3rd POV
Dr. Sylvea merenung wajah Peter yang tenang terbaring dengan kelopak matanya yang tertutup rapat. Lelaki yang kini berusia 21 tahun itu, rebah sekali lagi setelah mendengar penjelasannya. Itu ertinya dia sedang menjalani proses Dreaming, satu proses menelusuri mindanya sendiri untuk melihat memorinya yang pernah dipadam atau memori yang tidak lagi diingatinya.
Pengasas Exivian Order itu mengeluh. Jauh di sudut hatinya, dia berasa sangat sedih dan pilu melihat putera abang kandungnya itu menghadapi kesusahan malah telah beberapa kali bertembung dengan maut. Dia masih ingat lagi betapa menggeletar tubuhnya saat melihat Peter berlari, melawan Infected sedaya upaya untuk sampai ke Pulau Banggi. Ingin sahaja dia mengarahkan orang bawahannya untuk menghantar pasukan penyelamat untuk menyelamatkan anak saudaranya itu, namun dia tahu sebaik sahaja dia melakukan sedemikian pasti apa yang telah abangnya, John, usahakan selama ini musnah. Dunia tidak boleh tahu bahawa dia, Sylvea Stanford dan jurutera fizik terkenal John Hale adalah adik beradik kandung yang terpisah kerana masing-masing diambil sebagai anak angkat kepada keluarga yang berlainan. Dia masih ingat bagaimana John mengejutkannya ketika lewat malam dengan pakaian yang basah kuyup, memohonnya untuk memeriksa anak bongsunya yang tiba-tiba sahaja muntah darah kemudian pengsan.
*Flashback*
Sylvea dikejutkan dengan ketukan yang bertalu-talu pada pintu hadapan rumahnya. Dia ragu-ragu untuk membukanya memandangkan suaminya juga tiada dirumah kerana outstation. Tapi setelah mendengar suara abangnya, keraguannya perlahan-lahan hilang.
"Abang!" Abangnya, John berdiri di hadapan pintu rumahnya dengan pakaian yang basah kuyup. Dibelakangnya, kelihatan kereta Mercedes Benz G-Class miliknya menyalakan lampu tingginya. Hujan yang lebat menyukarkan Sylvea untuk melihat jikalau terdapat sesiapa di dalam kereta tersebut.
"Syl! Tolong abang. Peter, dia-- Abang tak tahu nak cakap apa. Dia tiba-tiba sahaja muntah darah lepas tu pengsan." Sylvea dapat mendengar getaran dalam suara abangnya itu. Sebagai seorang doctor pakar bedah, perkara ini mungkin sesuatu yang dapat dibantunya.
"Tunggu kejap. Syl ambil payung." Dia bergesa-gesa mengambil payung dan melangkah keluar bersama-sama John menuju ke kereta.
Sebaik sahaja pintu kereta dibuka, dia terkejut melihat tubuh anak bongsu John itu yang pucat dengan kesan darah yang masih basah di bibirnya. Badannya berpeluh namun setelah dia menyentuh leher budak lelaki itu, terasa sejuk seperti baru sahaja terkena air sejuk. Tubuhnya dipangku oleh Cassandra, isteri John yang juga bekerja sebagai seorang saintis sama seperti suaminya. Anak sulung mereka, Chelsie duduk di hadapan dengan wajah yang penuh kerisauan.
"Tolong bawa dia masuk ke dalam rumah." Beritahu Sylvea kepada John. Dia segera mengangkat Peter masuk ke dalam rumah dan membaringkannya di atas sofa. Sylve juga turut meminta Cassandra membawa masuk Chelsie kerana hujan semakin menggila di luar.
Doktor pakar bedah itu melakukan tugasnya dengan memeriksa apa yang patut. Tubuh kanak-kanak itu menggeletar teruk. Dia batuk beberapa kali, sebelum menyemburkan darah pada batuk terakhir. Mereka semua terperanjat. Cassandra menutup mulutnya terkejut lalu segera memeluk anak perempuannya yang turut menyaksikan kejadian itu.
"Sesuatu yang tidak kena dalam tubuh badan Peter, terutamanya pada bahagian dadanya. Malah pada abdomen perutnya ada kesan bengkak. Saya cadangkan kita bawa Peter ke hospital saya dan scan." Dia menyelak sweater kanak-kanak itu, memperlihatkan warna kebiruan pada bahagian abdomen. Urat kanak-kanak itu juga jelas kelihatan seperti timbul berkontra dengan kulit pucatnya.
John dan Cassandra terus setuju dengan cadangan Sylvea.
-Time skip-
John memandang tubuh anak bongsunya yang sedang menjalani pemeriksaan MRI dengan perasaan yang bercampur-baur. Teori adiknya tentang kerosakan organ dalaman yang kemungkinan dialami oleh anak bongsunya itu sangat mengganggu mindanya.
![](https://img.wattpad.com/cover/131251045-288-k380950.jpg)
YOU ARE READING
»Abolition« [ERROR#2]
Science FictionSequel kepada »ERROR« Daerah Kudat musnah, lenyap daripada muka peta dengan hanya sebiji bom. Tujuannya adalah untuk menghalang daripada wabak misteri terus merebak. Namun benarkah ia boleh dihalang? Wabak misteri akhirnya diberi nama, Ex16. Semua...