Aku cuba untuk bergerak namun tali pinggang keledar yang masih terikat pada tubuhku menghalangku daripada berbuat demikian. Aku menyentak beberapa kali tali pinggang tersebut barulah kekunci tali pinggang tersebut terbuka. Sebaik sahaja tali pinggang tersebut terlepas, aku cepat-cepat keluar daripada kereta tersebut.
Aku ke bahagian pemandu, daripada tingkap pemandu yang pecah tersebut kelihatan Aiman tidak sedarkan diri berserta luka pada dahinya. Darah merah pekat mengalir turun daripada luka tersebut.
"Aiman! Wake up!" Dia sedar setelah beberapa cubaan.
"What happened?" Soalnya dengan suara serak. Dia berusaha keluar daripada tempat duduk pemandu dengan bantuanku.
Aku ingin menjawab soalannya namun jeritan daripada jauh menandakan terdapat infected berhampiran.
"We need to get out of here."
Kami berpecah, saling menyedarkan mereka. Aku berjaya membawa keluar Danish, Aizril dan Kris yang ketika itu sudah separuh sedar.
"Wake up Esme. We need to get out." Aku membantu Esme membuka tali pinggang keledarnya. Saat aku membawanya keluar, aku ternampak tangki minyak kereta bocor dan minyak mengalir keluar. Hanya sedikit percikan api, pasti kereta ini meletup.
Setelah berjaya mengumpulkan semua orang, beberapa infected muncul dan menyerang kami. Aku berusaha sebaik mungkin untuk tidak bersentuhan kulit dengan infected-infected tersebut walaupun Aiman telah meyakinkan bahawa virus tersebut bukan melalui sentuhan. I can't help but to be very careful. Aku tidak boleh berakhir di sini. Masih terdapat perkara yang aku perlu bongkar. Perkara yang aku tahu tidak mungkin kekal rahsia.
Aku menendang satu infected yang ingin menyerang Esme daripada belakang saat dia sedang mempertahankan diri daripada satu infected wanita.
"You okay?" Soalku.
"It's me who should ask you about that. Are you alright? Is your head okay?" Aku mengangguk dan menunjuk simbol thumbs up. Aku berusaha mengukir senyuman yang tidak kelihatan terlalu paksa. Semakin ramai kelompok infected menuju ke arah kami. Semestinya jumlah mereka mengalahkan jumlah.
Selepas berjaya menumbangkan dua infected yang mungkin seusiaku, aku menarik keluar beg sandangku daripada tempat dudukku. Bekalan adalah item yang sangat penting untuk survive di kala ini.
Perhatian kami semua teralih kepada Reyna yang terjerit namun kelihatan dia gembira. Danish di sebelahnya turut tersenyum. Budak-budak ni dah kenapa?
Kemudian pandanganku teralih kepada pemetik api di tangannya. Dia menunggu kelompok terbesar infected mendekati kereta. Di saat itu, aku tahu apa yang ingin dilakukannya.
"Semua jauhkan diri daripada kereta!" Jeritku sambil menolak Esme untuk bergerak ke belakang.
Dengan sehelai kain kalis api di tangannya yang satu lagi, Danish melontarkan pemetik api tidak jauh daripada tangki gas yang sedang bocor.
Tidak sampai beberapa detik, satu letupan besar menggegarkan kawasan. Aku dan Kris yang paling hampir terhumban ke belakang kerana impak yang kuat.
Udara seperti tersedut keluar dengan pantas daripada paru-paruku membuatkan aku tercungap-cungap. Habuk dan serpihan-serpihan batu-batu kecil berterbangan di udara.
Pandanganku kabur, telingaku berdesing kuat sehingga aku cuba bangun beberapa kali namun gagal. Ketidakseimbangan badanku akan membunuhku kelak. Aku cuba untuk bangkit sekali lagi tetapi kali ini sepasang tangan membantuku. Kelihatan Werdi memegang lengan dan bahuku kemudian mengheretku beberapa meter sebelum Aiman dan Sarjan Khairyl datang membantu.
Kami berlari ke dalam sebuah bangunan. Izzara menanti di hadapan pintu, bersedia untuk menutupnya setelah kami masuk. Di belakang kami, terdapat Reyna dan Danish yang turut berlari. Terdapat beberapa luka dan torehan kecil pada muka dan lengan mereka.
