Bab 48

5.1K 94 0
                                    

Semakini hari semakin rapat aku dengan Ustaz Fathul semula. Sekarang Ustaz Fathul setiap hari ulang-alik dari Kolej dan rumah kami. Manakala aku pula, sedang cuti semester ini sebelum memulakan praktikal sebulan lagi.

Selepas mengemas rumah dan masak, petang itu, aku berniat ingin berjalan-jalan menaiki basikal dia di kawasan perumahan rumah kami.

'Tak salah kan?'

Sudah puas aku memusing kawasan perumahan tersebut, aku memberhentikan kayuhan aku di taman tasik dalam perumahan ini.

'Tak perasan pula ada tasik area sini hari tu, cantik..bersih.. siap ada tar untuk joghing.. haa best juga kalau jogging tiap-tiap hari dekat sini nanti' puji aku dalam hati.

Sedang aku menikmati pemandangan tasik tersebut seseorang tegur aku dari belakang.

"Ni Imra kan?" tegurnya.

Aku cuba mengecam suaranya. 'macam pernah dengar?' Lalu, aku memusing badan aku menghadap kebelakang. Aku cuba ingat siapakah orangnya.

"Imra kan?" tanyanya lagi.

"Haah ye saya..." Jawab aku.

"Hai.. ni kak Rihan lahh.. takkan da lupa kot!" balas kak Rihan.

"Ouh ya.. baru Imra ingat.. astagfirullah.. maaflah Imra dah lama tak balik sini, sibuk belajar..tu ingat-ingat lupa orang-oramg area sini" balasku lembut.

"ouh ye ke.. patutlah tak nampk Imra dekat sini lepas hari tu yang kat taman permainan" Jawabnya.

"Tulah.. ni baru ada masa lama sikit .. ada la masa nak tengok kawasan sini" balasku.

"Ouh.. kira Imra ni masih belajar lagi lah ya" katanya.

"haah ya, Belajar dah habis cuma nak praktikal.. nanti saya praktikal dekat tadika lorong 8 tu haa" Kata aku.

"Ouh yang Tadika Pintar tu ke?" tanyanya.

"Haah ya.." balas aku.

"Lah.. situ anak akak si Chaa tu ada.. nanti tengok-tengoklah dia tu ya" Katanya.

"Ouhh ye ke... InsyAllah Kak.." Jawabku.

Kami berborak panjang di taman tasik tersebut. Banyak hal kami borakkan. Kak Rihan seorang kerani di sekolah menengah berdekatan sini, maka kala suaminya pegawai bomba.

"Eh, kak, Imra minta diri dulu ya.. Rasanya suami imra dah balik time macam ni.. nanti dia tercari-cari pula.. saya pergi dulu ya.. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam.." lalu, kami berpamitan.

Sampai saja di depan pagar rumah. Damn!  dah agak Ustaz Fathul sudah pulang. Keretanya elok parking di depan rumah.

Aku menolak basikal masuk kawasan rumah. Dia sudah tercegat di depan pintu rumah. Aku hanya tersengih.

"Amboi-amboi, pergi mana hah Isteri abang ni?" Katanya.

"Alah... jalan-jalan je area sini.. bosan duduk rumah" Jawabku sambil mengunci semula basikal yang aku pakai.

Kini, aku sudah berhadapan dengannya dan mengulurkan tangan untuk salam. Dia menghulurkan tangannya lalu aku salam tangannya.

"Abang da lama ke sampai hehe" soalku.

Kami berjalan beriringan ke ruang tamu.

"Emm.. tak ada lah lama sangat" jawabnya.

"Ouh.. nak air tak.? kalau nak saya buatkan" tanyaku.

"Boleh juga.." jawabnya sambil melabuhkan punggungnya di sofa.

Aku terus menuju ke dapur dan membuat air tea o panas untuk hidang kepadanya.

BILA HATI KATA SUKA (COMPLETE)Where stories live. Discover now