Assalamualaikum, what's up geng 🙋
Yang buat cerita tu.. Bagaimana progressnya? Ada apa-apa masalah? Kali ni sis tak nak bebel panjang sangat. Cuma nak nasihat sikit tentang keyakinan diri yang masih tak ada untuk hasilkan cerita.
Tapi sebelum tu, sis nak tegur sikit. Sebenarnya, korang tak boleh tanya sis tentang tatabahasa. Tak boleh suruh sis ajar korang sebab benda ni dah belajar dari sekolah rendah lagi. Korang patutnya dah ada ilmu walaupun sikit. At least tahu yang asas dia.. Yang mudah saja.
Takkan penggunaan Dari-Daripada pun tak tahu lagi? Apa beza Ialah-Adalah / Imbuhan / Kata Ganda dan sebagainya.
Kalau belajar Tatabahasa dengan cikgu sekolah pun tak masuk dalam kepala inikan pula sis yang ajar 😌 Boleh masuk ke dalam kepala 😏 Lagi pun segalanya di hujung jari, tinggal cari dan belajar sendiri. Baru faham.
Jujurlah sis pun tak mahir sangat Tatabahasa tapi kadang-kadang kalau cikgu ajar semula di sekolah, mana yang melekat dekat otak tulah yang sis gunakan semasa buat karangan atau cerita.
Sis cuma mampu ajar korang tentang penulisan yang ada sesetengah perkara tu, perlu ada penerangan yang betul. Dan perkara yang korang tak terfikir itu sepatutnya ada dalam cerita korang.
Andai kata korang tak yakin dengan sesuatu perkataan tu. Wujud atau tidak perkataan tersebut, sila Google atau lebih afdhal 😂 tanya cikgu. Tak perlulah sampai nak buat macam ni,
Aku tersedak(?) bila Amri berkata begitu.
Menulis cerita dekat Wattpad ni pun boleh tingkatkan keyakinan dalam berbahasa. Manalah tau kalau buat macam tu dalam karangan kena gelak dengan cikgu. Tak pepasal viral 😂
Faham? Kalau tak faham juga tentang tatabahasa, boleh private message sis untuk penerangan.
Okay cukup pasal tatabahasa.
Tentang keyakinan diri yang masih samar-samar dalam diri korang. Masih lagi tak yakin nak publish cerita. Takut tak ada yang baca. Malu.. Takut diketawakan oleh rakan dan sebagainya.
Sis tahu ada yang alami. Ada!
Ataupun kadang-kadang dah publish pun cerita tu tapi tiba-tiba putus asa sebab idea hilang, kehilangan kata-kata untuk menulis.
Persoalan daripada sis sekarang, kenapa mesti malu dengan hasil idea awak sendiri? Kenapa mesti malu kalau ada yang dapat kesan kesalahan awak tak kesah dari segi tatabahasa, cara awak menyusun ayat atau jalan cerita.
Terima dengan hati yang lapang sebab awak baru belajar. Kalau awak takut nak mencuba then awak tak tau apa silap awak dan apa kelemahan awak jangan kata dalam menghasilkan cerita tapi dalam karangan sekali.
JUST DO IT 🔥
Itu bukan api kemarahan eh.. Tapi api semangat.
Salah dan silap? Itu belakang cerita.
Malu? Sila ketepikan.
Jangan pernah fikirkan semua hal yang menghalang awak untuk hasilkan sesuatu yang membanggakan.
Bila awak mula ketepikan rasa malu untuk berkarya, jangan pernah fikir lagi soal kesilapan yang akan awak buat nanti. Sebab dari kesilapan itu akan mengajar awak untuk jadi lebih baik.
Jangan fikir kalau karya awak tak setanding penulis lain. Let them be. Mereka pernah lalui apa yang awak lalui dan lihat apa pencapaian mereka? Cari seseorang untuk dijadikan sebagai idola. Cari seseorang yang boleh bakar semangat awak dan nasihat awak setiap kali rasa down atau putus asa. Cari seseorang yang boleh awak rujuk untuk minta pendapat.
Jujur sis katakan masa sis tengah edit cerita pertama haritu, rasa nak tergelak bila baca ayat-ayatnya.
Terlalu kebudak-budakkan! Jalan cerita mengarut!
Sampai tahap sis rasa menyampah gila nak edit lepas tu biar je terbengkalai. Tapi tak akan nak buat kerja separuh jalan, kan? So sis cuba kentalkan hati dan teruskan pengeditan.
Sebelum edit, ini kejadian awal tahun dulu. Ada seorang senior lelaki yang agak rapat dengan sis ( Werk💩 ) dia terjumpa cerita tu dekat Google. Sebabnya dia saja-saja Search nama dia. Gila kan?
Dalam cerita tu pula memang sis ada letak nama dia. Bila dia jumpa, dia pun memang dah tahulah nama samaran sis ( Shieyruna ) tapi tak tahu sis menulis di Wattpad. Terus dia Whatsapp. Nak tau dia buat apa?
Dia gelakkan sis 🙂 Dia kata cerita sis entah hapa-hapa. Dia kutuk cakap sis ni muda lagi tapi dah buat cerita macam tu.
So what?! Memang geram gila dengan dia 😒
But I don't care. Sis tahu cerita tu teruk terutama bahasanya tapi sis tetap juga pertahankan. Siapakah dia nak kutuk cerita sis? I'm proud of myself sebab berjaya completekan story tu.
Tiada seorang pun boleh pertikaikan hak kita. Dia nak kutuk or whatever, biarkan. Kenapa mesti malu? Awak patut bangga dengan diri sendiri sebab nak mencuba menulis. Bukan senang okay, bukan senang.
Awak sendiri pun tahu apa masalah yang awak hadapi : writers block, readers, kecaman, wattpad technical problem and so on.
Daripada orang lain tu?
Katakan kalau awak dikecam atau dikutuk, apa awak nak buat? Balas balik atau diam saja dan padam cerita?
Nak balas boleh, nak diam boleh tapi jangan padam cerita. Keep update 💪 and prove to that shit people, you're the best ☺🌈
Tapi bagi sis, tak perlu balas. Don't ever replies to the stupid. Wasting time. Like talking with an empty can 🌹
That's all. Thank you ☺
💜💜💜
Jumpa Lagi

ANDA SEDANG MEMBACA
Writing Tips
Random[ 𝑬𝑫𝑰𝑻𝑰𝑵𝑮 ] Ada niat nak menulis tapi tak tahu nak mula macam mana? Jangan risau! Dalam buku ini ada banyak tips berguna, nasihat pun ada disediakan untuk awak semua. Bukan itu saja, ada juga pengalaman daripada penulis lain dan slot SoalJawa...