PLOT

10.3K 1K 156
                                        

PLOT terdiri daripada Permulaan, Perkembangan, Konflik, Peleraian dan Penamat.

Tambahan iaitu Prolog dan Epilog.

Susunan plot : PrologPermulaanPerkembanganKonflikPeleraianPenamatEpilog

꧁༺༻꧂

Apa itu Prolog?

Prolog ialah bahagian yang menceritakan tentang sesuatu perkembangan atau konflik yang akan terjadi dalam cerita.Tapi cerita pada prolog tidak akan diceritakan semula dalam mana - mana bab. Atau... Boleh juga bahagian yang mencetuskan jalan cerita itu. Faham?

Saya bagi contoh cara prolog yang pertama. ( ① Perkembangan atau konflik yang akan terjadi dalam cerita )

Situasi di mana Serra melarikan diri daripada Aidan setelah mengetahui Aidan ialah ketua mafia yang hanya mahukan aset dan pengaruh arwah ayahnya. Tanpa dia sedar yang sebenarnya dia telah percaya bulat-bulat penipuan musuh Aidan, Megat yang melakukan trik untuk menculiknya.

Serra ikut Megat yang konon akan bantunya melarikan diri tapi sebenarnya penculikan bermula.

Bila Serra tahu dia telah ditipu dan diculik oleh Megat untuk kepentingan lelaki itu, dia berharap Aidan cari dan selamatkan dia.

Tamatkan je prolog. Kalau boleh bagi suspen lagi bagus.

Jadi itu adalah babak konflik di pertengahan cerita. Jadi bila sampai di pertengahan jalan cerita itu, patut ke ceritakan semula, sebiji ikut prolog?

❌ TAK PERLU

Terus saja sambung situasi Aidan dapat tahu Serra hilang dan suruh orang-orang suruhannya jejak Serra.

Baiklah. Katakan awak nak guna cara prolog yang kedua. ( ② Situasi yang mencetuskan perkembangan jalan cerita )

Saya guna cerita yang sama okay supaya awak faham.

Situasi tentang Aidan dan ayah Serra duduk dalam satu bilik dengan suasana tegang. Aidan datang untuk tuntut kematian ayahnya yang dibunuh oleh ayah Serra.

Jadi masa Aidan dah sedia nak tembak ayah Serra, ayah Serra kata sisa untuk dia hidup tak lama sebab ada kanser. Jadi bagi dia peluang untuk luangkan masa dengan Serra.

Sebagai ganti, ayah Serra akan serahkan aset, pengaruh dan orang-orangnya kepada Aidan bila Serra dan genap umur 21 tahun nanti. Dengan syarat perjanjian, jika dia mati awal... Tolong jagakan Serra.

Writing TipsTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang