[ 𝑬𝑫𝑰𝑻𝑰𝑵𝑮 ]
Ada niat nak menulis tapi tak tahu nak mula macam mana?
Jangan risau! Dalam buku ini ada banyak tips berguna, nasihat pun ada disediakan untuk awak semua. Bukan itu saja, ada juga pengalaman daripada penulis lain dan slot SoalJawa...
Assalamualaikum guys 💜 Macam mana cuti hujung minggu? 😥 Dikesempatan ini sis nak ucapkan good luck kepada adik-adik PT3. Do the best! 😉 Jangan stress-stress nanti semua yang dah belajar tu hilang.
Tengok tajuk atas, rasa teruja tak? 😝
Bukan apa, sis nak bantu korang dapatkan idea yang unik. Bila jalan cerita kita lain dari yang lain, ada lah orang nak baca.. Ye dok? Lepas tu tak akan asyik nak baca cerita yang lebih kurang je.
Crush dengan ketua pengawas 🍃 Gaduh jadi cinta 🍃 Hospital berpuaka 🍃 Zombie 🍃 Fall in love dengan pembuli 🍃 Hubby aku pilot / CEO 🍃 Kahwin sebab tangkap basah 🍃 Kahwin paksa 🍃 Kahwin kontrak 🍃
Benda ni semua bersepah dekat wattpad dah. Jadi sampai bila nak baca cerita cliche? Tak bosan ke? Majulah wahai anak bangsa! 😂
Cakap orang, sendiri pun buat cerita cliche 😂 Okay sebenarnya tip ni sis baru jumpa dan belum aplikasikannya. Belum cuba pun tapi In Sha Allah menjadi cuma kena kerja keras sikit untuk hasil yang boek 👍
Okay, pertama sekali nak dapatkan idea unik korang tak bolehlah selalu baca novel wattpad sebab nanti idea dari situ jelah. Recylce balik idea author tu cuma jalan cerita berdasarkan kreativiti kau 😪
Sekali sekala baca buku lain. Apa saja sumber boleh diterima. Kalau buka Instagram pun korang sebenarnya dah boleh dapat idea. Cuma yelah.. Apa je yang korang tengok dekat Instagram tu selain muka followers, muka instafamous atau muka artis. Dekat bahagian Jelajah (Explore) pun bagi korang tak ada apa sangat yang boleh dibuat sebagai idea cerita.
Tapi sis buka explore dan terjumpa satu akaun Instagram nota_misteri. Saja jelah stalk, tengok apa ada. Baca semua post-post dia. Dan kadang-kadang bila baca, dari situ timbulnya idea.
Ini antara contoh yang boleh dijadikan cerita tapi jangan ditiru sepenuhnya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
The Sword In The Stone sesuailah kut untuk BOYS dengan genre fantasi/aksi/adventure 🤗 sebab imaginasi diorang tinggi kalau nak buat cerita macam ni. Masukkan elemen ala-ala Mobile Legend sikit😏 sebagai perasa cerita. Gabungkan kedua-dua idea mengikut kehendak kamu. Tak perlu fikir, betul ke salah ke asalkan tak bertentangan dengan agama.
Mungkin cerita korang main Mobile Legend sampai termasuk ke dalam alam permainan maya tu. Bagaimana keadaan korang dalam permainan itu. Mengapa/tujuan perlukan pedang itu. Di mana nak cari pedang itu. Apa cara untuk dapatkan pedang itu. Keadaan selepas berjaya dapatkan pedang tersebut. Apa konflik cerita dan peleraiannya?
Wujudkan nilai kerjasama, keberanian, kesungguhan, kepimpinan, setia kawan, saling membantu, kepercayaan dan sebagainya. Jangan cerita bagus tapi sebenarnya kosong.
Nilai dan pengajaran juga beri peranan untuk cerita yang mantap😎
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.