8|Merebak

2K 295 7
                                    

Ini semua mimpi... Hanya mimpi... Aku akan bangun dan semuanya akan kembali kepada asal... Aku hanya perlu bangun...

Pipiku terasa pijar. Panas dan pedih. Pandanganku agak kabur, lama sebelum penglihatanku kembali jelas. Izzara, Esme dan Aizril memandangku dengan penuh risau, terutamanya Esme.

"W-what happened?" Soalku, tanpa sedar aku menggunakan pelat Britishku. Izzara dan Aizril mengeluh lega manakala Esme terus memelukku dan menangis.

"You've got knocked out." Jawab Aizril. Aku menjadi bingung seketika. Bila?

"Me? Knocked out? How? I mean when?" Esme melepaskan pelukannya dan memandangku hairan.

"Kita kena serang semasa kita nak turun daripada pentas utama kat karnival tu. Seorang Infected serang abang until you fell off the stage. I want to save you but at that time we got attacked too. I'm so sorry." Penjelasan Esme sedikit banyak membongkar memoriku tentang apa yang telah berlaku. Ya, aku diserang. Infected itu merupakan seorang lelaki tinggi dan agak kurus berbandingku namun agresif. Dia cuba melompat ke arahku namun aku sempat mengelak kemudian menendangnya. Namun tanpa aku sedar, satu lagi Infected menarik kakiku sehingga aku terjatuh daripada pentas seterusnya black-out.

"Then how did I get here?" Aku perasan kami kini berada seperti di sebuah pejabat. Terdapat sebuah meja kerja yang tersusun kemas, 3 buah rak buku yang dipenuhi fail serta buku-buku tebal.

"Adik Abang Aiman selamatkan awak."

Jawapan Izzara menyentap aku dan Esme. Ternyata dia juga tidak tahu. Ana? Ana Ermel saved me?

"For serious? Adik Aiman? Are you sure?" Soalku inginkan kepastian.

"Yeah, I'm very sure. Perempuan yang rambut lepas paras bahu tu, agak serupa sikit dengan Abang Aiman dan Kak Annie. Kita jumpa dia kat makmal tu. Yang ugut nak tembak kita orang." Jelas Izzara panjang lebar.

"Alah yang abang tenung bagai nak tembus kat karnival tu." Tambahan daripada Aizril membuatkan aku menjeling refleks. Tak pandai jaga mulut budak ni.

"Oh." Hanya itu yang mampu aku balas. Memang itu Ana. Confirmed.

"Kita orang memang dah lama tunggu kat kereta. Werdi dan Danial siap jaga kat pagar. Lepas perempuan yang selamatkan abang tu heret abang kat kita orang, dia patah balik masuk ke area pentas. Berani mati betul. Abang Aiman siap jerit panggil dia tapi dia buat tak dengar je." Bersungguh-sungguh gadis seorang ni bercerita.

"Then?" Esme menyoal. Dia begitu fokus mendengar cerita Izzara.

"Apalagi Abang Aiman pergi kejar dia la. Tapi dia orang dah balik dah. Nampak rilek je."

Aku melihat susuk tubuh Aiman yang berjalan menghampiri kami. Izzara serta merta mengunci mulutnya. Tahu jaga mulut juga dia.

"Feeling okey?" Soalnya. Aku mengangguk. Sepi menguasai suasana untuk beberapa minit selepas itu. Masing-masing saling kelihatan bingung.

Aizril bersuara, dalam nada sedikit awkward, "let's watch TV. Bosan eh." Dia mencapai alat kawalan dan menekan punat on. Televisyen LED 42' yg dipasang pada dinding memaparkan berita harian channel Astro Awani. Saat itu juga pembaca berita wanita sedang membacakan berita tentang sesuatu yang sangat menarik perhatian kami.

“Laporan terbaru, hari ini pukul 12.30 tengah hari dilaporkan satu kejadian keganasan berlaku di Festival K.K yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah. Pihak polis Kota Kinabalu mendapat laporan daripada ramai pengunjung festival negeri Sabah tersebut bahawa beberapa individu bertindak ganas dengan menyerang orang ramai. Pihak berkuasa menyifatkan hal ini umpama fenomena luar biasa apabila bilangan yang bertindak ganas semakin ramai. Sekia--" Pembaca berita itu mendapat berita baharu apabila beliau terdiam seketika. Wajah beliau sedikit cemas namun segera dikawal.

"Berita terkini. Berhubung dengan kejadian ganas yang berlaku di Kota Kinabalu, para saintis negara melaporkan bahawa tindakan luar kawalan tersebut adalah disebabkan satu virus wabak." Satu video dipaparkan. Kawasan di sekeliling festival dipenuhi orang ramai yang berlari tidak tentu arah. Jerit pekik menambahkan lagi suasana huru-hara.

Seketika kemudian kami terdengar siren amaran. Bunyi amaran nyaring itu cukup membuatkan bulu romaku merinding.

Wabak Ex16 telah merebak.

Tragedi daerah Kudat mungkin akan berulang kembali.

























Hi and hello! First sy nak minta maaf sangat² sebab lama tak update.. Minta maaf jga sbb tak bagitau sy hiatus.. Budak busy exam memang mcm nii.. sorryyy sgt.. please do keep support me.. only three papers left in two weeks then I'm back! Thxx

Xoxo,
Arlay

»Abolition« [ERROR#2]Where stories live. Discover now