√Prolog√

11.3K 454 21
                                    

Jam digital itu terus berjalan. Mereka bertambah panik.

00:00:30

"We need to stop it! Somebody do something!"

00:00:39

"Its useless! Kita dah tak boleh buat apa-apa."

00:00:38

"No! Aku tak pernah setuju untuk lalui semua neraka tu hanya untuk ini!"

00:00:37

Esme dapat merasakan kepala lututnya semakin lemah. Dia terduduk, merenung jam digital di skrin besar itu dengan harapan ia akan berhenti.

Peter menoleh bersilih ganti ke arah Esme kemudian ke arah rakan-rakannya.

"Sylvea you can do it. Please stop this." Pandangannya beralih ke arah ibunya yang memangku kepala Dr Sylvea. Darah doktor itu keluar membuak-buak mengotori baju kemeja ibunya.

"I-I-I can't. S-semuanya dah b-berakhir. This is the e-end of the world." Suaranya hampir tidak terlontar keluar. Jelas sekali dia tetap berusaha menuturkannya.

Tidak! Ada satu jalan terakhir.

Peter menutup kedua matanya, rapat. Selepas dia membukanya kembali, dia mengatur langkah pantas ke arah Major Haziq.

Tangan kanannya dihayunkan, menumbuk muka Major Haziq sehingga  lelaki itu tersungkur.

00:00:15

"Mana Ana? She can fix this."

00:00:14

"Yes! Ana, yes! Dialah satu-satunya harapan kita!" Dr Dalisha bersuara. Semua turut berkata sedemikian.

00:00:13

Namun Major Haziq tetap diam. Dia mengalihkan pandangannya daripada terus memandang Peter. Kesenyapannya itu menambahkan lagi suasana panik. Peter semakin hilang sabar. Dia mengerling ke arah jam digital.

00:00:10

Tangannya pantas mencapai kolar uniform Major Haziq

00:00:09

"Where the hell is she! Tell me! Please tell me!"

00:00:08

Esme menjerit seraya menutup kedua-dua telingannya. Air matanya tumpah.

00:00:04

Peter mengeluarkan pistol daripada belakangnya kemudian diacukan ke kepala Major Haziq.

00:00:03

"I swear, I'll pull this trigger! I swear! WHERE IS ANA!"

00:00:02

Major Haziq akhirnya memandang Peter. Mata mereka bertemu.

00:00:01

"She's dead."

00:00:00

»Abolition« [ERROR#2]Where stories live. Discover now