Aku menghembuskan keluhan dengan perlahan. Pandanganku beralih daripada cermin tinted gelap kereta MPV berlogokan Exivian Order pilihan Sarjan Khairyl kepada telefon pintar milikku. Aku menghantar pesanan kepada setiap kenalanku, memohon agar mereka kekal selamat. Ada yang dapat membacanya dan ada juga yang tidak dibaca apatah lagi diterima langsung, antaranya ibuku.
Aku tetap risau namun aku tahu tiada apa yang dapat aku lakukan di saat ini. Aku hanya mampu mendoakan keselamatan ibuku dan berharap agar tiada apa yang buruk berlaku padanya.
Aku memandang kepada semua yang berada di dalam kereta MPV ini. Kris duduk di bahagian pemandu dan memandu dengan agak perlahan namun tetap sangat fokus. Sarjan Khairyl duduk disebelah Kris sambil memerhatikan keadaan di luar kereta. Pelajar-pelajar daripada SMK Franxx duduk di tempat duduk tengah dan belakang. Ekspresi mereka ketara menggambarkan mereka takut dan khuatir akan kesudahan yang berlaku selepas misi ini namun mereka tetap ingin melibatkan diri kerana tiada lagi tempat yang selamat buat mereka. Aiman duduk disampingku sambil membaca peta dan memeriksa kembali setiap jalan keluar dan pergerakan misi nanti. Dia tekad untuk memastikan misi kali ini tidak mengorbankan nyawa sesiapa mahupun menyebabkan sesiapa pun antara kami dalam bahaya walaupun hakikatnya kami tidak pernah lepas daripada bahaya sejak wabak tersebar.
Segala yang berlaku membuatkan aku tertanya apa sebenarnya motif Exivian Order. Ana telah berada di tangan mereka selama 5 tahun. Tempoh 5 tahun sepatutnya cukup untuk menghasilkan penawar wabak memandang darah Ana lah merupakan penawar tersebut. Aku juga tahu yang beberapa tahun yang lalu sebelum wabak menyerang, mereka pernah membangunkan satu teknologi biogenetik iaitu untuk menghasilkan duplikasi genetik manusia termasuk darah. Dengan teknologi tersebut, aku yakin kerja-kerja menghasilkan penawar daripada darah Ana pasti mudah dan pantas namun tiada apa lagi sehingga sekarang.
Perdebatan dalam mindaku serta merta terhenti apabila kereta dibrek secara mengejut. Cemas jelas terpancar di wajah semua orang. Beberapa ratus meter di hadapan kami terdapat beberapa checkpoint dengan sekumpulan pengawal Exivian Orders yang lengkap bersenjata berat. Aku dan Aiman saling berpandangan. Kami mengangguk sambil memberikan signal anggukan juga kepada Kris dan Sarjan Khairyl. Kami memasang penutup kepala yang sama seperti yang dipakai oleh pengawal keselamatan Exivian Order malah uniform yang kami pakai juga sama.
Ya itulah plan kami. Kami akan menyusup masuk ke dalam bangunan Exivian Order dengan menyamar sebagai pengawal Exivian Order. Semua ini berkat idea pelajar-pelajar SMK Franxx itu. Ternyata menonton terlalu banyak movie ni pun boleh membantu dalam masa-masa begini. Sarjan Khairyl bertugas dalam menyediakan uniform serta senjata, aku dan Aiman menyediakan perincian plan manakala Kris membantu untuk melepasi pintu-pintu automatik di dalam bangunan Exivian Order memandangkan dia merupakan salah seorang pegawai unit teknologi. Tugasnya adalah untuk mengawalselia semua teknologi yang diciptakan dan digunakan oleh Exivian Order. Pendek kata, dia mempunyai akses ke setiap pelosok bangunan Exivian Order. Lucky lagi, Exivian Order juga belum tahu dia telah berpaling tadah daripada mereka.
Kami bergerak keluar daripada kereta, memposisikan diri masing-masing iaitu mengelilingi pelajar-pelajar SMK Franxx itu kononnya mereka adalah tahanan kami. Manakala Kris dan Aiman bergerak dahulu ke checkpoint. Mereka santai melepasi ruang pemeriksaan tubuh, dengan beberapa pengawal mengangkat tabik kepada Kris. Setelah mereka masuk ke pintu utama bangunan, Aiman memberikan signal untuk kami menyusul. Kami bergerak menuju ke arah checkpoint, tanganku menggenggam handle auto-electric gun. Sarjan Khairyl telah beberapa kali menyuruhku bertenang namun aku tetap bimbang.
Tiba di checkpoint, kami dihalang oleh seorang pengawal.
"Kami berjaya tangkap 4 orang sasaran saat mereka cuba masuk ke pusat pemindahan A." Ucap Sarjan Khairyl dengan nada yang tegas. Dia menunjuk ke arah pelajar-pelajar SMK Franxx di antara kami. Aku menolak Danish ke hadapan dengan muncung senjataku. Dia mendengus kasar dan menjeling marah. Wow, pandai budak ni berlakon.
Pengawal itu meneliti setiap daripada mereka sebelum mengangguk.
"Proceed to 24th floor." Ucap pengawal itu, memberi jalan untuk kami bergerak masuk ke dalam bangunan.
Setelah kami melalui pintu gerbang utama bangunan itu, lobi besar yang dipenuhi dengan staf-staf Exivian Order menjengah pandangan kami. Beberapa penyelidik yang lengkap berkot makmal sibuk berbincang antara satu sama lain dalam beberapa kumpulan. Staf-staf yang memakai baju uniform sibuk dengan kerja masing-masing. Hanya beberapa pengawal yang hadir di ruang lobi itu, berkawal di beberapa sudut termasuk di kaunter utama lobi.
Kami bergerak menuju ke arah lif ketiga di sudut ruang lobi itu. Lif itu cukup besar untuk memuatkan kami semua malah masih mempunyai ruang yang cukup untuk 2 orang. Saat pintu lif itu hamper tertutup, seorang wanita berbaju pakaian bedah dan berpenutup mulut menahannya. Dia meloloskan diri masuk lalu berdiri membelakangi kami. Saat wanita itu membuka penutup mulutnya, aku terasa nafasku terhenti seketika. Wanita itu menyambut telefonnya yang sedang berdering.
"I'm on my way. Just continue the process." Wanita itu menjawab sambil mendengus marah.
Lif berhenti di tingkat 10 kemudian wanita itu keluar dengan tergesa-gesa tanpa menoleh ke arah kami.
Aku tersentak ketika Sarjan Khairyl menepuk bahuku. "Are you okay Peter?" Soalnya disertai pandangan bimbang.
"Yeah, I-I'm alright." Balasku seraya menarik nafas perlahan.
Mindaku kusut dengan pelbagai persoalan. Antaranya ialah mengapa ibuku disini?
YOU ARE READING
»Abolition« [ERROR#2]
Science FictionSequel kepada »ERROR« Daerah Kudat musnah, lenyap daripada muka peta dengan hanya sebiji bom. Tujuannya adalah untuk menghalang daripada wabak misteri terus merebak. Namun benarkah ia boleh dihalang? Wabak misteri akhirnya diberi nama, Ex16. Semua...