Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Hye guys! Welcome back to my Writing Tips 💜
Jadi tips seterusnya yang Shie nak share adalah tentang Plot Twist. Salah satu cara yang boleh membuatkan anda dapat beribu-ribu komen daripada readers kerana membuatkan tekaan mereka salah terhadap jalam cerita anda.
Anda boleh guna mana-mana saja Plot Twist sebab kita ada banyak jenis. Pastikan anda faham apa jenisnya dan macam mana nak aplikasikan dalam cerita anda mengikut contoh yang Shie dah sertakan.
Let's get start!
Plot Twist ialah perubahan secara mendadak atau tiba-tiba dalam sesuatu cerita. Ini salah satu teknik paling berkesan untuk tarik minat pembaca dengan cuba sampaikan sesuatu yang pembaca tak sangka.
Sesuai digunakan dalam semua genre but be careful. This is not as easy as you think. Kalau korang buat tapi pembaca masih dapat agak memang tak menjadi namanya 😌
Percayalah, Shie pernah buat tapi pembaca masih dapat teka. Bila diorang kata A so Shie twist kepada B dalam masa yang singkat 😌 bila jadi macam tu, meroyanlah masing-masing. Nasiblah siapa suruh teka.
Kau jangan... Idea aku ni melambak dalam kepala. Aku ambik je mana-mana then apply dalam cerita. Kan dah siap my own version of plot twist 😂 And I call it : Unplanned Twist 😋
Nak plot twist ni... Tak semestinya masuk bahagian perkembangan baru twist atau masuk peleraian, terus twist cerita. Tapi dalam chapter pun boleh berlakunya plot twist. Kenapa Shie taip macam ni? Sebab plot twist ada banyak jenis.
Syarat nak buat Plot Twist ni senang. Anda tak boleh bagi apa-apa klu atau petunjuk tentang rahsia yang sepatutnya dibongkarkan atau di-plot twist-kan diakhirnya.
Kau terbagi satu petunjuk pun, kalau ada pembaca dapat kesan. You're dead!
Pengungkapan
Teknik yang memberi pembaca informasi baru dalam mengungkap sesuatu watak itu adalah watak lain. Ia akan menyebabkan sesuatu watak itu akan bertindak.
Contoh senanglah kan kalau kalau korang tengok sinetron.
Dewi anak Diandra tapi sampai satu episod tiba-tiba rahsia terbongkar which is Dewi sebenarnya anak Olivia. Tapi Diandra berkeras yang benda tu bohong.
Faham tak? 😂
Contoh lain macam, Ady ingat selama ini Jeneral Zemskii yang bunuh ayahnya tapi rupa-rupanya pakcik yang paling rapat dengan Ady. Kemudian Ady bertindak untuk balas dendam.
Tak faham tanya di sini.
Pencerita Yang Tak Boleh Dipercayai
Teknik di mana watak memberi informasi yang salah dalam cerita. Pencerita atau watak yang menipu.
Cerita dari A sampai Z tapi at last semua yang diceritakan adalah bohong semata-mata sebab nak selamatkan diri.
Contoh cerita yang menggunakan Plot Twist jenis ini : The Usual Suspects.
Polis menangkap satu orang penjahat yang selamat dari sebuah kejadian tembak menembak yang terjadi di pelabuhan, si penjahat yang selamat inipun menjelaskan panjang apa yang terjadi.
Dia menyebut siapa pimpinannya, dan bagaimana mereka membuat perancangan aksi kejahatan, mereka diancam oleh seorang kepala mafia yang tidak diketahui, si mafia mengancam mereka untuk melakukan aksi pembunuhan, jika tidak keluarga mereka akan dibunuh.

ANDA SEDANG MEMBACA
Writing Tips
Diversos[ 𝑬𝑫𝑰𝑻𝑰𝑵𝑮 ] Ada niat nak menulis tapi tak tahu nak mula macam mana? Jangan risau! Dalam buku ini ada banyak tips berguna, nasihat pun ada disediakan untuk awak semua. Bukan itu saja, ada juga pengalaman daripada penulis lain dan slot SoalJawa...