Q&A

1.6K 246 80
                                    

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 😁

Maaf kerana sudah jarang update!

Tak nak mukadimah panjang sangat. Malas pula kali ni 😂 Ini jawapan untuk soalan korang yanh Shie dah lama tak jawab 😝 Jangan marah ~

hhyu__

Berapa patah perkataan yang kena ada dalam satu bab?

° Terpulang nak buat berapa banyak patah perkataan. Tak ada peraturan atau mazhab yang mengharamkannya 😂 Tapi nasihat Hakak Shie biarlah ada limits antara 1500-3000 patah perkataan. Antara jumlah tu sesuai sebab Sis sendiri malas nak baca panjang lebar dalam satu bab tu.

Macam mana nak tulis ayat sempoi supaya tak nampak baku?

° Bergantung kepada korang sebenarnya. Kalau korang ni jenis serius, seriuslah ayat korang. Kalau korang jenis kelakar maka kelakarlah ayat tu nanti. Sebab kita menaip dengan jiwa, karya kita adalah sebahagian dari diri kita.

Just write it 😉 Jangan pernah risau kalau ayat korang baku. Korang lahir zaman moden, bahasa pasar dah tentunya sebati dalam diri korang 😅

Tapi tak bermakna korang kena eja perkataan tu ikut bahasa pasar atau bahasa mesej. Contoh :

- Aku takde kat umah.. @ Aq xde kt umah

- Alien merengus geram. Dia takde masa nak layan bende² bodoh macamni

Jangan terlalu ikut bahasa macam ni. Boleh guna cuma jangan terlampau nampak sangat.

- Aku tak ada kat rumah.

- Alien merengus geram. Dia tak ada masa nak layan benda-benda bodoh seperti ini.

Harap jelas penjelasan Sis ni. Jangan takut, just write it!

RabiatulNadiah sweetie_ksj

Macam mana nak mulakan cerita?

° Of course korang kena ada idea. Selalunya idea akan muncul dan tergambar dalam kepala untuk permulaan cerita. Jaranglah idea muncul untuk konflik 😂

Okay, nak mulakan cerita ni sebenarnya tak kisah pun macam mana. Ikut suka hati korang.. Yang pasti bahagian permulaan adalah bahagian untuk memperkenalkan watak-watak.

Elakkan mula cerita dengan benda biasa yang penulis lain buat. Contoh :

√ Situasi watak bangun pagi
√ Bertembung di airport
√ Terlanggar bahu kemudian gaduh
√ Watak bersarapan dengan keluarga
√ Jadi pelajar baru
√ Tiba-tiba mula dialog, "No papa! Alien tak nak kahwin dengan dia."
√ Jalan-jalan tiba-tiba nampak seseorang untuk dijadikan 'Crush'

Kenapa Sis kata elakkan? Okay, nak guna silakan tapi kalau boleh write something else... Yang berbeza dan unik. Macam tu barulah orang tertarik nak baca 😵

Tapi tiada paksaan okay 😉

Contoh macam Voishenote. Permulaan yang kelakar dan unik, lagi kita rasa nak baca. Katakanlah korang susah sangat nak mulakan cerita yang unik, Sis bagi cara tapi bergantung pada diri... Kalau yang ini pun rasa susah, Sis nak buat apa lagi? Sendiri tak nak gerak, tak nak usaha dan tak nak cabar diri.

Caranya, benda yang sedia ada korang gilap bagi nampak baru. Be creative!

√ Situasi watak bangun pagi ( Make it funny )

Watak bangun pagi, bersiap untuk ke sekolah/kerja dengan penuh semangat tapi tiba-tiba locengnya baru berbunyi. Bila diperiksa, rupanya baru nak subuh.

Writing TipsWhere stories live. Discover now