Sebaik sahaja tubuh kami melepasi pintu, Izzara menutupnya berserta kunci besar pada belakang pintu. Esme menolak sebuah meja besi untuk menghalang pintu tersebut.
"Parents kau orang tak pernah bagitahu untuk tak main dengan api ke hah?!" Soal Izzara geram. Reyna dan Danish hanya tersenyum. Aku sedar, suasana bangunan ini kelam kerana hanya terdapat tingkap kecil pada penjuru atas dinding. Kami semua duduk di setiap sudut, menyandarkan diri pada dinding, kelelahan dan kemungkinan berfikir bilakah semua ini akan berakhir.
Esme memeriksa beg sandangnya, kemudian mengeluarkan telefon miliknya. Dia mendail nombor seseorang tetapi operator yang pantas menjawab. Dia mencuba beberapa kali tapi hal yang sama berlaku. Aku mengambil telefon di tangannya sambil menggeleng-gelengkan kepalaku. Aku tahu dia amat risau tentang ibunya malah semua orang di sini risau akan keluarga mereka namun apakan daya. Kita tidak mampu menyelamatkan semua orang dalam keadaan yang huru-hara ini. Dia memandangku dengan mata berair.
"They'll be fine." Ucapku sambil menariknya ke dalam pelukanku. Masa seperti bergerak terlalu pantas untuk melihatnya sudah dewasa seperti kini. Aku terasa seperti baru kelmarin aku menariknya untuk menyelamatkan diri daripada menjadi sebahagian sejarah tragedi Daerah Kudat dan kini gadis yang dulu berusia 12 tahun itu telah membesar menjadi remaja yang lebih kuat dengan pengalaman yang membuatkannya kental daripada remaja lain.
Kami dikejutkan dengan suara Aiman dan Sarjan Khairyl bertengkar. Aku mengisyaratkan mereka yang lain daripada kekal di tempat mereka manakala aku dan Kris menghampiri kedua lelaki itu yang berada di bilik sebelah.
"Don't be stupid Aiman! Grow up and think with your head! Kau fikir kau boleh survive kalau kau nak pergi sekarang? Kau tak ada otak ke?!" Tengking Sarjan Khairyl. Aiman meluru ke arahnya lalu mencekak kolar uniform sarjan itu. Aku pantas berusaha meleraikan mereka.
"Chill down guys. Bergaduh takkan selesaikan masalah kita."
"They're my sisters Khai! Apa lagi aku boleh buat kalau tak selamatkan mereka!" Balas Aiman dengan suara yang tinggi seoktaf. Kini aku sedar, Ana, Annie dan si kecil Miqaila tidak ada dengan kami. Hanya dua perkara yang kemungkinan berlaku kepada mereka. Pertama, Exivian Order dah tangkap mereka atau kedua, Infected dah... Aku menolak kemungkinan kedua.
"Even they're your sisters, so kau nak tunjuk hero nak pergi selamatkan diaorang sekarang. Kau ada otak ke tak?!"
"Khai, please just watch bahasa kau boleh tak?" Tegur Kris. Sarjan Khairyl mendengus.
Aku menarik nafas kemudian menghembusnya dalam satu keluhan. "So what will we do? Kita tak boleh je pergi membuta selamatkan mereka and leave the others to survive on their own. Mereka kat luar tu budak lagi, mereka takkan selamat tanpa kita. Nak tak nak, kita kena drag dia orang into this again but we need a better plan. Bukan macam plan tak menjadi kita sebelum ni. We need proper discussion and maklumat plan yang terperinci sebab tempat kita nak masuk ni ialah tempat yang paling menginginkan kita so better start thinking." Aku umpama mengucapkannya dalam satu nafas sahaja.
Mereka memandangku seketika kemudian mengangguk. Plan B here we go!
YOU ARE READING
»Abolition« [ERROR#2]
Science FictionSequel kepada »ERROR« Daerah Kudat musnah, lenyap daripada muka peta dengan hanya sebiji bom. Tujuannya adalah untuk menghalang daripada wabak misteri terus merebak. Namun benarkah ia boleh dihalang? Wabak misteri akhirnya diberi nama, Ex16. Semua...