Q&A

3K 435 72
                                        

Assalamualaikum semua ✌

Sebelum kita teruskan dengan Question and Answer, nak buat soal selidik sikit. Setakat ini, tips-tips yang saya bagi berguna tak? Apa kelemahan pada buku ini? Jika ada, sila komen okay. Nanti saya cuba perbaiki lagi.

Satu lagi, ramai yang mesej saya dan request cover book. Sebelum ini, ya saya ada ambil tapi sekarang dah tak sebab sibuk. Jadi berhenti mintak saya buatkan cover book😥 Kalau nak belajar buat sendiri, sila rujuk buku Cover Tutorial by CikFiz

Cover saya semua lawa-lawa sebab belajar daripada dialah. Eh! Perasan pulak 😂

Saya ulang, saya dah tak ambik cover book request jadi berhenti mesej saya. Sekian, terima kasih 💜

Sekarang kita pergi ke soalan pertama daripada BrinaLia

Sekarang kita pergi ke soalan pertama daripada BrinaLia

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Patut ke?

Terpulang pada diri sendiri. Kalau awak jenis open minded, tak kesah untuk terima pendapat orang.. Masukkan saja selagi tak lari dari jalan cerita✌

Ada beberapa jenis orang.

Pertama dia dah terdesak sangat sebab penyakit writers block.. Dia terima je asalkan buku dia sentiasa update.

Kedua, mungkin dia ambik sikit idea pembaca kemudian ditambah dengan idea dia atau gabung idea semua pembaca masukkan dalam cerita dia. Kalau dah gabung cenggitu... Cerita tu bukan hasil idea awak sangat tapi pembaca. Ambik sikit-sikit tak apalah.

Ketiga, dia tak nak terima idea pembaca sebab dia rasa.. Tu buku dia. Dah susun elok-elok jalan cerita, tetiba-tetiba rajin pulak nak sumbang idea. Kalau boleh dia nak 100% cerita tu hasil daripada kepala otak dia bukan orang lain walaupun sikit.

Jadi bila ada situasi, tetiba pembaca sumbang idea. Tanya diri sendiri, nak ambik ke?

Sebab benda ni dah banyak kali berlaku pada saya dan saya jenis orang ketiga 😅😂 Sebab bila cerita tu dah complete tambah pulak dapat sambutan hangat, dia punya perasaan puas hati tu tak mampu nak gambarkan. Yelah, semua dari kepala otak sendiri kut. Tak ada mix dengan idea orang lain. Gila tak bangga 😂

Apa-apa pun, semuanya terpulang pada kita 😊 Tak ada halangan. Kalau awak rasa idea dia membantu, silakan ambil. Jika tidak, tolak secara baik.

Tapi selalunya saya palau je 😪 Tak tahu nak balas apa😂 Maaf ye readers, saya jahat. Hahaha..

Seterusnya, soalan kedua daripada Thunder_Sarah

Seterusnya, soalan kedua daripada Thunder_Sarah

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Macam mana eh 😅

I'm not sure cara yang ni berkesan ke tak kalau awak guna. Kalau awak jenis orang yang tak kelakar dan tak bersahaja, ambik dan simpan lawak-lawak yang terjadi di sekeliling korang. Kalau ada baca kat Twitter ke, Wechat ke, Facebook ke.. yang lawak-lawak tu pergilah simpan. Nanti masukkan dalam cerita.

Kadang saya pun buat macam 😂

Contoh macam ni, saya jumpa masa main Instagram.

Boleh dimasukkan sebagai dialog perbualan dalam Whatsapp atau pun dialog percakapan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Boleh dimasukkan sebagai dialog perbualan dalam Whatsapp atau pun dialog percakapan. Benda simple tapi percayalah readers akan gelak 😂

 Benda simple tapi percayalah readers akan gelak 😂

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Ini pula kalau nak situasi yang sweet. Sesuai kalau cerita bertemakan tentang crush-crush ni 😍

Tak kisahlah apa pun sama ada gambar atau video yang awak rasa benda tu kelakar dan sweet.. Simpan untuk bahan penulisan di masa hadapan 😉

Itu kalau nak babak yang lawak dan sweetlah. Kalau nak buat yang sedih bergantung pada jalan cerita dan ayat yang digunakan. Saya bagi contoh satu cerita yang saya rasa semua dah baca. Kau First Love Aku by CikTomato

Sedihkan cerita tu 😥 Lihat bagaimana penulis ikat readers melalui watak Kashaf. Penulis wujudkan chemistry antara Kashaf dan Adhia kemudian beri terlalu banyak situasi yang sweet sehingga kita sayang pada watak. Tapi bila dapat tahu Kashaf ada penyakit, dah tentu kita pun rasa macam...

Ahhhhh!!! WHYYY??!!

Sebab kita sendiri tahu sudah tentu tak seronok bila Kashaf tiada nanti. Bagaimana dengan Adhia, right?

Dan readers pun sedih ☺ Simple je.

Atau kisah kena kahwin paksa. Saya bagi contoh cliche supaya semua faham tapi kalau tak faham 😂 please bagitahu.

Selalu ada kes suami dera si isteri sebagai tanda dia memprotes dengan perkahwinan tersebut. Berikan pelbagai situasi yang melibatkan penderaan mental dan fizikal pada watak isteri tersebut. Baru awak akan dapat reaksi amarah dan sedih daripada readers 😂

Dan jangan lupa buat antagonis beraksi, awak tambah lagi dia buat perangai memang pembaca bertambah-tambah mengamuklah😅

Nak cari ayat yang sesuai tu.. awak banyakkan membaca apa jenis bahan sekali pun. Ini membantu awak tingkatkan penguasaan bahasa dan jangan takut kalau ayat awak macam kanak-kanak dutch lady sebab awak belum biasa menghasilkan ayat lagi.

Tapi lama kelamaan, ayat dan jalan cerita awak akan semakin baik. Trust me 😁

Itu saja. Kalau ada nak tanya apa-apa boleh PM saya 👌

Sebelum saya mengundurkan diri, perasan tak ramai penulis nak tarik diri dari Wattpad? I don't know why. Is there anything happen that I don't know? 🙁 Some of them kata sebab exam, okay boleh diterima tapi ada alasan mereka mengatakan Wattpad dah tak semeriah dulu. Huh? Wattpad bukan lagi platform untuk membaca tapi mengumpat authors lain. Huh? Perangai manusia dekat Wattpad ni makin menjadi-jadi. Huh?

Kita tak ada hak nak halang mereka tapi bagi saya, sayanglah :') sebab kebanyakkannya penulis berbakat dan inspired orang lain. Mungkin mereka dah serlahkan bakat disini jadi tak ada apa dah nak ditunjuk. So mereka nak serlahkan dari segi lain pula. Naskhah novel? Good, nanti saya beli 😋 Rugi tak beli sebab idea mereka lain macam 😂

Tapi tang Wattpad dah tak meriah macam dulu, memang betul :') Tak tahu apa yang kurang sekarang ni sampai dah tak meriah 😥

Okay see you guys in next session 🌹




💜💜💜
Jumpa lagi

Writing TipsTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang