11|Apa yang sepatutnya berlaku?

1.9K 276 17
                                    

Gelap. Duniaku terasa asing. Suasana ini sentiasa menghantuiku. Pelbagai emosi yang selalu aku rasa apabila aku tiba di dunia asing milikku ini. Kali ini suasana berubah, selalunya aku berada di dalam sebuah bilik yang tidak bertingkap namun kali ini aku berada di sebuah lorong gelap dengan hanya beberapa lampu malap.

Aku tahu aku mungkin sedang tidak sedarkan diri, kerana itu aku disini tetapi suasana ini bukan seperti yang selalu aku lihat. Aku sendiri tidak tahu sama ada aku sedar ataupun tidak. Namun, sesekali aku terasa seseorang sedang memerhatikanku.

Aku memaksa diriku bangkit. Tidak tahu hendak ke mana, aku hanya berdiri di tempatku. Tiba-tiba aku terasa seperti ada seseorang sedang berdiri di belakangku. Aku menoleh dengan pantas, berharap agar aku dapat menangkap wajahnya namun tiada sesiapa.

Saat aku menoleh ke hadapan aku perasan seseorang berdiri di sebelah kananku. Aku menahan nafas, cuba menghilangkan rasa takutku. Keadaan sekeliling terasa semakin sejuk sehingga aku menggigil tanpa sedar.

Aku mengumpulkan kekuatan untuk menoleh ke kanan. Susuk tubuh seorang gadis, mungkin seusia dengan Esme, sedang berdiri hanya beberapa jengkal daripadaku. Kepalanya ditundukkan manakala rambut panjang hingga paras pinggang menutup wajahnya. Gadis itu memakai pakaian seragam sekolah pinafore yang agak kusut.

Aku tersentak dan terundur beberapa langkah apabila gadis itu tiba-tiba rebah dan menggelepur di lantai. Aku yang tahu apa yang akan berlaku seterusnya, terus membuka langkah. Jerit pekik gadis itu bergema di lorong gelap itu.

Aku tidak berhenti berlari sehingga aku menemui jalan keluar daripada lorong ini. Setelah beberapa minit aku ternampak cahaya di penghujung lorong.

Aku hanya beberapa meter daripada pintu keluar lorong itu semasa gadis itu tiba-tiba melompat ke belakangku membuatkan kami berdua tergolek.

Aku tidak berupaya menahan serangan gadis itu. Dia terus menyambar leherku dan menggigitnya. Jeritanku bergema manakala pandanganku kabur.

Darah merecik di merata tempat. Kepalaku terasa amat sakit. Kesakitan itu umpama menyengat jauh ke dalam otakku. Tubuhku menggeletar teruk. Aku dapat membayangkan diriku seperti terkena serangan sawan epilepsi. Aku menjerit lagi, seluruh badanku terasa sakit. Aku menutup mataku dan menggigit bawah bibirku sehingga aku terasa cecair panas mengalir. Tanganku terangkat, cuba menutup kesan gigitan pada leherku yang basah dengan darahku sendiri. Bau hanyir darah memenuhi rongga hidungku. Satu desingan membuatkan otakku sekali kesakitan. Aku melihat seseorang menarik gadis itu daripadaku. Aku tidak dapat mengenalpasti siapa individu tersebut namun aku tetap berusaha meminta tolong.

Dia mengangkat tangannya yang memegang sesuatu dan dihayunkan ke kepalaku berulang kali.




































































Pandanganku gelap.
























































































Aku membuka mataku. Aku berada di kereta yang terbalik seperti baru sahaja dilanggar. Tali pinggang masih terpasang pada tubuhku. Beberapa wajah yang aku kenali tidak sedarkan diri. Esme di sebelahku turut tidak sedarkan diri. Apa yang sepatutnya berlaku?

»Abolition« [ERROR#2]Where stories live. Discover now