Nasihat

3K 580 119
                                    

Assalamualaikum dan hai semua. Maaf sebab lama menghilang 💔 Kali nak nasihat tentang dua perkara iaitu kekemasan dan silent readers 🤕

Dua-dua ni masalah pada penulis.

Kekemasan tu boleh jadi faktor readers tak berminat nak baca cerita kita 😲 dan silent readers ni penyebab publish-delete dan semangat down 😥

Kita bincang satu persatu.

Tentang kekemasan. Semalas mana pun anda tolong jaga kekemasan setiap bab cerita. Kalau korang pun malas nak baca buku teks Sejarah sebab apa? Ayat... Je banyak. Satu perenggan tu sampai 12 hingga 15 baris.

Inikan pula dalam cerita. Pastikan ada perenggan. Jangan buat satu bab tu ada satu perenggan je. Dari awal sampai habis tak ada perenggan langsung. Orang pun malas nak baca 🤗

Ini yang selalu saya jumpa dalam cerita penulis baru terutamanya.

Selain perenggan, penggunaan shortform juga selalu digunakan oleh penulis baru. Beberapa contoh shortform adalah seperti berikut :

"Dh mlm ni. Nk tido dulu."

"Aq benci owg mcm kau. Berambus dri idop aq! Aq xmngaku kau kwn aq."

Itulah dia 🙂 Haihh.. Tolong elakkan taip begini dalam cerita awak. Awak nak bagi orang baca cerita bukan teks mesej dengan kawan-kawan atau pembaca.

Mungkin ada segelintir kata, ini perkara kecil. Ini tidak penting dan sebagainya. Itu adalah masalah awak yang hanya nak bersuka-suka dalam penulisan. Tapi untuk yang ambil serius! Shortform adalah satu kesalahan.

😥 Kenapa aku macam formal sangat nih? Maaf guys 😂

Jelas tentang shortform dan perenggan?

Okey bagus! 💜

Seterusnya, jangan campur adukkan dialog dan cerita. Contoh :

Pintu bilik ditutup lalu. Belum sempat aku nak melangkah, ada suara yang menyapa. "Nak pergi mana Abu?" Aku menoleh memandang ummi yang baru keluar dari biliknya. "Keluar kejap ummi, nak jumpa kawan." Jawab aku. Ummi mengangguk dan merapatiku.

Nampak serabut sikit, kan?

Ada yang lagi serabut saya pernah jumpa. Contoh :

Adele merengek lagi. "Awakkkk...! Ce..ppaatlahhhhh. Saya laparr.. Niee..!!!" Kaki dihentak bagai anak kecil. Abu merengus perlahan melihat sikap kebudak-budakkan Adele. "Sabarrlah...! Jangan gedik boleh takk??!!!"

Saya tak tahulah dia betul-betul nak bagi pembaca baca cerita tu penuh sabdu dengungnya 😅

Kalau boleh elakkan ya 🤗 Molek sekiranya tuan hamba berbuat begini :

Pintu bilik ditutup. Belum sempat aku nak melangkah, ada suara yang menyapa.

"Nak pergi mana Abu?"

Aku menoleh memandang Ummi yang baru keluar dari biliknya.

"Keluar kejap Ummi, nak jumpa kawan." Jawab aku.

Haaa... Giteww 😘 Kan sedap mata nak membaca. Cara campur aduk tu tak salah sebab ada sesetengah cerpen sastera, mereka guna cara tu tapi ini pendapat saya sebab kita mengarang novel dekat dunia oren ni macam tak berapa sesuai.

Drop a comment if you have any question 😁

Seterusnya, Haa.. Ini yang paling saya suka nak kongsi. Bahasa alien. Ehh jangan main-main, ingat tak ada ke orang taip cerita pakai bahasa macam ni? Contoh Alieners :

"Weyh, aq xsukew minah tuw. Gewdiks nk mampus." Aq mewngaduw pd kawan aq. Sesungguhnyew diew jew yang memahami aq dan sewkewpaler dengan aq

What the heck babe 😂 budak wechat sungguh!

Tolong guys tolong.. Mana bahasa yang kita sanjung selama ini!💪 Gunakan sebaiknya. I cannot brain this 😂 macam mana korang buat karangan?

Setakat ini saja bahagian kekemasan yang saya kongsi. Nanti kita sambung di slot nasihat seterusnya 😉

Sekarang saya nak nasihat sedikit saja tentang masalah penulis terhadap silent readers. Tipulah kalau saya cakap, saya tak pernah mengamuk dengan silent readers 🙂 Pernah beberapa kali sampai satu tahap rasa give up nak menulis.

Tapi saya tetiba-tetiba dapat semangat. Saya sedar, kenapa aku nak mengamuk sangat? Tak bagi kesan pun pada diorang. Tapi pada aku.

Kenapa kita kena putus asa dengan benda yang kita suka hanya disebabkan orang lain? Saya suka buat novel, serious suka gila! Tapi takkan sebab silent readers, saya nak quit 🤔

Kita buat sesuatu untuk diri kita dan untuk orang lain yang juga nak sesuatu dari kita. Yang tak nak tu, pergi blahh lah kan?

Ingat, di antara silent readers tu masih ada yang menyokong, masih ada yang nak baca cerita awak, masih ada yang menanti bab seterusnya 😊 Saya pernah pesan, kalau niat awak menulis sebab nak popular memang ke laut hasilnya.

Saya pesan sebab ini pengalaman sendiri 😥

Come on guys!

Do it! Don't give up! 💪😉


Okay guys, raklu pape roger. Jangan tak baca next tips cara nak dapatkan idea yang unik 😎 Tunggu ~



💜💜💜
Jumpa lagi

Writing TipsTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang