Tip 3 | BERLAKON

4.6K 656 131
                                        

Assalamualaikum dan selamat sejahtera😘 Maaf lama tak update. Nak cari ayat yang sesuai untuk awak semua faham 😁

Okay, kenapa tips kali ini agak pelik? Apa tiba - tiba berlakon pula dalam Wattpad ni?

Okay, kenapa tips kali ini agak pelik? Apa tiba - tiba berlakon pula dalam Wattpad ni?

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Baiklah

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Baiklah. Ini adalah soalan untuk bangkitkan emosi dan perasaan readers ketika membaca. Tak kira apa genre sekali pun, kalau awak nak readers awak menangis, takut, sedih, marah, blushing dan sebagainya.. awak kena berlakon!

Tips berlakon ni selalu Shie buat masa tengah menaip cerita especially untuk cerita Kau VS Aku! dan Kerana Cinta.

Ramai readers memang feel habis dengan watak - watak tu semua dan ada juga yang kata cerita itu 'hidup'

Erk? 😂

Okay nak buat babak - babak macam tu.. sebab tu awal - awal lagi Shie bagitahu, storyline kena susun dulu baru tahu apa nak tulis nanti.

First : Bayangkan awak adalah watak. Terpulang nak watak apa bergantung pada situasi.

Second : Bayangkan situasi masa tu. Watak dekat mana, apa yang watak sedang buat. Awak boleh huraikan.

Third : Jiwai watak. Itu penting. Bergantung pada situasi. Kalau nak buat babak sedih, awak kena jadikan diri awak sedih. Berlakon sedih.

Fourth : Dah jiwai watak kemudian huraikan emosi dan perasaan awak yakni emosi dan perasaan watak juga. Beritahu readers emosi watak itu.

Fifth : Teruskan berlakon. Tengah menaip tu, dalam kepala dah bayangkan situasi. Kalau contoh, dalam situasi sedih watak luah perasaan pada kawan dia, berlakon seolah - olah awak tengah luah dekat kawan awak. Faham berlakon, berlakon 😂

Aku takut korang tak faham je 😂

Shie nak bagi tips macam mana nak tahu babak tu sweet atau tak, sedih atau tak.. Seram atau tak.

Okay, pernah berangan tak? Cakap sorang - sorang macam tengah berlakon? Pastu masuk part sedih.. menangis? Ini bukan gila, ini anugerah 😂 sebab tak semua author ada kelebihan taip cerita selamba gajah tapi readers baca feeling bagai nak rak.

Shie tak ada kelebihan macam tu thats why Shie pakai tips berlakon 😂 Jangan nak cop aku gila pulak.

Baiklah katakan, dah sampai point hero confess dekat heroin. Fikir dan bayangkan satu cara confess yang bagi awak sweet gila nak mati. Bila dah fikir macam tu, awak pula tiba - tiba malu sendiri 😆 haa.. Tu maknanya memang babak tu akan jadi sweet.

Katakan ada dua atau tiga cara confess yang awak rasa sweet sangat 😍 kalau awak kreatif boleh je gabungkan, tak ada masalah.

Babak sedih. Sama je.. fikir dan bayangkan situasi tu. Kemudian berlakon dengan sepenuh hati😫 Kalau situasi yang awak bayangkan tu buat awak menangis dan sebak.. pergi masukkan dalam cerita. In sha Allah readers pun akan nangis.

Sama juga dengan seram. Fikir dan bayangkan situasi tu. Keluarkan perasaan takut. Bayangkanlah ada hantu tengah kejar ke, awak ada di tempat yang pelik dan seram seorang diri. Huraikan emosi watak dan keadaan watak. Menggigil? Berpeluh? Nafas tak teratur? Rasa nak menangis.. Berdebar dan sebagainya.

Yang penting jangan lupa hurai emosi, keadaan watak. Banyakkan baca buku cerita untuk tahu apa perkataan yang sesuai dan selalu digunakan dalam babak yang awak mahu 😉

Setakat ini saja. Next tips macam mana nak bagi lakonan awak ada feel yang lebih lagi😱





✨✨✨

Jumpa lagi

Writing TipsTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang