[ 𝑬𝑫𝑰𝑻𝑰𝑵𝑮 ]
Ada niat nak menulis tapi tak tahu nak mula macam mana?
Jangan risau! Dalam buku ini ada banyak tips berguna, nasihat pun ada disediakan untuk awak semua. Bukan itu saja, ada juga pengalaman daripada penulis lain dan slot SoalJawa...
Slot kali ini sis bawa lagi seorang penulis untuk bacaan korang. Nama dia selalu juga naik untuk Trending Writer in Teen Fiction 😍 Sebenarnya sis nak tunjuk yang masalah semua orang hampir sama dalam dunia penulisan. Cuma diri sendiri itu saja, sama ada nakfight💥 atau give up🍃
Thanks to auni_rasy sebab sudi nak kongsi pengalaman 😊
◈◈◈◈◈
Assalamualaikum, saya auni_rasy yang menghasilkan cerita EHCH Afiq Asyura dan Keranamu Duniaku Tersenyum.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Pengalaman Auni semasa menghasilkan karya adalah ketika menulis. Auni ni seorang yang suka menulis dulu sebelum berfikir. Jadi, apabila idea dah hilang, Auni terus blank. Tak tahu macam mana nak sambung. Auni mengambil keputusan untuk baca semula dari bab awal, namun tidak berhasil.
Akhirnya Auni mengambil keputusan untuk termenung. Auni jenis yang suka tengok sekeliling. Melihat ragam kawan- kawan dan orang sekitar, Auni terus mendapat idea dengan sekelip mata.
Dari situlah, apabila Auni kebuntuan atau ketandusan idea, Auni akan pandang sekeliling dan terkadang termenung seakan-akan selami cerita kita sendiri. Oleh itu, saya mampu menghabiskan cerita.
Sebab bila kita bayangkan kita dapat cerita sendiri, kita akan bina sendiri jalan cerita seakan- akan dunia itu, kita yang punya.
Masalah yang selalu Auni hadapi adalah apabila imaginasi terlampau tinggi, Auni akan dalam dilema. Rasa macam 'nak tulis mana satu ni.' Sebab terlampau banyak sangat idea, Auni akan minta tolong kawan-kawan untuk bantu Auni. Jadi, mereka yang baik hati akan tolong Auni untuk gabungkan semua idea tanpa tinggal satu pun.
Oleh itu, Auni mampu menyempurnakan cerita yang kononnya hebat itu.
Pernah juga down sebab readers. Tapi Auni redha jelah. Biasalah ramai readers cuma baca. Bila Auni tanya, mereka kata lupa nak vote sebab terus baca dan baca. Mereka kata syok sangat baca sampai lupa. Jadi, sampai biar jelah.
Lagipun, niat Auni buat karya bukan nak popular. Sekadar ingin mengisi masa lapang sahaja. Jadi, Auni tak endahkan perkara macam tu.
Di sini Auni nak bagi nasihat atau tips untuk penulis baru. Yang pertama, bila kena menghasilkan suatu karya, karya tersebut mestilah mempunyai pengajaran yang baik untuk pembaca. Seboleh- bolehnya, kita elakkam daripada buat cerita yang kurang berfaedah.
Kerana kata sahabat Rasulullah S.A.W,
"Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan hidupmu di akhirat nanti."
Jadi, dalam kita bersuka ria ini, janganlah lupa akan akhirat yang menanti.
Selain itu, janganlah kita malu untuk meminta pertolongan daripada seseorang. Persis peribahasa melayu malu bertanya, sesat jalan. Malu berkayuh, perahu hanyut. Kalau malu, kita cerita pada kawan yang kita paling rapat. Sebagai contoh, Auni jenis yang tak suka cerita apa- apa pada keluarga, jadi Auni cerita pada kawan baik Auni.
Akhir sekali, kena banyak baca buku dan contoh- contoh karangan. Hal ini kerana, apabila kita membaca, kita mampu memperbaiki kesalahan dalam tatabahasa.
◈◈◈◈◈
Sis yakin 100% karangan dia memang A 👍
Nampak tak bila niat kita betul, apa pun masalah kita boleh hadap 😊 Thanks again Auni. Good luck in future!
Jika ada sebarang pertanyaan sila komen untuk slot Q&A 🤗