4|Exivian Order Corp

2.4K 327 9
                                    

"Ana Ermel answer me!"

Nama itu kembali bergema di telingaku. Aku tidak salah dengar bukan? Ana. Pemanggil itu memang Ana Ermel bukan?

Aku menoleh ke arah Esme yang turut tergamam. Terdapat air mata yang bertakung pada tubir matanya. Pandangan kami bertemu. She's alive. Itu maksud pandangan Esme.

Yeah, she's alive. All this time.

"Kau orang! Tengok tu!" Aizril menunjuk ke arah bawah, pada tapak lapangan kapal terbang. Kami segera menghampiri Aizril.

Infected, tidak terkira ramainya berkumpul dan mengkerumi sebuah kapal terbang milik UK.

"Masih ada non-Infected kot kat dalam tu?" Komen Reyna.

"Still, kita tak dapat selamatkan mereka." Balas Danish.

Aku mengangguk setuju. Tiada apa yang kami boleh buat selain melihat.

"I hate being helpless." Suara perlahan Esme itu tetap masih boleh kami dengari. Danish dan Aizril mengeluh perlahan serentak.

"Me either. I hate myself being weak." Aku menambah.

Kami diam seketika. Aku terlupa serta-merta akan pemanggil bernama Ana Ermel itu. Aiman kembali bersama wajah yang jelas serabut.

"Abang pergi mana?" Soal Reyna.

"Cari signal." Jawab Aiman pendek seraya mengambil tempat duduk bersandarkan tembok penghadang.

Aku menghampirinya lalu turut serta mengambil tempat duduk di sebelahnya.

"So how?"

"The phone got turned off." Aku diam.

Setelah beberapa minit, kami dikejutkan dengan bunyi satu letupan berhampiran pintu utama lapangan terbang. Gegaran terasa membuatkan Miqaila terjerit kecil dan memeluk Esme.

"What the heck?!" Kami berlari until melihat apa yang telah berlaku.

Beberapa orang askar berpakaian uniform hitam-putih lengkap bersenjata bergerak masuk ke bangunan. Pada tempat letak kereta yang berhadapan dengan pintu utama, beberapa kereta askar dan tiga helikopter menanti bersama pasukan medic.

"Kami kat sini--" Belum sempat Izzara menghabiskan ayatnya, Aiman menekup mulutnya.

"Get down everyone!" Arahnya tegas. Kami menurut.

"Apa ni?! Polis dah sampai la!" Izzara menjeling marah.

"Tu bukan polis." Jelas Aizril. Mereka kelihatan bingung. Baru sahaja Izzara ingin menjenguk, beberapa das peluru ditembak ke arah kami. Kami kembali bersembunyi di sebalik tembok penghadang.

"What the fish! Mereka nak bunuh kita ke?!" Danish yang paling hampir dengan Izzara menarik gadis itu supaya tunduk.

"That's literally not police!" Jerit Izzara, panik bercampur terkejut. Aizril memandangnya, "told ya."

Aku seperti pernah melihat uniform mereka sebelum ini. Esme menarik lenganku agar aku dekat dengannya. "Mereka pakai uniform yang sama dengan askar yang kawal sempadan Kudat-Kota Marudu lima tahun lalu." Bisiknya.

Aku terkejut. Betul juga. Patutlah seperti pernah melihat uniform itu. "What are they doing here?" Soalku juga dalam nada berbisik.

"How can I know?" Balas Esme.

Tiada lagi tembakan yang ditujukan pada kami, namun Aiman mencadangkan agar kami terus bersembunyi.

"Siapa sebenarnya mereka tu?" Soal Danish.

"Exivian Order Corporation. Satu syarikat militari yang bergerak di bawah bantuan dan pengawasan PBB." Terang Aiman. Dia mengeluarkan telefonnya, menunjukkan logo syarikat itu.

"Wait don't tell me you're working with them."

Aiman mengangguk membuatkan aku dan Esme bungkam. Biar betul!

"Basically yeah. Saya sebenarnya doktor penyelidik kat U saja, but suddenly saya dipindahkan di bawah syarikat mereka untuk membantu mencari penawar bagi wabak Ex16 ni."

Penjelasannya terhenti apabila satu lagi bunyi letupan kedengaran di sertakan dengan gegaran kuat. Bunyi helikopter diterbangkan juga kedengaran.

"We're going to die." Kata Reyna. Dia berpelukan sesama Izzara. Danish, Werdi dan Aizril menutup mata mereka. Esme pula menguatkan pelukannya pada Miqaila, juga menutup matanya. Kami menanti helikopter itu muncul dan menembak ke arah kami.

"Dr Aiman! Attention for Dr Aiman. Are you there?" Suara seorang wanita bergema.

"Annie?" Aiman bangun daripada tempat persembunyiannya.

Dia melambai ke arah seorang wanita yang hampir serupa dengannya. Helikopter itu melakukan pendaratan pada sebuah tapak pendaratan kecemasan kosong di atas bumbung ini. Wanita yang hampir serupa dengan Aiman itu keluar daripada perut helikopter berlari ke arah Aiman dan memeluknya.

"Thank God you're safe! I thought I'm going to die worrying for you."

Kami hanya melihat babak itu tanpa apa-apa suara dengan andaian kami masing-masing. Bagiku, wanita ini mungkin saudara Aiman.

"She's my sister, twin sister. Name is Annie." Jelas Aiman setelah menyedari pandangan kami terhadapnya.

Annie meleraikan pelukannya kemudian tersenyum ke arah kami. Perhatian kami teralih apabila sebuah lagi helikopter terbang, namun tidak ke arah kami sebaliknya semakin menjauhi KKIA.

"We need to go and this kids need medical checkup immediately." Aiman bersetuju. Dia mengarahkan kami untuk segera masuk ke dalam helikopter.

"Suddenly saya excited la. Ni first time saya naik helikopter." Izzara berkata dengan penuh teruja.

Danish menjulingkan matanya ke atas. "Sakai." Katanya. Aku tidak faham namun aku menganggapnya sebagai satu dialek kaum.

Helikopter yang kami naiki terbang meninggalkan bangunan KKIA.

Kami terselamat. Namun benarkah?

»Abolition« [ERROR#2]Where stories live. Discover now