RANGKA PLOT

8K 868 55
                                        

Hai! Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Okay, kali ini saya nak bagi tips macam mana nak rangka plot.

Okay, kali ini saya nak bagi tips macam mana nak rangka plot

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Okay untuk kedua - dua soalan ni, asas dia sama saja.

Dalam kepala dah terfikir jalan cerita. Dalam kepala mesti dah pegang point awal, pertengahan dan akhir cerita.

Macam mana nak rangka plot sebelum menulis?

Dah nama pun rangka, kan? Jadi buatlah rangka. Bukan rangka ikan ke... rangka manusia yang macam cikgu ajar tu.

So basically, ini cara saya.

Rangka biasa je. Masa permulaan cerita, senaraikan apa yang jadi. Masa perkembangan, senaraikan apa yang jadi dan begitulah seterusnya.

Tips ni agak dikatakan ambil masa juga sebab kalau boleh detail lagi bagus. Kelebihannya, in case awak kena 'hiatus' untuk masa yang lama kemudian awak nak sambung semula... At least you have the points. Awak dah tahu nak sambung apa sebab idea awak semua tercatat di situ.

Kelebihan kedua, in case you find any other ideas that more interesting, awak boleh selit je or mash up to make it better.

Saya bagi contoh sikit rangka plot berdasarkan cerita Kau VS Aku! yang memang ada dalam buku catatan saya.

Permulaan cerita
- Aulia cari gaduh di Instagram
- Danish nak balas dendam
- Sekolah bermula
- Orientasi tingkatan 4
- Kawan papa pindah

As you can see Permulaan saya sikit je kan? Tak perlu berlama di permulaan. Cukuplah 1-3 bab saja.

Perkembangan cerita
- Terjumpa di sekolah
- Danish lancarkan perang
- Pergaduhan di sekolah
List cara diorang bergaduh

Jadi bila saya dah senaraikan pergaduhan mereka, bagaimana, punca apa semua... Saya dapat lebih banyak idea untuk dinaratifkan.

Nampak tak macam mana saya rangka? Bila buat macam tu, awak akan lebih mudah nak menulis.

Macam mana nak buat plot menarik?

Okay, ianya bukan plot tapi idea yang menarik. Plot ialah jalan cerita. Kalau tanya pasal plot sama saja formulanya, permulaan , perkembangan , konflik dan peleraian.

Apa yang menjadikan story atau jalan awak menarik ialah idea.

Idea ini kita boleh dapat melalui benda yang berlaku di sekeliling kita, bila kita baca buku atau bahan bacaan lain kita boleh dapat ilham.

Kalau berangan pun boleh tercetusnya idea yang menarik. Tengok Kdrama, tengok reality shows semua boleh cetuskan idea. Sama ada idea situasi atau idea dialog. Mungkin ada perbualan yang awak rasa kelakar, boleh masukkan dalam cerita.

So, cubalah tips tu kalau nak dapatkan idea.

Itu saja yang dapat saya tolong untuk update kali ni.

Yang penting ~ JANGAN COPY CERITA PENULIS LAIN. Bagi saya... Itulah PERBUATAN PALING BANGANG.

Biar cerita tak best bagi readers. Cliche bagi readers, yang penting awak belajar buat dulu kemudian baru improve penulisan awak.

Writing TipsTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang