Nasihat

5.5K 924 180
                                    

Assalamualaikum dan hai!

Ini slot nasihat untuk awak terutama yang newbie. Untuk mereka yang baru nak menulis dengan semangat yang berkobar - kobar. Teruskan semangat macam ni. Dan untuk mereka yang publish-delete , publish-delete. Bacalah nasihat AkakShiey walaupun setengah. ~T_T~

Saya nak dedahkan kepada awak semua apa cabaran yang awak akan hadapi semasa bergelar seorang penulis. Ini bukan cubaan untuk menakutkan awak tapi cabaran ini yang menjadi penyebab awak tak kuat.

Apa yang AkakShiey pernah hadap itulah yang awak akan hadap. Jangan risau, ada nasihat. Terpulang kalau nak guna nasihat ni gunalah. Saya tak paksa.

Okay newbie, bukan senang nak hasilkan karya, betul tak? Apatah lagi completekan satu story tu dengan baik sekali.

Writers Block

Korang akan jumpa writers block di mana benda ini pernah terjadi pada mereka yang bergelar penulis. Atau lebih senang faham, kehilangan idea, idea sangkut, otak jammed, idea terbang pergi dan tak muncul kembali.

It's okay, ada banyak cara nak atasi masalah ini.

Silent Readers

Bila dah publish, korang akan jumpa pula dengan silent readers. Mereka adalah komuniti yang pemalas nak tekan vote. Hantu.

Guys, jangan rasa sedih bila ada yang baca tapi tak ada yang vote. Korang baru saja publish buku dan belum ramai lagi yang tahu tentang buku awak.

Untuk pengetahuan, Wattpad akan bantu penulis baru yang publish karya mereka supaya diketahui ramai. Cuma ia ambil masa. Jadi kenapa perlu putus asa?

Teruskan update cerita awak dan jangan takut kalau tak ada yang baca atau sokong.

Kenapa perlu takut dengan silent readers? Awak takut ke? Mereka cuma komuniti pemalas dan awak semua komuniti yang ada semangat nak hasilkan sesuatu yang hebat. Masterpiece✨

Hey silent readers, jangan marah <(‾︶‾)>

Jangan pernah kesah pasal benda itu semua. Keep it up!

Apa benda siot!”

Kemudian, ada satu masa nanti awak mula rasa cerita yang awak buat ni macam mengarut.

Sebab itu, bila idea muncul terus tulis dalam nota dan rangka. Bila makin lama rasa mengarut, padam saja. AkakShiey tak ada hak nak halang kalau awak rasa itu mengarut. Tapi, kalau rasa nak teruskan, go on

Apa lagi?

Kaki Kecam

Okay, kaki kecam. Dari segi apa yang mereka kecam? Antaranya, typo, grammar, tatabahasa, jalan cerita dan sebagainya.

Guys, jangan rasa down bila jumpa mereka. Kalau mereka tegur secara baik typo awak, grammar awak dan sebagainya itu, take it as positive. Ucap terima kasih dan betulkan kesalahan awak. Ini level okay lagi😹

Kalau mereka gelakkan segala kesalahan yang mereka nampak dalam cerita awak dan mengejek atau kecam... Please, jangan balas apa - apa. Jangan marah atau buat apa - apa saja. Daripada sakitkan hati sendiri, lebih baik betulkan.

Memang nampak tak adil disitu tapi lagi awak reply, lagi menjadi perangai mereka nanti. Manusia, kan?

Mungkin satu hari nanti, ada yang komen,

Boringlah cerita kau.. asyik macam ni je, tak ada perkembangan

“Sis.. apa ni? Hambarrr...”

Memang terasa pedih tapi ingat benda ni,

Hanya penulis faham perasaan penulis lain. Mereka yang tak ada pengalaman, memang tak tahu apa - apa. Mereka tak tahu betapa strugglenya kita nak buat sesuatu. Yang mereka tahu, cuma merungut dan mendesak.

Ada yang sentap? Baguslah. Hati anda belum hitam.

Chill sudahlah.

Lagi pun niat mesti betul. Niat buat karya ni sebab nak hiburkan mereka.  Supaya kita dapat release tension. Isi masa lapang. Hobi dan sebagainya.

Bukan niat nak cepat famous. Kalau itu niat awal awak semua, memang tak kuat nak hadapi cabaran. Kuburkan saja niat tu dulu.

Kembalilah ke pangkal jalan.

Well setakat ini saja nasihat daripada saya.

Keep learning. Keep improving, Keep update!

Writing TipsTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang