3|Skuad Baru

2.8K 342 22
                                    


"This is the cure."

Aku tergamam seketika. Mataku memandang tepat ke arah botol kecil yang dipegang oleh Aiman itu. Cecair pekat di dalam botol kecil itu tinggal separuh.

"S-Seriously? Itu ke penawar wabak EX16?" Aku masih tidak percaya.

Aku melihat Esme turut tergamam, matanya memandang silih ganti antara Aiman dan botol kecil itu.

"It is. Awak dah nampak kan kesannya." Aiman menyimpan botol kecil itu ke dalam poket kecil blazernya.

Sebaik sahaja dia membuka mulut untuk mengatakan sesuatu, telefon bimbit miliknya berbunyi. Dia merenung seketika nombor yang tidak dikenali itu. Akhirnya, ikon gagang telefon berwarna hijau dinaikkan ke atas, menjawab panggilan itu.

"Ya, Aiman's here." Dia jeda.

Aku tertanya-tanya apakah yang sedang mereka bualkan. Aiman memasang wajah serius. Aku yakin ini pasti berkaitan dengan wabak EX16.

"Berikan dia sedatif. It will calm her for awhile, until my sister come don't leave her room. She will take over. Ya, ya terima kasih." Panggilan diputuskan.

"Siapa tu?" Soalan itu keluar daripada mulut Esme. Aku juga ingin tahu.

"Pembantu saya. My patient went out of control. Masa saya tak ada juga lah dia nak hilang kawalan." Ayat terakhirnya bernada keluhan.

Kesunyian menguasai suasana seketika sehingga kanak-kanak perempuan yang dijangkiti sebentar tadi merengek.

Esme mengusap kepalanya. "Hai, awak masih lagi rasa sakit?" Kanak-kanak itu menggeleng-geleng.

Aku merangkak menghampiri mereka. Senyuman aku berikan kepadanya apabila dia menoleh ke arahku. "Hai, saya Peter. Awak?"

"Miqaila," suaranya hampir tidak kedengaran.

"Cantik nama," pujiku. Sememangnya benar.

"Ni, kak Emilia Esme dan ni abang Aiman." Miqaila mengangguk.

Tiba-tiba kedengaran bunyi berlari dan jeritan di koridor luar.

"Kat sana tu! Bilik tu! Cepat!"

Aku dan Aiman berpandangan. Dia menyelongkar sebuah kotak berhampiran dengannya, menjumpai dua batang kayu besbol. Satu dihulurkan kepadaku.

Kami menanti di dinding sebelah pintu. Tombol pintu dipulas kasar daripada luar.

"Berkunci! Shit!" Sumpah seranah beberapa individu di luar bilik jelas kedengaran.

Aiman memandangku, meminta aku bersedia. Aku mengangguk, walaupun sebenarnya tidak yakin. Tangan Aiman mencapai tombol pintu lalu memulas dan buka pintu itu pantas.

Dua orang lelaki terdorong masuk ke dalam lalu tersemban ke lantai. Terdapat seorang lagi lelaki dan dua orang perempuan di luar, menjerit terkejut.

"Get in!" Arah Aiman setelah meneliti tiga-tiga mereka. Mereka patuh tanpa banyak soal. Aiman segera menutup pintu dan menguncinya.

"Sakit siot!" Salah seorang lelaki yang jatuh tersemban itu mengaduh. Perlahan-lahan dia bangkit, diikuti rakannya seorang lagi itu.

"Survivors," bisikku perlahan. "Kau orang daripada mana?" Soalan Aiman diajukan kepada kelima-lima mereka.

"Kami daripada bangunan blok C kat sebelah tu." Jawab lelaki yang mengaduh tadi.

"Anyway aku Aizril. Dia orang semua ni aku tak kenalpun. Aku terserempak dengan dia orang masa nak lari ke sini." Tambah lelaki itu lagi, sekaligus menyatakan namanya.

»Abolition« [ERROR#2]Where stories live. Discover now