Apahal dia duduk sini? Bukan meja dia depan pintu ke? Ah! serabutlah aku dengan dia dengan Cik Asyikin lagi.

"Imra, kalau awak macam ni, takkan selesai masalah awak! Lagipun saya risau, minggu depan awak jangan lupa yang awak leader untuk handle orintasi junior awak!" Kata Cik Asyikin lagi.

'aduh! aku lupa pula minggu depan aku ada program! ni semua sebab mamat ni lah!' Kata hati aku.

Ustaz Fathul memandang aku selepas Cik Asyikin berkata begitu.

"Imra? awak okey tak?" Soalan bodoh dari Ustaz Fathul.

'ishhh... saja nak panaskan aku lah dia ni!' Kata hati aku.

Aku senyum paksa dan gelengkan kepala perlahan. Demi mengelak darinya.

"okeylah! esok saya ikut miss!" akhirnya, aku bagi keputusan.

"saya harap awak tak marah kawan serumah, behave your mad! " Tegas Cik Asyikin.

BILA HATI KATA SUKA (COMPLETE)Where stories live. Discover now