Aku terkaku. Pandanganku tidak lepas pada kekecohan yang berlaku di bawah ruang kawasan menunggu. Memori 5 tahun lalu kembali menjengah mindaku. Aku kembali ke alam nyata apabila Esme menarik tangan kananku.
"We need to get out from here!" Ibuku dan Puan Kay bersetuju dengannya.
Kami berlari bergerak keluar daripada ruangan menunggu VIP itu. Keadaan kacau-bilau merebak ke kawasan tingkat 1.
Seorang pengawal keselamatan berdiri melambai tangannya kearah kami dan beberapa orang turut berlari ke arah lif.
Beberapa meter sebelum kami melepasi pintu lif, Esme tiba-tiba berhenti dan berpatah balik ke belakang.
"Emilia!" Puan Kay menjerit. Pengawal keselamatan menghalang beliau daripada keluar.
Aku melihat Esme laju melangkah menuruni tangga menuju ke kawasan rehat tingkat 1. Saat itu aku melihat seorang kanak-kanak perempuan berselindung di bawah sebuah kerusi panjang, aku akhirnya faham tindakan Esme.
Pandanganku berganti pada ibuku yang memandangku dengan riak risau. Beliau menggeleng-geleng perlahan apabila menyedari maksud pandanganku.
"I'll be right back." Aku berpaling Dan mengejar langkah Esme.
Sebaik sahaja dia tiba, dia menarik kanak-kanak itu ke dalam pelukannya. Apabila satu Infected lelaki berpakaian uniform pramugara AirAsia cuba menyerang mereka, langkah aku hayun kemudian melakukan sidekick ke arah Infected itu. Ia terhumban jauh, dan peluang itu aku ambil untuk menarik Esme serta kanak-kanak itu lari.
Kami menuju ke arah kawasan lif blok 1. Hanya satu lif sahaja yang terbuka dan hampir sarat namun masih ada ruang untuk kami bertiga. Aku menoleh ke belakang, melihat 2, tidak 3 Infected mengejar kami dengan wajah penuh Luka. Pandanganku kembali ke hadapan. Kami pasti sempat!
Namun riak teramat takut pada wajah wanita yang berdiri di hadapan kumpulan yang berada dalam lif itu menyatakan sebaliknya. Tangannya mencapai punat tutup lif.
"No! Wait!" Aku yakin dia dengar akan jeritanku namun pintu lif tetap tertutup.
Kami brek mengejut, hampir-hampir melanggar pintu lif. Aku menarik Esme membelok ke arah kawasan lain. Ketika kami menghampiri bilik rehat staf, sepasang tangan menarik tubuhku ke dalam. Esme juga hampir terjerit kerana turut tertarik sama.
Seorang lelaki dalam lingkungan umur 28 ke 30 tahun, meletakkan jari telunjuk kanannya pada bibirnya. Aku dan Esme mengangguk serentak. Esme menutup mulut kanak-kanak perempuan itu.
Kedengaran siri jeritan bergema di koridor luar bilik rehat tersebut. Setelah beberapa minit jeritan itu tidak kedengaran lagi. Lelaki penyelamat kami itu, membuka sedikit pintu dan menjengah ke luar. Dia kembali menutup pintu dan menyandar padanya bersama keluhan lega.
"Clear," maklumnya dalam suara berbisik.
"Thank you," ucapku. Dia hanya mengangguk.
Aku meneliti pakaiannya buat seketika. Kemeja biru tua, bersama blazer hitam dan seluar jeans gelap. Aku pasti dia bukan staf disini.
"You work here?" Soalku, inginkan kepastian.
Dia menggeleng-geleng, "no. I was waiting for my sister when I got informed that her flight was cancelled due to her condition getting worse."
Esme tiba-tiba menyampuk, "is she sick?" Menyedari perbuatannya itu, dia segera memohon maaf.
"Yes, she is. I'm Aiman by the way. Aiman Ezany Rizal."
Oh local rupanya.
"I'm Emilia Esme Kay. Panggil Esme jer." Dia kelihatan sedikit terkejut. "You can speak Malay?" Esme mengangguk.
"Me either. Just call me Peter."
Ketika itu juga perhatian kami tertumpu pada kanak-kanak perempuan. Dia terbatuk-batuk beberapa kali sambil memegang dadanya. Batuk terakhirnya berserta dengan darah yang keluar daripada mulutnya. Kami terkedu seketika. Kanak-kanak itu rebah, bernafas laju sambil menggeletar.
Aiman menghampiri kanak-kanak itu memeriksa nadinya. Kemudian dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menekan satu ikon aplikasi yang tidak aku kenali. Aplikasi itu umpama scanner x-ray.
"Oh God, she's infected!" Lelaki itu bersuara panik. Dia membuka blazernya lalu mengangkat kanak-kanak itu ke sebuah sofa.
"Peter, boleh cari air tak?" Aku mengangguk.
Langkah aku atur ke kawasan pantri bilik rehat itu. Sebuah mug biru aku capai dan memenuhi ia dengan air. Aku kembali lalu menghulurkan mug tersebut kepada Aiman.
Aiman mengambil sehelai tisu dan membasahkannya dengan air daripada mug. Lengan baju kanak-kanak itu disingsing paras siku. Urat biru gelap dan ungu terang kelihatan jelas pada lengan kanak-kanak itu. Terdapat kesan gigitan pada kawasan tangan berhampiran ibu jari.
"I need to get a syringe. Peter, awak pandai bersihkan luka tak?"
"I'm going to be a doctor in another 4 months. So that's will be no problem." Jawabku.
"Great! Now, clean the wound. Jangan sentuh darah tu!"
Aku mengangguk namun tiba-tiba aku teringat. "Wait!" Langkahnya yang menuju ke pintu terhenti.
"She's infected. I-I can't touch her. It'll infect me as well."
"Just trust me Peter. Awak akan okey. Cuma, jangan sentuh darah tu. I've repeated that." Dia melangkah keluar.
Esme memandangku dengan riak risau. Aku menarik nafas dalam lalu melakukan seperti apa yang telah diarahkan. Luka gigitan pada tangan kanak-kanak itu aku cuci sepenuhnya. Tisu dikotori darah luka bertaburan di atas lantai.
Aiman kembali bersama sebuah picagari. Dia mengambil sebuah botol kecil bersaiz jari kelingking remaja. Cecair di dalam botol kecil itu berwarna merah gelap seperti darah. Well I'm afraid it is a blood.
Dia menyuntik cecair merah itu pada lengan kanak-kanak itu. Beberapa minit kemudian aturan nafas kanak-kanak itu tidak lagi laju seperti sebelum ini. Urat biru gelap dan ungu terang semakin pudar, tidak lagi timbul dan kelihatan ketara.
Aku dan Esme terpana seketika lalu berpandangan sesama kami.
"What's that?" Soal Esme, menunjuk ke arah botol kecil bekas berisi cecair merah sebentar tadi.
"Well I shouldn't tell you. But I'll tell anyway." Aiman menjawab, sambil mengambil botol kosong itu. "Sel dalam cecair ni adalah bertentangan dengan virus wabak Ex16. We called it AE16."
"This is the cure."
YOU ARE READING
»Abolition« [ERROR#2]
Ciencia FicciónSequel kepada »ERROR« Daerah Kudat musnah, lenyap daripada muka peta dengan hanya sebiji bom. Tujuannya adalah untuk menghalang daripada wabak misteri terus merebak. Namun benarkah ia boleh dihalang? Wabak misteri akhirnya diberi nama, Ex16. Semua...