SUDUT PANDANGAN

3.4K 433 53
                                    

Assalamualaikum!

Korang kena kuasai topik kali ini baru boleh ke topik yang seterusnya sebab kebanyakan penulis terutama newbie banyak melakukan kesalahan Sudut Pandangan.

Korang selalu guna -

Adam's POV

Kemudian bila nak terangkan watak lain guna POV nama watak lain. Jadi ada peraturan dalam menyampaikan cerita menggunakan Sudut Pandangan. Ini saya copy and paste dengan kebenaran si pemilik.

Inkfinity, Niemza

꧁༺༻꧂


JENIS-JENIS SUDUT PANDANG (POINT OF VIEW/POV)

POV ialah cara untuk mempersembahkan cerita/gaya penceritaan. Ini yang kita selalu jumpa dalam komsas.

Sudut pandang terbahagi kepada :

1. Sudut pandang orang pertama
Menggunakan aku-saya. Penulis ialah watak tersebut.

Contoh :

Aku bermalas-malasan. Duduk bersendirian di rumah sewa itu membuatkan aku merasa sunyi. Walaupun ada kerja yang aku teringat, akumerasa begitu malas untuk berbuat apa-apa. Perutku lapar, tapi aku berharap periuk kuali itu akan memasakkanku sesuatu.

"Ah, bila bersendirian mulai menyakitkan... inilah rasanya," Kataku sendiri entah pada siapa.

2. Sudut pandang orang kedua (jarang digunakan)
Style ini seperti menulis surat kepada pembaca kerana gunakan kau-kamu-awak.

Contoh :

Kau bermalas-malasan. Duduk bersendirian di rumah sewa itu membuatkan kau merasa sunyi. Walaupun ada kerja yang kau teringat, kau merasa begitu malas untuk berbuat apa-apa. Perutmu lapar, tapi kau berharap periuk kuali itu akan memasakkanmu sesuatu.

"Ah, bila bersendirian mulai menyakitkan... inilah rasanya," Katamu sendiri entah pada siapa.

3. Sudut pandang orang ketiga
Penulis menceritakan tentang watak. Menggunakan dia-mereka.

Contoh :

Aera bermalas-malasan. Duduk bersendirian di rumah sewa itu membuatkan dia merasa sunyi. Walaupun ada kerja yang dia teringat, dia merasa begitu malas untuk berbuat apa-apa. Perutnya lapar, tapi dia berharap periuk kuali itu akan memasakkannya sesuatu.

"Ah, bila bersendirian mulai menyakitkan... inilah rasanya," Kata Aera sendiri entah pada siapa.

Sudut pandang orang ketiga terbahagi pula kepada 3 jenis

A. Sudut pandang orang ketiga serba tahu

...ialah apabila kamu sebagai penulis boleh menceritakan apa yang boleh dilihat dari luaran dan apa yang difikirkan oleh watak.

Contoh :

Eddan duduk di sudut cafe itu sambil memicit-micit kepalanya. Kepalanya terasa berat dan badannya mula terasa panas. Adakah sebab cuaca hari ini?

"Ah, ini ialah hari yang salah jika kau memilih untuk demam, Eddan," Bisiknya sendiri sambil merehatkan kepalanya di atas meja beralaskan lipatan lengannya.

"Mahu order apa-apa, encik?" Suara seseorang gadis menegur.

Eddan mengangkat wajah. Seorang gadis pelayan memandangnya dengan pen dan buku nota di tangan. Tag nama berukir 'Kayla' tersemat di dada kiri.

Writing TipsWhere stories live. Discover now