6|Escape

2.3K 320 11
                                    

Aku terkedu, memandang wajah perempuan di hadapan kami ini. Apabila pernafasannya semakin stabil, pistol kembali diacukan kepada kami.

"Get away from the door." Arahnya perlahan namun cukup tegas.

Aku meneliti pegangan tangannya pada pistol itu. Tidak bergetar, pegangannya cukup kejap seperti tiada ragu dan takut memegang senjata api itu.

"Mel, it's me. Kakak ni." Annie bersuara, juga perlahan dan bernada pujukan.

"I know. Just please get away from the door." Pistol diturunkan.

Aiman memberi signal kepada kami supaya menjauhi pintu. Kami akur, namun baru sahaja kami hendak bergerak, pintu dihentak dengan sesuatu yang kuat. Bagai hendak tercabut pintu itu. Nampaknya, mereka tekad untuk memecahkan pintu.

"What are you doing?" Soal Danish melihat Ana menghampiri tingkap kaca. Dia melihat ke bawah, kemudian mencapai pemadam api yang terletak di sudut makmal.

Tanpa menjawab soalan Danish, dia melemparkan pemadam api itu ke tingkap kaca memecahkan tingkap itu. Angin kuat menyerbu masuk sebaik sahaja tingkap kaca itu berderai.

Aizril dan aku menjenguk ke bawah, hanya melihat sebuah kolam besar terbentang. Ini hotel ke apa?

"Wait, you're not going to jump are you?" Aizril bersuara. Aku melihat Ana yang tidak mempamerkan sebarang ekspresi.

Tanpa aku sedar, aku turut serta menjerit bersama Annie apabila Ana melompat keluar. Kami berkerumun melihat ke bawah, Ana timbul di permukaan air dan berenang ke tangga kolam.

"That's really nuts!"

"I felt something wrong about this place. So I'm leaving as well." Aku terkejut mendekati kata-kata yang diucapkan oleh Esme. "Abang let's go."  She's look even matured now. Bersama anggukan, aku menjawab "let's go."

***
3rd POV

"Are you crazy?!"

Mereka melihat Peter, Esme dan Miqaila melompat keluar. Dengan ketinggian 5 tingkat, impak jatuh pasti menyakitkan. Itu yang ditakutkan oleh kelima-lima pelajar tingkatan 5 SMK Franxx itu. Aiman dan Annie mengikut langkah yang sama, meninggalkan mereka.

"Nak lompat ke tak?" Soal Reyna panik.

"Tak tahu!" Jawab berempat itu serentak.

"Blow this door open!" Mendengar arahan daripada sebalik pintu itu membuatkan Werdi bersuara "like it or not, mesti lompat jugak. These guys behind the door lagi nampak menakutkan."

"Well I agreed. I'd rather die jumping off than being tortured to death." Minda Danish membayangkan dirinya diseksa oleh sekumpulan pengawal beruniform Exivian Orders itu, hanya untuk mendapatkan maklumat mengenai perempuan misteri yang berani tahap dewa itu. Inilah akibatnya kalau selalu sangat tengok movie ni.

"Okay, lompat sama-sama. On count of one two thr--"

Bunyi pintu meletup, mengejutkan mereka sehingga terlompat sebelum sempat pun bersedia.

Jeritan kelima-lima pelajar itu bergema kuat sebelum tubuh mereka menyentuh permukaan air. Reyna yang tidak tahu berenang sedaya upaya ingin timbul ke permukaan. Saat oksigen terakhir terlepas daripada mulutnya, satu tangan menariknya naik.

Dia tercungap-cungap menarik nafas. "You owe me one. Aku nak McD Big Mac double cheese." Kata Aizril.

Mereka berenang ke tangga dan memanjatnya.

"We gotta hurry." Maklum Esme, dia memeriksa tubuh Miqaila sekiranya kanak-kanak itu tercedera atau apa.

Aiman, Annie dan Peter telah pun mengejar langkah Ana yang berlari ke arah parking bawah tanah bangunan itu.

"You've got to be kidding me?! I'm tired of running!" Rungut Reyna. Mereka bangun dan menurut langkah Esme yang turut berlari ke arah parking bawah tanah.

Ketika mereka berlari membelok ke area parking, enam orang pengawal yang lengkap bersenjata stunners telah pun sedia menanti.

"Angkat tangan dan letakkan pada belakang kepalanya kamu! Sesiapa bergerak kami akan tembak!" Arah salah seorang pengawal itu. Ketika dia hendak memberikan arahan seterusnya, Ana bertindak menumbuknya tepat di hidung seterusnya merampas stunners pengawal itu. Melihat peluang yang ada, Aiman dan Peter serentak menendang dua lagi pengawal. Ana menembak pengawal yang tumbang, memastikan mereka kekal tumbang. Ketiga-tiga pengawal itu mengelupur bersama arus elektrik putih yang jelas kelihatan, merenjat mereka.

Tiga pengawal lagi, mengacukan stunners mereka kepada Aiman, Peter dan Ana. Belum sempat mereka menekan picu, salah seorang di tengah-tengah antara mereka menghentak muka pengawal sebelah kanannya menggunakan belakang senjata stunnersnya. Pergerakan yang sama dan pantas diulang pada pengawal sebelah kirinya. Perbuatannya itu menghairankan semua.

Dia membuka helmet pengawalnya, mendedahkan wajahnya. "What the hell is happening Man?"

"Khai!" Jerit Annie dan Aiman serentak.

Melihat cahaya lampu suluh membuatkan mereka semua secara refleks bersembunyi pada sebuah van hitam.

"We seriously need to get out of here." Kata Aiman. Khairyl memandangkan dengan pandangan 'baik kau jelaskan lepas ni.'

Khairyl mengeluarkan kad ID nya dan meng'scan'nya pada scanner yang ada pada sebelah pembuka pintu pemandu van hitam itu.

"Why the heck need to use ID scan?" Getus Aizril.

"Exivan's property." Balas Khairyl pendek. Scanner itu menyalakan warna hijau, tanda penggunaan adalah disahkan. Khairyl membuka pintu van itu, mengarahkan mereka masuk.

Van hitam itu dilengkapi cermin tinted gelap yang membuatkan orang daripada luar tidak melihat apa-apa.

"Thanks Khai." Ucap Aiman.

"You better explain after this." Aiman membalas dengan anggukan.

Khairyl masuk ke tempat duduk pemandu dan mula menghidupkan enjin.

Van itu keluar daripada tempat parkingnya, dan berhenti beberapa meter jauh dengan bahagian pemeriksaan di hadapan gerbang keluar kawasan parking itu.

"Hang on tight!"

Minyak ditekan kuat, van itu terus meluncur laju, melanggar palang pemeriksaan seterusnya terlompat apabila melalui bonggol tinggi di pintu pagar keluar kawasan bangunan. Van itu berdrift sedikit, kemudian masuk ke jalan besar.

"Macam dalam movie pula." Ujar Danish sambil tertawa seronok membuatkan Izzara menampar belakang kepalanya.

»Abolition« [ERROR#2]Where stories live. Discover now