Assalamualaikum dan hye guys!
Apa itu Blurb? Saya dah pernah bagitahu dalam ELEMEN.
Blurb
▶ Ringkasan daripada keseluruhan cerita. Tidak perlu terlalu tepat, hanya beri gambaran saja kepada pembaca apa isi-isi cerita. Tidak perlu ceritakan konflik dan penamat secara terperinci. Malah, blurb tidak memberi gambaran langsung tentang penamat cerita. Hanya meninggalkan persoalan yang disebut unsur saspen.Macam awak belajar Bahasa Melayu, mesti pernah belajar buat Rumusan, kan? Ambil sikit isi dari perenggan ini, perenggan itu dan kesimpulan.
Lebih kurang macam nak buat Blurb. Saya pernah cakap, tak ada format pun nak buat blurb ni. Bebas! Tapi yang menjadi masalah adalah Blurb ni salah satu eleman untuk tarik pembaca. Kena menarik baru orang tertarik.
"Macam mana nak bagi blurb kita nampak menarik?"
Uhmm, It just needs a little... Shaping. To the saloon!
▨▦▩∞▨▦▩
Okay, ada peraturan untuk AWAK!(1) Pastikan awak tahu keseluruhan jalan cerita. Jangan baru ada idea sampai perkembangan dah kalut nak buat blurb lepastu itu tak kena ini tak kena.
(2) Pastikan korang faham dan tahu bahagian mana yang boleh diambil sebagai blurb. Jangan sampai jadi sinopsis. Ingat! Blurb dan Sinopsis berbeza. Pergi semula ELEMAN untuk lihat perbezaan.
Macam yang saya cakap, format bebas. Tapi sebab bebaslah awak tak tahu nak buat macam mana 😂 Okay, saya terpaksa bina formula untuk awak.
Formula Blurb
① ▶ Apa isu cerita
Ini cerita tentang apa? Kahwin paksa? Pengembaraan? Kejadian misteri? Cinta remaja? Jatuh cinta pandang pertama? Kecelakaan? Kebencian? Crush?
Apa saja. Asalkan isu ini berkait dengan watak utama [Hero dan Heroin]
② ▶ Apa yang terjadi?
Ceritakan sedikit bahagian perkembangan. Kaitkan dengan isu. Ingat! Jangan terlalu terperinci.
"Sis, nak panjang ke pendek?"
Tak kesah. Tapi kalau panjang mengalahkan sinopsis baik tak payah!
③ ▶ Apa konfliknya?
Masukkan juga bahagian konflik. Tak payah hurai panjang-panjang pasal konflik. Bagitahu macam tu je. Ingat! Jangan terlalu terperinci.
④ ▶ Persoalan / Unsur Saspen
Kalau korang baca blurb mana-mana novel mesti perasan,
Adakah...
Apakah...
Bagaimana dengan nasib...
Apa yang akan berlaku...
Mampukah...
Dapatkah...
Perlukah...Banyak lagi, terpulang nak letak yang mana sesuai ikut jalan cerita.
Ini saya bawa satu blurb contoh. Mana satu Isu, mana satu Perkembangan, Konflik dan sebagainya.
[Blurb The Duo Revenge : Shieyruna]
Mereka orang yang sama tapi ada dua dunia. Tanpa mereka sedar, mereka punya misi yang sama. Memburu mafia dan dalang durjana yang membunuh ibu bapa mereka. [ ① Isu : Misi memburu dan membunuh mafia dan mastermind ]
Identiti yang disimpan kemas di sebalik topeng selama ini terbongkar sewaktu kedua-duanya ingin melunaskan dendam pada musuh yang sama. [ ② Perkembangan ]
"Musuh kita berdua orang yang sama. Aku nak kita bergabung. Setuju?"
"Setuju."
[ Dialog juga termasuk dalam perkembangan. Bergantung. Kalau termasuk dalam konflik, akan dalam bahagian konflik ]
Mungkin dendam mereka terbalas tapi tidak mustahil jika ada orang lain juga menyimpan dendam terhadap mereka berdua. [ ③ Konflik ]
Tapi dendam apa? Dan siapa? [ ④ Persoalan ]
Tettt! Faham kan? Tak faham tanya, tak tanya faham. Haa! Cubalah ikut formula ni.
Tapi ada satu lagi cara yang ini kalau dah tepu jugak otak tu memang blur habis, boleh guna ni.
Scene Blurb
Scene Blurb ni, awak ambil satu atau dua dari mana-mana scene cerita dan jadikannya sebagai blurb. Ataupun, dialog watak-watak. Ambil scene bahagian konflik je pun tak apa. Atau nak gabung dari awal sampai konflik, tak ada masalah. Tak kesah mana-mana. Kalau rasa scene tu boleh buatkan pembaca jadi tak keruan lagi bagus.
Saya bagi contoh untuk scene blurb.
(Rekaan semata-mata. Andaikan ini scene bahagian permulaan cerita)
"Hei, kenapa bawa saya ke sini? Awak siapa? Apa awak nak?" soal Nurul kepada lelaki yang berdiri dekat dengan pintu bilik itu."Kau akan tinggal kat sini untuk selamanya." Tenang lelaki itu menjawab.
"Ha? Eh! Awak ingat saya ni kucing kurap ke suka hati nak bawa saya ke sini lepas tu tinggal kat sini selamanya?! Saya ada rumahlah!" tempelaknya.
"Semua sebab hutang abang kau. Dia jual kau kepada aku sebab tak mampu nak bayar balik. Sekarang semua dah selesai. Kau hak aku sekarang." nadanya serius. Lelaki itu menapak keluar dari bilik dan menutup pintu.
Nurul tidak sempat untuk mendapatkan lelaki itu, pintu sudah tertutup rapat. Kedengaran dikunci dari luar.
"Buka pintu ni! Aku nak balik!" Nurul menampar pintu itu kerana geram.
Dia melorot jatuh ke lantai. Dia masih tak mampu hadam kata lelaki tadi. Hutang abangnya? Hutang apa? Jual dia? Jadi hak lelaki itu? Apa ni?! Dia tidak tahu apa yang terjadi. Bagaimana dia mahu hadap semua ini?
Haaa! Gitewww uolls 😘
Jadi, saya dah ajar serba sedikit mana yang termampu. Harap bermanfaat.
![](https://img.wattpad.com/cover/129544172-288-k4720.jpg)
YOU ARE READING
Writing Tips
Acak[ 𝑬𝑫𝑰𝑻𝑰𝑵𝑮 ] Ada niat nak menulis tapi tak tahu nak mula macam mana? Jangan risau! Dalam buku ini ada banyak tips berguna, nasihat pun ada disediakan untuk awak semua. Bukan itu saja, ada juga pengalaman daripada penulis lain dan slot SoalJawa...