ELEMAN

11.6K 1.2K 179
                                    


Eleman?

Macam hebat je kan bunyi dia? Ini bukan tips tapi saya nak beritahu, eleman ini perlu ada sebagai daya penarik untuk pengguna Wattpad singgah baca cerita awak.

Apa elemen penting yang juga main peranan selain jalan cerita?

Tajuk
Kulit buku ( cover buku )
Sinopsis Ke Blurb?

Eleman ini sangat penting, awak tak ada salah satu ini maka jangan tanya kenapa tidak ada pembaca.

Sila baca dengan cermat.




T  A  J  U  K


▶ Pertama sekali adalah tajuk cerita. Jangan terlalu panjang sampai jadi ayat dua baris. No need. Maksimum 5@6 perkataan. Perkataan... Bukan ayat. Baca betul-betul.

▶ Tajuk menggambarkan keseluruhan cerita atau berkaitan dengan jalan cerita.

Macam mana nak pastikan tajuk tak lari dari jalan cerita? Tips daripada saya, awak siapkan dulu rangka jalan cerita dari permulaan sehingga penamat. Bila buat begini awak akan lebih nampak jalan cerita awak dan lagi mudah nak reka tajuk yang tak lari dari jalan cerita.






K U L I T  B U K U


▶ Kalau rasa nak yang lawa, request je. Ramai wattpaders yang dah buat Cover Book Request. Hanya cari saja buku shop mereka, baca peraturan dan syarat kemudian boleh request.

SILA HARGAI HASIL KREATIF MEREKA. UCAP TERIMA KASIH DAN BERIKAN CREDIT.

▶ Tapi kalau nak cuba buat sendiri. Silakan.

Apa ciri-ciri kulit buku yang baik?

Bahagian latarbelakang buku (Background) pastikan menarik, tidak kabur, tidak nampak pudar dan tidak terlalu banyak gambar.

Saiz kulit buku Wattpad adalah 512 lebar × 800 tinggi.

Saiz font ( saiz jenis tulisan) pastikan besar, jelas dan boleh dibaca. Jangan terlampau kecil seperti kuman dan besar seperti gajah. Sederhana dan ada ruang di sekeliling font.

Jenis font sangat memainkan peranan. Elakkan guna jenis font yang halus malah berangkai pula. Tahu berangkai? ( 𝒞𝓊𝓇𝓁𝓎 ℱℴ𝓃𝓉 ) Jika mahu guna juga, pastikan tebal, jelas dan tidak tenggelam bersama gambar latar belakang kulit buku.

Warna font wajiblah kontra (berbeza) dengan latar belakang kulit buku. Sekiranya latar belakang kulit buku anda berwarna hitam, elakkan guna warna-warna gelap seperti biru tua, hijau tua dan apa saja yang tua kerana bukan saja tulisannya kurang jelas malah hambar. Begitu juga sebaliknya.

Cantik/Comel, Kemas dan Kreatif. Pastikan ianya eye-catching. Jangan risau jika tak cantik atau comel, practice makes perfect. Kemas ini bermaksud tidak terlalu berserabut dengan gambar dan tulisan. Kreatif pula adalah bagaimana awak mengedit kulit buku. Susunan font, gabungan jenis font, gabungan warna pada font dan banyak lagi.






B  L  U  R  B

Ramai yang buat silap pada bahagian ini terutama penulis baru hanya kerana tidak tahu dan tidak kreatif. Don't give me this excuses,

🚫Tak reti buat sinopsis

🚫 Failedlah buat sinopsis ni. Nak tahu bacalah ehh😅

🚫 Tak reti buat sinopsis plus malas😪

Macam mana pembaca nak tertarik? Even tak tahu, buatlah juga walaupun ringkas dan pendek. Tiada format untuk blurb, awak bebas untuk buat macam mana sekalipun. Jadi untuk awak yang belum tahu apa itu blurb, baca ni.

Ada dua iaitu blurb dan sinopsis. Kita rasa sama tapi sebenarnya berbeza. Saya terangkan sinopsis dulu.

Apa dia sinopsis? Ringkasan cerita yang ada semua plot,

✔ Permulaan
✔ Perkembangan
✔ Konflik
✔ Penamat

📌 Sinopsis biasanya digunakan apabila karya dihantar ke syarikat penerbitan buku.

Apa itu blurb? Ringkasan daripada keseluruhan cerita. Tidak perlu terlalu tepat, hanya beri gambaran saja kepada pembaca apa isi-isi cerita. Tidak perlu ceritakan konflik dan penamat secara terperinci. Malah, blurb tidak memberi gambaran langsung tentang penamat cerita. Hanya meninggalkan persoalan yang disebut unsur saspen.

📌 Konklusinya di sini, jika awak baca sinopsis awak sudah tahu keseluruhan jalan ceritanya kerana ringkasan plot lengkap hingga penamat. TAPI, jika awak baca blurb, awak perlu BUKA BUKU dan baca untuk tahu jalan ceritanya kerana ringkasan yang tidak lengkap. Tak tahu apa konflik dan penamatnya.

Sudah faham? Abaikan sinopsis, fokus pada blurb. Itu pengetahuan umum kerana ada yang tidak dapat bezakan sinopsis dan blurb.

Just do your blurb. Jangan risau kalau cliche. Jangan risau kalau panjang sangat. Jangan risau kalau pendek sangat. That's your story.







Itulah antara eleman utama yang wajib ada sebagai langkah awal untuk tarik pembaca. Bayangkan korang pun mesti akan tertarik dengan kulit buku dulu kan? Dekat kulit buku pun ada tajuk. Bila rasa tajuk pun best mesti nak baca blurb dia pula.

Betul tak?


Writing TipsWhere stories live. Discover now